Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, July 29, 2015

SELEPAS TABUNG HAJI, KINI THE EDGE : SEKALI LAGI MUHYIDDIN TAMPIL MENYELAMATKAN PEMUDA





Ketika tersebarnya printscreen perbualan whatsapp melibatkan beberapa individu berjawatan dalam pemuda UMNO yang dikaitkan dengan usaha sabotaj gelombang kedua terhadap Perdana Menteri, secara tiba- tiba Timbalan Perdana Menteri tampil mengeluarkan kenyataan yang agak panas ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Cheras semalam.

Ikuti laporan The Malaysian Insider;
Muhyiddin Yassin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Timbalan perdana menteri turut mempersoalkan sumber mana lagi yang boleh rakyat percaya mengenai laporan 1MDB jika laporan The Edge tidak boleh dipercayai. 
"Saya sendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari The Edge .
"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul," katanya semasa merasmikan Majlis Perwakilan Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur malam ini. – 26 Julai, 2015. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-baca-the-edge-untuk-faham-1mdb-kata-muhyiddin#sthash.nMfmdhu2.dpuf

Tidak cukup dengan isu penggantungan ke atas akhbar The Edge, Muhyiddin sekali lagi mempertikaikan beberapa isu berhubung 1MDB.

Persoalannya, selaku Timbalan Perdana Menteri, sekiranya ada sebarang kemusykilan, bukankah lebih baik ianya diperbincangkan secara dalaman di antara beliau dan Perdana Menteri? Kenapa harus dijaja serata bahagian?

Lebih memeningkan, jika disingkap semula, Datuk Abdul Rahman Dahlan pernah mendedahkan tentang kewujudan fact sheet berhubung 1MDB suatu ketika dahulu dan dinyatakan bahawa telah diedarkan kepada Ahli Mesyuarat Kabinet. Apakah Muhyiddin tidak menerima salinan fact sheet ini atau adakah beliau tidak langsung mahu membaca dan menyentuhnya?





Jika segala penerangan sudah diberikan, apa perlunya bagi Muhyiddin untuk mempertikaikanya lagi? Adakah beliau mempunyai sesuatu agenda lain disebalik apa yang diperkatakannya?.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Timbalan Perdana Menteri mengalihkan pandangan rakyat daripada barisan pemuda yang kerap mempertikaikan tindakan kerajaan. Sebelum ini, Muhyiddin pernah juga mencelah apabila Pemuda UMNO meminta penjelasan berhubung isu tanah Tabung Haji.

Ikuti laporan Astro Awani;
MILAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong kenyataan Pemuda UMNO yang mahukan Kementerian Kewangan dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memberi penjelasan berhubung pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur. 
Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun transaksi jual beli itu sah dan berdasarkan kesediaan pembeli-kesediaan penjual, para penyimpan Tabung Haji melihatnya seolah-olah mereka terpaksa menanggung beban 1MDB. 
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata demikian kepada media Malaysia di sini pada Jumaat. 
Beliau dalam rangka lawatan kerja rasmi tiga hari ke sini sejak semalam. 
Dalam kenyataannya, Pemuda UMNO menzahirkan kebimbangan berhubung pembelian tanah itu daripada 1MDB yang bernilai RM188.5 juta. 
Pemuda UMNO meminta supaya penjelasan dibuat bagaimana transaksi pembelian tanah itu dilakukan. -SUMBER
Dengan pelbagai siri yang seakan- akan mempertahankan pemuda, adakah ini bermakna suara yang dibawakan barisan pemuda ini juga secara dasarnya adalah suara Muhyiddin sendiri?

Malahan, jika benar wujud gelombang kedua dalam usaha sabotaj terhadap Perdana Menteri, adakah Muhyiddin masih mahu mempertahankan mereka? 









No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...