Wow Bestnya..Hasil mesti LUMAYAN jom kita ambil TIPS DARI Pemilik Blog BERKENAAN
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Siapalah yang tak seronok kalau dapat
pageviews juta-juta ni. Kalau dulu nak dapat juta-juta pun terkial-kial.
Bila dah lama menapak dalam dunia blogger ni , barulah dapat rasa
pageviews juta-juta ni. Alhamdulillah kali ni peningkatan 1 juta dalam masa sebulan je! Wow! Terkagum sekejap dengan blog sendiri. Bulan lepas 29 April 8 juta pageviews.
Dengan blog orang lain lagilah kagum sebab boleh cecah pageviews yang
lebih dari itu. Takpe, sebagai blogger yang biasa-biasa ni dah kira
memadai dapat pageviews macam tu.
Ada yang minta tips "macamana nak dapat traffic yang banyak setiap hari?"
Terus terang Fiza katakan, Fiza takde tips sebab bukanlah pakar dalam
tips-tips berblog ni. Kalau dulu rajin update blog dan konsisten update
4-5 entri sehari. Lepas tu Fiza kurangkan 3 entri sehari. Dalam masa
konsisten update tu, memang naik traffik sehari ke sehari. Bila dah
maintain, sekarang tak perlu nak update entri banyak setiap hari. Itupun
bergantung pada idea. Kalau idea takde, takdelah entrinya. Itu je la
yang boleh Fiza kongsikan. Apapun nak capai sesuatu kenalah usaha kan.
Pilih topik yang menarik dan berguna untuk dikongsikan. Tapi kadang
kadang entri kosong pun berbaloi juga. Seimbangkan entri SEO dengan
entri personal supaya dapat keduanya (traffik dan pembaca).
Kebanyakkannya traffik dari sumber cariaan google. Fiza ni bab SEO bukan
pandai sangat pun, main hentam je. Google juga la cikgu SEO yang
terbaik. Kalau ada cikgu yang nak mengajar tentu lagi seronok kan.
Dengan pencapaian pageviews 9 juta ni, harap-harap akan lebih
banyak dapat job berbayar dalam dan luar negara. Setakat ni dah pernah
bekerjasama dengan syarikat luar dari Australia, Florida, Indonesia dan
beberapa lagi dengan bayaran USD, AUD. Merasa dan berpeluang dapat job
dari luar ni setelah berjaya menyakinkan mereka dengan potensi blog ni.
Yang penting kita kena rajin usaha.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
~~~~~~~~~~~~~INI BUAT SEMANGAT NAK AKTIF SEMULA NIE..~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..