Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, July 23, 2012

Pistorius tekad kunci mulut pengkritik

Pistorius tekad kunci mulut pengkritik
Wartawan Sinar Harian
23 Julai 2012
Pistorius tekad kunci mulut pengkritik
Pistorius (kanan) ketika beraksi dalam cara 4x400 meter pada Kejohanan Dunia di Daegu, Korea Selatan tahun lalu.
ATLET 400 meter Afrika Selatan, Oscar Pistorius mengakui dia sudah bosan dengan pelbagai kritikan yang mempersoalkan haknya beraksi pada sukan Olimpik London 2012.

Pistorius yang kudung kedua-dua belah kaki sebelum ini beraksi dalam sukan Paralimpik, terpilih mewakili negaranya dalam acara 400 meter individu dan 4x400 di London.

Pemilihan Pistorius menjadikannya atlet kurang upaya pertama beraksi dalam sejarah penganjuran sukan Olimpik.

Atlet berusia 25 tahun itu terkenal dengan jolokan The Blade Runner kerana berlari menggunakan kaki palsu diperbuat daripada karbon fiber 'Cheetah Flex-Feet' dan telah mencipta nama apabila bertanding sebaris dengan atlet normal pada Kejohanan Dunia di Daegu, Korea Selatan tahun lalu.

Namun, sejak kebelakangan ini kritikan menghujani Pistorius kerana kaki palsunya itu didakwa memberi kelebihan buatnya ketika bertanding.
Bagaimanapun, ia tidak menghalang impian Pistorius beraksi dalam kejohanan sukan terbesar dunia itu.

"Saya fikir media tidak memberi ulasan yang adil mengenai diri saya. Sebaliknya, media sering mencari kontroversi mengenai kaki palsu saya.

"Ingin saya tegaskan kaki palsu yang saya gunakan ketika berlari tidak memberi sebarang kelebihan buat saya.

"Saya berlari menggunakan tenaga dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Saya tidak pernah terfikir yang saya adalah orang kurang upaya. "Saya sama seperti atlet lain, cuma yang membezakannya adalah keadaan fizikal saya," katanya.

Namun begitu, pemegang rekod dunia acara itu, Micheal Johnson seolah-olah tidak yakin dan mengulangi pendirian untuk tidak membenarkan Pistorius mengambil bahagian di Olimpik.

Katanya, ‘susuk tubuh’ Pistorius tidak sesuai bersaing berbanding pesaing lawannya yang lebih normal. Untuk rekod, permohonannya untuk bersaing di Sukan Olimpik Beijing 2008 pernah ditolak kerana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menganggap bilah larian ‘Cheetah Flex-Feet’ merupakan alat bantu yang memberinya kelebihan dalam pertandingan.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...