Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, November 15, 2013

Wajah 5 hackers baru masuk senarai most wanted fbi bersama tawaran $100k.

Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika (FBI) telah menawarkan sebanyak USD100,000 (RM317,750) kepada mana-mana pihak yang dapat memberikan maklumat mengenai lima penggodam yang paling dikehendaki oleh lembaga penyiasatan tersebut.

Senarai nama lima penggodam tersebut juga telah diedarkan oleh FBI dalam usaha mereka untuk menjejaki penjenayah siber* berkenaan.

Dua daripada mereka yang paling dikehendaki itu berasal dari Pakistan, dikenali sebagai Farhan Arshad dan Noor Aziz Uddin.

Mereka dipercayai terlibat dalam sistem penggodaman telekomunikasi antarabangsa di antara tahun 2008 sehingga 2012.

Farhan dan Noor Aziz dikatakan mendapat capaian ke dalam sistem komunikasi perniagaan, sekali gus berjaya memperoleh USD50 juta hasil aktiviti haram itu.


FBI percaya aktiviti mereka turut dijalankan bukan sahaja di Pakistan, sebaliknya termasuk di Filipina, Arab Saudi, Switzerland, Sepanyol, Singapura, Itali dan Malaysia.

Penggodam ketiga yang paling dikehendaki ialah Carlos Perez-Melara, di mana dia menggunakan modus operandi dengan mencuri segala maklumat sulit mengenai pelanggannya.

Perez-Melara telah memperkenalkan satu laman web penipuan yang diwujudkannya iaitu 'catch a cheating lover', kemudiannya apabila pelanggan memuat naik program tersebut di komputer tersebut, secara tidak langsung maklumat peribadi dan sulit mereka akan terdedah kepadanya.

Keempat ialah Andrey Nabilebich Tamme, yang dipercayai terlibat dalam sistem yang dinamakan sebagai 'Operation Ghost Click' yang telah menggodam lebih empat juta komputer di 100 negara di antara tahun 2007 sehingga Oktober 2011.

Di Amerika sahaja, sebanyak 500,000 mangsa dilaporkan telah tertipu dengan helah yang digunakan oleh Tamme.

Akhir sekali ialah Alexsey Belan, yang dikehendaki kerana secara haram memasuki rangkaian data tiga syarikat yang berpangkalan di Amerika, kemudiannya mencuri maklumat data serta identiti pekerja syarikat tersebut bermula pada 2012 sehingga tahun ini.



Senarai penuh http://www.fbi.gov/wanted/cyber


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...