Pages

Wednesday, March 19, 2014

MH370: Spekulasi kaitkan bapa buat keluarga terluka - Aishah



Aishah, anak perempuan juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, menyifatkan spekulasi media antarabangsa yang mengaitkan bapanya dengan misteri kehilangan pesawat itu melukakan hati keluarganya.

Menurut laporan beberapa portal berita Australia, Aishah 27, memberitahu kepada rakan-rakannya bahawa spekulasi mengenai bapanya oleh media antarabangsa tidak benar, laporan Utusan Malaysia hari ini.

"Semua spekulasi itu tidak benar dan tidak masuk akal. Dia seorang bapa yang penyayang terhadap anak-anaknya," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Laporan itu juga menyebut, difahamkan Aishah, siswazah jurusan senibina Universiti Deakin, Melbourne telah pulang ke tanahair untuk memberikan sokonga moral kepada ahli keluarganya.

Akhbar itu juga melaporkan, akaun sosial Instagram dan facebook gadis itu telah ditukar kepada tatapan peribadi, manakala akaun twitter beliau pula telah ditutup.
 
 





Mungkin ANDA meminati Artikel InI

*  WANITA 'HALIMUNAN" di KLIA klik sini
 
*  BEKAS KETUA PILOT MAS BONGKAR MISTERI MH370  klik sini
 
* PENUMPANG TAK SEDAR PESAWAT BERALIH ARAH klik sini
 
* SIAPAKAH SEBENARNYA KAPT ZAHARIE AHMAD SHAH klik sini

*  BOEING 777-200  BOLEH TERBANG BAWAH RADAR klik sini







No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..