Bubur Asyura : Bulan Muharram
Bubur asyura adalah makanan yang sinonim setiap kali menjelang Muharram sejak dulu hingga kini.
Tuan guru pondok pasti adakan mesyuarat di atas madrasah bersama penduduk kampung, di situ dibacakan kitab kemuliaan hari tasu'a dan asyura dan anjuran Baginda SAW supaya kita berpuasa dan melakukan beberapa amalan-amalan lain seperti sedekah, bermuhasabah, berdoa, berzikir dan lain-lain.
Dari kalangan penduduk, ada yg sentiasa nak lari dari madrasah sebab malas nak ibadah, tapi kebijaksaan tuan guru, semuanya dibahagikan tugas agar semua mesti berada di sekitar madrasah, walaupun ada yg taknak puasa tapi sekurangnya dia bantu menyediakan juadah untuk orang berbuka.
Lagi meriah bila bubur asyura dimenukan. Seronok tengok masing2 sibuk bawa bahan2. Ada yang bawa tepung, ada yang bawa santan, ada yang bawa kekacang, ada yang bawa duit sahaja, ada yang tak bawa apa tapi bawa tenaga. Yang bergaduh jadi berbaik. Yang jauh, jadi akrab. Yang muram, jadi ceria. Laki sama-sama laki. Perempuan sama-sama perempuan. Ada yang buat pertandingan berdasarkan bubur dari kawah kumpulan mana yang sedap. Sungguh seronok.
Itulah menu tradisi masyarakat melayu hingga kini. Kalau musim raya, lemang dan ketupat jadi rebutan. Musim padi, tapai lah pelengkap. Musim kenduri kawin, pulut hitam. Indah budaya kita yang tiada langsung kaitan dengan kemunkaran. Jika munkar, dah lama ulama dulu kala haramkan. Tak payah tunggu ulama yang baru-baru ni.
Maka tiada kena mengena makanan halal dan pelaksanaan yang indah ini dikaitkan dengan mana-mana ajaran sesat, kafir dan lain-lain. Jangan kerana syiah mengaku bubur asyura ni asal syiah, kita pun kata bubur asyura ni syiah. Sejarah lemang terkait dengan org asli Negrito dan Suku Semai yg tidak beragama, nanti kita pun kata lemang dari mereka dan tidak boleh makan lemang lagi. Kuih bulan yg mmg milik tradisi orang cina yang majoritinya bukan Islam, maka kesianlah muallaf cina yang gemar kuih bulan kerana kuih bulan asal usulnya bukan Islam.
Hakikatnya bubur asyura adalah makanan Muslim dan orang melayu yang halal lagi lazat. Tiada kena mengena dengan syiah. Penyediaanya secara gotong royong juga sangat digalakkan dalam Islam bahkan menghadirkan mahabbah. Buat bubur asyura harus je. Jamu orang ramai dengan kenduri bubur asyura adalah sunat. Tapi mengelirukan orang awam dengan tuduhan macam2 pasal bubur asyura hingga tercetus perbalahan maka hukumnya haram.
Maka agamawan perlu cerdik dalam mengenengahkan isu. Jangan semua benda nak kait dengan itu dan ini. Seperti tiada lagi isu yang nak dibawa selain menakut-nakutkan orang ramai dengan kaitan itu dan ini. Tiada lain, tujuannya supaya ummah keliru dan berbalah.
واعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ
عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (103)
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan jangalah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya."
(Ali-Imran ; 103)

No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..