Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, July 05, 2016

Madinah dikejutkan dengan serangan bom

Madinah dikejutkan dengan serangan bom berani mati ketika azan maghrib pada 4 Julai 2016




Pekarangan Masjid Nabawi di Madinah digegarkan letupan bom daripada penyerang bunuh diri ketika azan Maghrib (atau malam tadi waktu Malaysia).

Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi empat pegawai keselamatan maut dan lima lagi cedera.

Ia adalah serangan ketiga di negara berkenaan selepas letupan pertama dan kedua berlaku di Jeddah dan Qatif.

Beberapa keping gambar dimuat naik di media sosial menunjukkan asap hitam berkepul-kepul naik di luar masjid berkenaan.

Memetik kenyataan kerajaan di Twitter, Al Jazeera melaporkan korban di kalangan pegawai keselamatan berlaku selepas mereka menghalang penyerang berkenaan memasuki masjid.

Ketika kejadian kawasan Masjid Nabawi dipenuhi ramai orang, termasuk warga asing, yang bersedia untuk berbuka

Beberapa saksi memberitahu mereka langsung tidak menyangka letupan berkenaan adalah serangan pengganas bunuh diri.

Warga Afrika Selatan, Ziyaad Patel, 36, berkata pada awalnya dia beranggapan bunyi itu datang daripada letupan meriam atau mercun meraikan sesuatu.

"Tetapi kemudian saya dapati gegarannya sangat kuat, seperti ada bangunan runtuh," katanya kepada AP.

Belum ada pengakuan

Stesen televisyen Aab Saudi, Al-Ekhbariya, kemudian menayangkan ribuan orang bersembahyang di dalam masjid selepas letupan berlaku.

Kira-kira waktu sama dua lagi letupan dilapor berlaku berhampiran sebuah masjid di Qatif, timur Arab Saudi.

Saksi memberitahu seorang pengebom bunuh diri meledakkan bahan letupan padanya di luar sebuah masjid Syiah menyebabkan banyak mangsa cedera.

Menurut saksi mereka menemui cebisan anggota badan bertaburan di tanah sejurus selepas serangan.

"Memang pasti pengebom bunuh diri. Saya nampak mayatnya yang berkecai," kata penduduk setempat dan dipetik AFP.

Saksi lain memberitahu Reuters letupan itu memusnahkan sebuah kereta diletakkan berhampiran masjid itu.

Pada pagi Isnin dua anggota keselamatan cedera apabila pengebom meletupkan dirinya berhampiran sebuah konsulat AS di Jeddah.

Kementerian Dalam Negeri berkata pengawal keselamatan melihat seorang lelaki mencurigakan meletak kenderaan di kawasan parkir Hospital Dr Suleiman Faqeeh bertentangan bangunan diplomatik AS.

"Ketika mereka bergerak mahu menyelidik seorang lelaki bersama bom yang dililit pada pinggangnya meletupkan diri," kata kenyataan itu.
Setakat ini belum ada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...