Setelah melihat gambar-grambar mereka barulah kita tahu bahawa mereka adalah melayu kacukan. Tetapi bukanlah kacukan mamak. Tiga orang daripada mereka memiliki wajah eurasian.
Tidak hairanlah ketiga-tiga gadis berwajah eurasian itu menduduki tangga 1, 2 dan 9 dalam ranking 'Hot pick'. Kathrina Rizuan berada diranking pertama, Wafa Johanna De Korte ranking kedua dan Sara Amelia Bernard berada diranking ke sembilan.
Memandangkan peserta Islam yang menjadi hot pick pertama dan kedua, maka kemungkinan untuk mereka menjuarai Miss Malaysia World 2013 adalah cerah. Seterusnya mewakili Malaysia ke Pertandingan Miss World kelak. Di sana tiada pengecualian, setiap syarat perlu dipenuhi termasuk berbikini.
Mujurlah Penganjur Miss Malaysia World 2013 Datuk Anna Lim menggugurkan empat gadis Muslim tersebut daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik itu selepas ditegur Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Miera Sheikh
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..