LONDON 9 Nov. – Pemilik gajet yang mempunyai rangkaian kamera web pada peranti mereka mungkin perlu lebih berwaspada, selepas sebuah laman web antarabangsa didapati mengumpul lebih 73,000 rakaman video dari seluruh dunia menerusi gajet berkamera web yang dihubungkan dengan rangkaian Internet.
Rakaman daripada 73,000 gajet itu termasuk dari Malaysia boleh dilayari menerusi laman web insecam.com kerana pemilik kamera web itu didapati tidak menetapkan kata laluan pada gajet mereka, sekali gus membolehkan rakaman kamera itu boleh dilihat oleh mana-mana individu dari seluruh dunia.
insecam mendakwa menampilkan rakaman langsung dari IP kamera web dari seluruh dunia dengan lebih 11,000 rakaman diambil dari Amerika Syarikat, 2,400 rakaman dari United Kingdom manakala Malaysia, 897 rakaman.
Beberapa keping gambar yang dirakam laman web itu didapati tidak berbahaya dengan menampilkan pemandangan dari atas kedai, pejabat dan tempat letak kereta, namun terdapat juga rakaman dari bilik tidur dan ruang tamu yang turut mempunyai liputan kamera tersebut.
Kebanyakan kamera itu digunakan sebagai kamera bayi yang akan membantu ibu bapa memantau anak mereka yang mungkin tidak bersama mereka.
“Laman web ini direka bentuk bagi menunjukkan kepentingan kepada keselamatan,’’ dakwa Insecam dalam laman web tersebut, lapor Mail Online.
Menurut seorang peguam AS, melihat kepada kamera milik individu lain merupakan perlanggaran kepada Akta Penyalahgunaan dan Penipuan Komputer di Amerika kerana ia membabitkan penggodaman akaun seseorang yang dilindungi, walaupun kata laluan itu pada tetapan asal.
Sementara itu, Pengarah Pusat bagi Kajian Keselamatan Antarabangsa, James Der Derian berkata, tindakan laman web itu adalah satu perkara `bagi menyedarkan orang ramai tentang sisi buruk Internet’ kerana orang ramai seperti bersedia mendedahkan maklumat peribadi mereka.
~ sumber~
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..