Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, January 23, 2015

Hos Selamat Pagi 1Malaysia Nyaris Dicabul Pengurus Sendiri Ketika Tidur


Penyanyi dan pengacara program Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, 30, terpaksa memecat pengurus yang lebih sedekad menguruskan karier seninya. Semuanya gara-gara pengurus itu didakwa cuba mencabul kehormatan dirinya, baru-baru ini.

“Selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya sudahpun memecat pengurus terbabit lebih dua bulan lalu. Saya pun tidak sangka dia sanggup melakukan perbuatan itu ketika saya tidur. Mujur saya cepat tersedar dan segera menghentikan perbuatannya itu,” katanya.Walaupun berat hati untuk berbuat demikian, Iesya terpaksa melakukannya demi menjaga kehormatan diri.

“Saya terpaksa membuat pendedahan ini kerana ramai peminat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang tidak tahu pengurus terbabit sudah tidak menguruskan karier seni saya lagi.

“Saya berharap mereka yang ingin berurusan dengan saya boleh berhubung terus dengan pembantu peribadi,” katanya.

Demi masa depan karier seni, pemilik nama sebenar, Nor Iesyatirradiah Sanny Toh mengakui dia tidak cepat mengalah. Sebaliknya, penyanyi kelahiran Johor Bahru ini percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.

“Malah, saya juga diundang untuk muncul di stesen TV di Indonesia. Namun, sayangnya kejadian yang tidak diduga ini berlaku menyebabkan ia terpaksa ditunda dulu,” katanya.

“Mujur saya masih ada pembantu peribadi, ahli keluarga dan ahli kelab peminat Iesyafanzatic yang terus memberi sokongan padu dari belakang,” katanya.




Thursday, January 22, 2015

AJL 29: Penyanyi Aweera Kecewa, Dedah Muslihat Edry (KRU)



PETALING JAYA: Penyanyi Aweera menganggap tindakan komposer Edry Abdul Halim melemparkan tuduhan buruk dan menyingkirkannya untuk beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) pada 18 Januari 2014 hanyalah satu fitnah yang sengaja menjatuhkan maruahnya.

Aweera atau nama sebenar Nasharul Aweera Noriyissham, 23, berkata, dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang bekerjasama dengan bekas kumpulannya iaitu Mojo ketika bersama-sama membuat persembahan lagu berjudul Romancinta pada malam Separuh Akhir Muzik Muzik 2014 pada 28 November lalu.

"Saya terkilan apabila ddia (Edry) menuduh saya disingkirkan daripada Mojo kerana menimbulkan masalah kepada kumpulan itu, kalau saya bermasalah daripada awal lagi saya tidak mahu bagi kerjasama. Perkara sebenar adalah saya yang menarik diri.

"Dia meminta saya untuk berduet dengan penyanyi baru mereka (Mojo) iaitu penyanyi dari Indonesia pada malam AJL 29 nanti dan cadangan itu saya tidak setuju sama sekali," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini Isnin.

Edry Abdul Halim
Aweera berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan komposer dan ketua kumpulan Mojo iaitu Edry Abdul Halim yang terpaksa menyingkirkan Aweera daripada bertanding dalam pentas final AJL 29 kononnya kerana menimbulkan masalah.

Tambah Aweera, Edry meminta dia hanya menyanyikan bahagian korus sahaja, manakala penyanyi baharu kumpulan itu akan menyanyikan bahagian verse.

Malah, perjanjian yang dibuat juga tidak adil bagi dirinya apabila ditawarkan akan berkongsi hadiah dengan penyanyi tersebut jika menang pada malam tersebut.

Disebabkan perkara itu, Aweera berkata dia bertindak menarik diri sewaktu perbincangan konsep persembahan AJL 29 bersama pihak produksi TV3.

"Dia suruh saya nyanyi bahagian yang susah dan penyanyi baru itu bahagian verse sahaja. Itu tidak adil, ini bukan persembahan majlis makan malam.

"Perjanjian pula tidak adil jika kami menang, saya akan berkongsi (wang kemenangan) dengan penyanyi itu. Oleh itu saya tarik diri depan semua krew produksi TV3," ujarnya.

Dalam pada itu, Aweera mengakui ada meminta untuk membuat persembahan tersebut bersama ahli kumpulannya sendiri berikutan tiada komitmen yang diberikan oleh ahli kumpulan asal Mojo.

"Ya, saya minta membuat persembahan dengan kumpulan saya sendiri, ini kerana ahli kumpulan asal iaitu Denny dan Johar tidak dapat beri komitmen yang baik.

"Sewaktu pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 2014 lalu mereka tidak mahu terlibat, ada yang jaga anak dan pergi berbulan madu. Sebab itu saya rasa lebih baik pakai kumpulan saya sahaja yang mana lebih baik daripada mereka," ujarnya.

