Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, October 30, 2013

Terpaksa naik harga makanan kerana kenaikan harga gula dan barangan mentah lain.


PPPKM tidak menolak kemungkinan harga makanan yang dijual penjaja terpaksa dinaikkan kesan daripada kenaikan harga gula dan barangan mentah lain.






 MANJUNG - Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil Melayu (PPPKM) Daerah Manjung tidak menolak kemungkinan harga makanan yang dijual peniaga terpaksa dinaikkan kesan daripada kenaikan harga gula dan barangan mentah lain.

Pengerusinya, Tajudin Mat Jam berkata, tindakan kerajaan dengan memansuhkan subsidi gula bertujuan mengurangkan masyarakat mengambil gula dilihat kurang tepat.

Menurutnya, penjaja kecil terpaksa menanggung kesan penarikan subsidi gula, apabila bahan mentah lain juga naik harga.

"Mahu atau tidak penjaja kecil terpaksa menaikkan harga bagi mengimbangi dengan pembelian barang mentah.

“Jika harga tidak dinaikkan pasti mereka akan rugi,” katanya.

Katanya, jika penjaja mengurangkan penggunaan bahan mentah dalam penghasilan makanan, pastinya akan menurunkan kualiti makanan berkenaan.

“Sebagai contoh, jika mereka mengurangkan gula dalam kuih pasti ada pembeli mengadu rasa kuih tidak sedap.

“Jadi penjaja perlu menaikkan harga makanan jika mahu mengekalkan rasa dan mengimbangi modal yang digunakan untuk pembelian bahan mentah,” katanya.

Tajudin berkata, berbeza dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel ia tidak melibatkan penjaja kecil.

“Kenaikan harga petrol dan diesel tidak menjejaskan penjaja kerana mereka hanya menjaja pada jarak dekat.

“Tetapi apabila harga gula dinaikkan ia memang memberi kesan kepada penjaja kerana hampir semua masakan memerlukan gula,” katanya.

Katanya, pihaknya akan meminta kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, (KPDNKK) untuk memantau harga jualan oleh penjaja kecil supaya tidak ada yang mengambil kesempatan.

“Kita tidak mahu ada penjaja kecil mengambil kesempatan dengan meletakkan harga tinggi.

“Memang tidak dinafikan harga terpaksa dinaikkan tetapi jangan melampau sehingga menimbulkan masalah lain,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...kanan-1.215889

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...