Yi Siling
Yi Siling meraikan kejayaan berganda - mengutip emas pertama bagi China dan atlet memperoleh emas pertama Sukan Olimpik 2012, semalam. - Foto ihsan BBC
Sarah Menezes
Sarah Menezes dari Brazil mengutip emas pertama bagi negaranya menerusi acara Judo 48kg Wanita semalam. - Foto ihsan London2012
CHINA memenangi emas pertama Sukan Olimpik 2012 yang sedang berlangsung di London, sekali gus mengakhiri hari pertama dengan empat emas.

Dengan empat emas dan dua gangsa, negara itu menduduki tangga teratas senarai kutipan pingat setakat ini.
Yi Siling menyumbangkan emas pertama bagi China dan juga mencipta nama mengutip emas pertama Sukan Olimpik 2012 menerusi acara 10m Air Rifle.
Mingjuan Wang pula mengutip emas dalam acara mengangkat berat.

Emas menerusi acara melibatkan atlet lelaki diperoleh hasil perenang Sun Yang.

Sementara itu, Ye Shiwen, 16, mencipta rekod dunia dalam acara medley individu 400m.

China yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008, muncul johan dengan 51 pingat emas. Ia disusuli Amerika Syarikat (AS) 36, Rusia (23), Britain (19), Jerman (16) dan Australia (14).

Dalam pada itu, Itali berada di tangga kedua dengan lima pingat - emas dari acara memanah dan menyapu bersih acara pedang.

Ia memperoleh masing-masing dua emas dan perak dan satu gangsa.