Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, November 17, 2014

[Gambar] Cara mencuri kad ATM dan nombor PIN dengan memasang "alat" di mesin ATM



Perasan tak kenapa sebelum guna mesin ATM ada pesanan bank dan polis untuk memeriksa tiada sebarang alat pelik di mesin ATM anda?

Ini caranya pencuri membuat anda menyerahkan sendiri kad ATM dan nombor PIN anda kepada mereka dengan penuh terhormat.

1. Pencuri tersebut melakukan "transaksi" di mesin ATM. Sebenarnya dia tengah pasang alat yang akan digunakan nanti.


2. Selesai "transaksi". Tunggu pelanggan seterusnya masuk jerat. Masa pasang alat tu, ada geng lain di luar, cover line.


3. Pelanggan (mangsa) guna mesin ATM.


4. Pelanggan terkejut sebab kad ATM kena telan.


5. "Orang awam" (pencuri yang pura-pura jadi baik) cuba kononnya untuk menolong.


6. Pencuri tadi bagitau, kalau masukkan nombor pin, dan pada masa yang sama kena tekan butang lain (contohnya 'enter' dan 'cancel' serentak, nanti dapat semula kad yang kena telan tadi. Sebenarnya masa ni dia akan nampak la nombor PIN tu.

7. Tengok-tengok kad tak keluar jugak walaupun dah guna cara yang kononnya dapat recover kad tadi. Hopeless. So dua-dua pun tinggalkan mesin ATM.

8. Selepas cek line, line clear. Pencuri datang balik, ambil semula kad...dan dia pun ada nombor PIN mangsa.

9. Mission accomplished! Kad dah dapat, nombor pun dah dapat.


p/s Biasanya "alat yang dipasang tu cumalah sesimple filem x-ray yang digunting dan diletakkan dalam slot kad mesin ATM. Jadi kad akan stuck dalam slot tu, tak masuk mesin, tak dapat keluar. Filem xray sesuai digunakan sebab warnanya hitam, jadi tak berapa jelas, dan ia nipis, senang masuk dalam. Lagipun murah, rasanya rata2 orang kita kurang2 mesti ada sekeping kat rumah, yang lama2 kan.

Nasihat
1- sebelum guna kad ATM, periksa betul2 slot kad mesin ATM tu. Pastikan tiada alat mencurigakan.

2- jika kad tersangkut, kalau bank buka terus panggil pegawai dan bagitau pengawal suruh jaga (walaupun pengawal ada jugak yang jadi "inside man".

3- kalau hari minggu, bank tak buka, terus call bank untuk block penggunaan kad anda.

4- kalau ada orang offer nak tolong, berdalih, buat la apa cara sekalipun, bagi PIN salah ke, cakap tak payah ke sebab anda call bank terus, yang penting PIN anda dia tak berhak tahu, walaupun dia pegawai bank. Cara pegawai bank minta nombor pin, ialah dengan meminta anda masukkan nombor PIN pada alatnya, bukan untuk anda tunjukkan pada beliau.







No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...