Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Sunday, November 02, 2014

Tiada Subsidi MINYAK PETROL mulai 2015





Gaji lebih RM10,000 tak layak subsidi petrol




KUALA LUMPUR: Hanya warganegara Malaysia yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan tidak layak menikmati subsidi petrol yang disediakan kerajaan menerusi skim rasionalisasi yang akan dilaksanakan tahun depan.

Mengumumkan perkara itu pada Isnin, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, program itu akan dibahagikan kepada tiga peringkat.

"Bagi yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan masih layak menerima subsidi, manakala yang berpendapatan antara RM5,000 hingga Rm10,000 pula akan mendapat sebahagian subsidi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perbankan Islam Antarabangsa Bank Rakyat di sini.

Bagaimanapun, katanya, mekanisme lengkap berhubung perkara itu masih diteliti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Baru-baru ini, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad memberitahu mStar Online bahawa Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersama Kementerian Kewangan belum memutuskan kumpulan sasar yang tidak layak mendapat subsidi petrol.

Beliau berkata, setakat ini, hanya andaian dibuat mengenai tangga gaji bulanan yang ditetapkan untuk mendapatkan faedah itu.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberitahu bahawa harga jualan petrol RON95 bagi golongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga pasaran mulai Jun tahun.

Orang ramai bimbang program rasionalisasi petrol akan menyebabkan golongan berpendapatan sederhana di negara ini mungkin tidak layak mendapat subsidi. -mstar

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...