Sementara itu, Aweera berkata, dia kecewa apabila orang ramai mula menunding jari dan menganggap perkara itu adalah disebabkan kesalahannya.

Sebaliknya dia terpaksa tampil membersihkan namanya daripada kenyataan yang diberikan oleh Edry.

Selepas Aweera keluar daripada kumpulan tersebut pada Mei lalu, Mojo dianggotai oleh Edry, Denny dan Johar.


Edry Singkirkan Aweera Sebagai Penyanyi Mojo Untuk AJL29

Mojo merupakan salah satu kumpulan yang akan bertanding di dalam AJL29 dengan lagu Romancinta. Rasanya semua orang pun tahu penyanyi kumpulan Mojo ini iaitu Aweera. Imejnya yang berambut kerinting dan suara serak-serak basahnya memang best dan sesuai sangat dengan lagu Romancinta. Sayangnya aksi Aweera untuk AJL29 tidak akan dapat kita saksikan. Ini kerana Edry selaku penulis lagu tersebut telah menyingkirkan Aweera.


Keputusan ini diambil oleh Edry setelah Aweera yang bernaung di bawah syarikat rakaman lain memberikan syarat dia mahu menyanyi bersama kumpulan sendiri dan bukan Mojo. Tempat Aweera akan digantikan oleh penyanyi lain yang masih belum dipilih lagi. Terang Edry:-


Sebagai komposer lagu Romancinta yang dipertandingkan dan anggota kumpulan Mojo sudah tentu saya tidak akan membenarkan perkara itu berlaku dan akhirnya saya membuat keputusan untuk menggugurkan Aweera.
Pada saya ini saja jalan terbaik, kerana sepanjang rancangan ini berlangsung banyak sangat masalah ditimbulkan Aweera. Tambahan pula saya sudah banyak mengalah, jadi saya membuat keputusan tempatnya akan digantikan penyanyi lain.


Agak sedih juga kerana tak akan dapat melihat aksi Aweera di pentas AJL29. Namun daripada timbul banyak masalah kerana satu orang, lebih baik buat keputusan yang akan menyenangkan ramai orang. Tak gitu? Rasa-rasanya siapa yang sesuai menggantikan tempat Aweera? Faizal Tahir pun ok jugak kan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.



ps: pasal caliph aku terjebak dgn berita MOJO








Siapakah Azmi Saat vokalis Caliph Buskers?


Latar belakang vokalis Caliph Buskers digali peminat hiburan

TERASA masih terngiang-ngiang nyanyian lagu Roman Cinta yang dibawa oleh Mojo featuring Caliph Buskers dalam Anugerah Juara Lagu Ke-29 malam tadi.

Tidak hairanlah mengapa persembahan luar biasa ini berjaya mencuri tumpuan peminat hiburan hingga dinobatkan sebagai persembahan terbaik dalam anugerah penuh berprestij tersebut.

Rata-rata masyarakat Malaysia meluahkan perasaan kagum akan bakat kumpulan musik orang kurang upaya (OKU) ini hingga nama Caliph Buskers mula meniti di bibir-bibir peminat hiburan dan menjadi viral di media sosial.

Sementara itu, pastinya vokalis Caliph Buskers yang menyanyikan lagu Roman Cinta dalam pertandingan AJL29 semalam dibongkar dan digali kisahnya gara-gara ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut perihal insan teristimewa ini.

Menurut sumber tertentu, vokalis yang bernama Azmi Saat ini merupakan seorang anak peneroka Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor.

Malah, gambar Azmi sedang mendukung anak kecil bersama seorang wanita yang dipercayai keluarganya turut dikongsi di media sosial.

Seperti diketahui umum, beliau yang bersama Caliph Buskers sering kali membuat persembahan jalanan berdekatan Jalan Tengku Abdul Rahman (Jalan Tar), KlCC dan beberapa kawasan pusat tumpuan awam di Kuala Lumpur.

Meskipun mempunyai kekurangan diri kerana tidak mampu melihat, ramai yang mengakui penyanyi lelaki itu mempunyai anugerah tidak ternilai kerana suara yang dimiliki amatlah luar biasa hingga membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya meremang bulu roma kerana terpegun.

Kesungguhan persembahan yang dibawa semalam jelas membuktikan vokalis dan kumpulannya Caliph Buskers mampu mengorak langkah maju dalam industri hiburan.

Malah dengar-dengarnya syarikat KRU mempunyai perancangan tertentu bagi kumpulan ini agar bakat mereka dapat diperkembangkan dalam industri seni.

Kita doakan moga kumpulan Caliph Buskers terus maju dalam apa yang diceburi.- MYNEWSHUB.CC


















~ kredit sumber mynewshub

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...