Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, November 01, 2013

update....Cuepacs mahu penambahbaikan pada semua, bukan hanya 81 skim

SHAH ALAM - Cuepacs mahu penambahbaikan skim perkhidmatan kakitangan awam tidak terhad kepada 81 skim sebaliknya meliputi kesemua lebih 200 skim.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penambahbaikan skim perkhidmatan awam perlu dibuat secara menyeluruh bagi mengelak produktiviti dalam kalangan 1.3 juta penjawat awam terjejas jika 81 skim sahaja ditambah baik.

"Kita berharap bukan untuk 81 skim sahaja, kita ada lebih 200 skim.

Kita mahu sebelum 31 Disember ini, kalau boleh semua skim dapat penyelesaian,” katanya semasa melawat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Padang Jawa hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti JPJ, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.

Begitu juga dengan kumpulan pentadbiran sistem maklumat dan kewangan serta kumpulan pengurusan dan profesional, katanya.

Omar berkata, Cuepacs akan mendengar taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya esok berkaitan skim yang akan ditambah baik dan pihaknya dijangka membangkitkan keperluan penambahbaikan kepada semua skim.

Beliau juga berkata, gred gaji permulaan bagi anggota penguatkuasa masih rendah iaitu kira-kira RM800 sebulan berbanding gaji minimum yang ditetapkan kerajaan sebanyak RM900 sebulan. - Bernama




KUCHING - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.

Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.

"Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua.

Kita bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013.

Persidangan itu dirasmikan Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai mewakili Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini, semalam.

Ali berharap penjawat awam yang menerima surat tawaran akan mempertimbang dengan baik perubahan skim masing-masing, yang dilaksanakan daripada pelbagai peringkat mulai bulan depan.

Ali, yang juga naib presiden Capam, berkata persidangan serantau itu yang merupakan forum multilateral mengenai pentadbiran awam dalam kalangan negara Komanwel, akan diadakan di Kuala Lumpur tahun depan selepas Kuching, yang dihadiri 336 peserta, yang terdiri daripada anggota Capam dari 22 negara Komanwel, termasuk Malaysia. - Bernama



 ~ Perkeliling Perkhidmatan Bil 9/2013 KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...