Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, November 26, 2014

TERBARU: VIDEO ANIMASI PUTERI BAKAL JADI FENOMENA DARI LES COPAQUE




Satu lagi Intellectual Property (IP) baru dari Les Copaque. PUTERI
Siri ‘Puteri’ ini menceritakan kehidupan lima puteri yang tinggal di Kerajaan Limau. Setiap satu daripada lima adik-beradik mereka mempunyai kebolehan luar biasa yang apabila digabungkan, mampu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negara itu dengan mengalahkan ancaman jahat, makhluk mistik dan sihir gelap.
Nama mereka adalah :
  • Puteri Limau Manis – puteri yang mempunyai keindahan suara lunak merdu
  • Puteri Limau Kasturi – puteri berjiwa pahlawan
  • Puteri Limau Purut – puteri yang sangat pemalu
  • Puteri Limau Bali – puteri yang baik hati
  • Puteri Limau Nipis – puteri yang nakal dengan kucing kesayangannya Jebat
Puteri Lima Bersaudara
Rata-rata, sudah sememangnya ramai yang teruja untuk menonton cerita PUTERI ini. Bukan sahaja golongan anak-anak kecil, tetapi juga golongan dewasa. Kelihatan cerita animasi ini berbentuk santai dan sesuai ditonton sekeluarga.
Puteri Les Copaque
Aku sempat menonton Previu Puteri bersama rakan-rakan blogger yang lain di Studio Les Copaque beberapa bulan yang lepas. Memang sangat best dan cukup mempersonakan dengan iringan lagu yang dinyanyikan oleh adik Adreena. Siri animasi ini akan hadir di saluran TV3 tidak lama lagi dan jika dilihat secara kasarnya, sudah tentu pembikinan animasi Puteri ini berbeza dengan animasi Upin Ipin kerana banyak details, watak dan lain-lain dikemaskini untuk mendapatkan hasil yang baik.
Lirik Lagu Puteri Limau
Angin berhembus membelai mesra,
Tenang di jiwa suasana terkira bahagia,
Hatiku ceria dengar kicau kenari,
Cahaya suria bersinar indah..
Mekar wangi bunga di taman..
Warna warni seluruh alam..
Damainya mempersona..


Terkini: Episod 1 animasi PUTERI ini akan ditayangkan di TV3 pada 20 November 2014 jam 9.00 malam!
Di sini bersatu jiwa
lima puteri anggun dan mesra
seindah cahya suria
atas takhta bersemai indah
Puteri… Puteri…


Haaaaaa…. best kan teaser Puteri ni. Boleh jadi ala-ala “Frozen Malaysia” gitu. Adik-adik nak jadi Princess??!! Jangan lupa like FACEBOOK PUTERI LIMAU OFFICIAL dan laman web rasmi adalah http://puterilimau.com/







No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...