Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, October 10, 2013

Gred naik, 45,000 juruteknik nikmati skim gaji baharu

Seramai kira-kira 45,000 juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam di negara ini kini menikmati skim gaji baharu ekoran keputusan kerajaan menaikkan gred jawatan daripada J17, J22 dan J26 kepada J29 berkuat kuasa 1 Julai 2013.

Skim gaji baharu itu dijangka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Parlimen, lewat bulan ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berkata, ia melibatkan semua juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara, melainkan yang mempunyai kes jenayah atau disiplin serius.

“Skim baharu ini telah disahkan semasa taklimat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 10 September lalu dan ia telah berkuat kuasa pada 1 Julai 2013.

“Apabila skim berubah, gred penjawatan juga berubah.

Juruteknik berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) akan dinaikkan ke peringkat diploma.

“Sudah tentu tangga gaji akan berubah, gaji permulaan juga berbeza, misalnya kalau sebelum ini juruteknik baharu dilantik gaji permulaan RM820, apabila dinaikkan ke gred J29 mereka akan menikmati gaji permulaan sekitar RM1055,” jelasnya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu beliau menyampaikan ucap tama pada Persidangan Kebangsaan Pertama bagi Juruteknik dan TVET Semi-Profesional Sarawak CREATE 2013.

Beliau menjelaskan, di bawah skim baharu itu, perubahan tangga gaji seseorang juruteknik bergantung kepada gaji semasa dan tempoh dalam perkhidmatan.

“Kenaikan pangkat menerusi ‘Time Based’ akan memberi peluang sama rata kepada juruteknik yang sudah lama berkhidmat menikmati gred dan tangga gaji lebih baik.

Maknanya, ia tidak lagi statik seperti sebelum ini.

“Sebelum ini kalau seseorang itu juruteknik gred J26, kalau ada diploma atau ijazah sekali pun, dia tidak boleh naik (pangkat) jika tiada kekosongan.

Sebab itu, juruteknik kerajaan tidak setanding syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sentiasa berpeluang menikmati kenaikan pangkat serta gaji,” jelasnya.

Selain itu, katanya, sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan, jawatan juruteknik dalam sektor kerajaan akan dihapuskan dan digantikan dengan jawatan baharu iaitu Penolong Jurutera berkuat kuasa 1 Januari 2014.

“Mulai tahun hadapan, tidak ada lagi jawatan juruteknik dalam sektor kerajaan, ia diganti dengan jawatan Penolong Jurutera.

Bagaimanapun, kelulusan masih sama iaitu lepasan SPM, SMV atau diploma daripada politeknik atau mana-mana institusi pengajian tinggi menawarkan pengajian teknikal atau bidang kejuruteraan,” katanya.

Sementara itu, dalam ucap tamanya, Omar berkata semua juruteknik harus mempersiapkan diri menghadapi transformasi dengan mengubah cara berfikir dan bekerja serta memberi penjenamaan semula untuk menjadi penolong jurutera yang berkemahiran tinggi.

Sehubungan itu, katanya, CUEPACS memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) supaya semua juruteknik mesti ada ‘Green Card.’ “Pemberian ‘Green Card’ itu penting kerana bidang tugas juruteknik memerlukan mereka melawat tapak, tetapi tidak ada (dilaksanakan). Sudah 30 tahun sebagai juruteknik J22 dan J26 tetapi tidak tahu bidang kerja mereka dalam gred itu.

“Skim kita hari ini mundur kalau dibandingkan dengan juruteknik syarikat GLC. Sebab itu kita naik taraf juruteknik, mansuhkannya. Tiada lagi jawatan juruteknik, hendak jadi juruteknik mesti lepasan Politeknik dan ‘Time Based’ dari J29 terus ke J54,” katanya

#

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...