Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, October 10, 2013

Peniaga terkejut lihat surah Yasin tidak terbakar

Kota Bharu: “Saya terkejut melihat surah Yasin disimpan di ruang simpanan barang di gerai burger di depan rumah kedai saya tidak terbakar walaupun gerai burger itu musnah,” kata peniaga kedai makan, Suriana Shafie, 28, yang kerugian kira-kira RM10,000 selepas rumah kedainya musnah dalam kebakaran di Kampung Lundang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, Suriana bersama ibu bapa dan dua anaknya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah kedai yang disewa sejak dua tahun lalu musnah.


Menurut Suriana, sebelum kejadian, dia bersama ahli keluarganya memindahkan barang di rumah kedai ke dalam kenderaan pacuan empat roda untuk berpindah ke rumah baru di Peringat di sini.

Katanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi letupan kecil di gerai burger di depan rumah kedainya sebelum api marak membakar gerai dan merebak ke rumah kedai.


“Saya terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana api merebak ke seluruh rumah dan kami hanya sempat menyelamat sebuah peti sejuk dan tong gas.


“Dalam keadaan kelam-kabut, saya memikirkan dua anak berusia tiga dan empat tahun. Mujur ketika kejadian mereka berada di kawasan masjid berhampiran,” katanya.

Suriana berkata, selepas api dipadamkan anggota bomba, jirannya yang membantu mencari barangan terselamat dalam kebakaran itu menemui surah Yasin di ruang penyimpanan barang gerai burger.


“Gerai burger terbakar dan semua barang di dalam rumah hangus, termasuk peralatan elektrik, perabot dan pakaian.

“Bagaimanapun, seorang jiran menemui surah Yasin yang tidak terbakar di ruang penyimpanan barang gerai burger. Bagi saya, ini satu keajaiban,” katanya.


Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Abdul Jalil Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.28 malam sebelum 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu dihantar ke tempat kejadian.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...