Pages

Wednesday, February 15, 2017

Perkhidmatan kiriman doa melalui 'Valet Doa' dapat kecaman netizen





SEBUAH laman Facebook yang diwujudkan beberapa hari lalu, Valet_Doa, mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial apabila menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Tanah Suci.

Berdasarkan status di akaun Facebook, perkhidmatan itu boleh didapati dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, mengikut pakej-pakej yang telah ditawarkan.

Antara pakej tersebut adalah Pakej King Salman dan Pakej VVIP.

Menurut penjelasan pemilik akaun terbabit, Nasrin Harin, atau Haji Arin, perkhidmatan itu diwujudkan untuk memudahkan mereka yang tidak berkemampuan ke Mekah dan berdoa di sana.

Tambahnya lagi, pengirim boleh memilih mana-mana tempat di Tanah Suci untuk doa mereka dibacakan.

Netizen, bagaimanapun nyata tidak senang dengan kewujudan perkhidmatan berkenaan.

Ramai yang menyifatkan ia sebagai keterlaluan memandangkan kiriman doa yang biasa dilakukan masyarakat Islam yang tidak berkesempatan ke Mekah sebelum ini, dianggap sebagai pertolongan sesama Islam dan tidak sepatutnya digunakan untuk mengaut keuntungan.

Penggunaan istilah valet juga mendapat kritikan kerana ia seolah-olah menggambarkan taraf kemewahan, selain memberi tanggapan doa itu dijamin akan dimakbulkan.














No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..