Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, July 11, 2016

Portugal Juara Euro 2016


Portugal Juara Euro 2016, Tewaskan Perancis 1-0




Ketiadaan tonggak utama Cristiano Ronaldo tidak menghalang Portugal untuk melakukan kejutan ke atas tuan rumah Euro 2016, Perancis yang tewas 1-0 menerusi gol masa tambahan Eder pada final yang berakhir di Stade de France sebentar tadi.

Babak pertama perlawanan menyaksikan kapten Portugal Ronaldo terpaksa diusung keluar pada minit ke-24 akibat kecederaan lutut yang dialami selepas diterjah Dimitri Payet pada minit kelapan.
Penyerang 31 tahun itu jelas kecewa dan sedih apabila terpaksa digantikan oleh Ricardo Quaresma dan lilitan kapten diserahkan kepada Nani.
Perancis menguasai awal permainan dengan Antoine Griezmann hampir membuka jaringan menerusi tandukan tepat ke gawang Portugal, tetapi penjaga gol Rui Patricio sempat menepis keluar bola.
Pemain tengah Perancis, Moussa Sissoko yang begitu berbahaya dengan larian pantas membelah benteng Portugal, hampir memecah kebuntuan pada minit ke-34, tetapi sekali lagi Patricio menjadi penyelamat.
Bersambung babak kedua, Perancis terus menguasai permainan dengan beberapa peluang keemasan dihasilkan tuan rumah, namun Patricio dan tiang gol menjadi penghalang.
Tandukan minit ke-66 Griezmann ditepis keluar Patricio yang kemudiannya menampan rembatan Olivier Giroud pada minit ke-75.
Ketika Patricio gagal menghalang sepakan leret Andre-Pierre Gignac pada minit terakhir, tiang pula menafikan peluang Perancis mendapatkan gol. Dalam masa tambahan, Eder muncul wira Portugal apabila merembat kencang menewaskan Lloris dan Portugal mempertahankan kelebihan satu gol hingga tamat perlawanan. – Agensi


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...