Tutup Kolej Insaniah demi nak bela nasib pelajar dan kakitangannya pelik tu..tapi dilihat sbgai satu misi membalas dendam...Memusnahkan tempat menimba ilmu.....mari kita tgk alasan MB Kedah yg baru Ini
Tutup Kolej Insaniah, Mukhriz enggan ulas
ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir enggan ulas
desas desus mengenai penjualan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang
kini tersebar di blog-blog ketika ini.
Sebaliknya Mukhris berkata, Kerajaan Negeri Kedah akan terus mengutamakan kebajikan dan kepentingan pelajar di kolej tersebut.
“Kalau dilihat dari segi kewangan, pembinaan kampus induk itu sahaja
menelan belanja sebanyak RM350 juta dan menyebabkan kerajaan negeri
terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun.
“Perbelanjaan tersebut belum termasuk gaji pekerja dan sebagainya yang
mencecah lebih RM50 juta setahun. Tanggungan kewangan itu memang tinggi.
“Bagaimanapun, kita telah berjaya membuatkan Insaniah sebagai satu badan
berkanun,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
Exco di Wisma Darul Aman, hari ini.
Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan berkata, Kerajaan Kedah sedang menilai
semula kewajaran Insaniah Holdings Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya
dalam usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Insaniah.
Mukhriz berkata, menerusi penilaian semula itu kerajaan negeri antara
lain mempertimbang langkah untuk memperkemaskan pengurusan anak syarikat
berkenaan.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan, kita dapati memang wujud
kepincangan dalam pengurusan Insaniah dan bagi menyelesaikan masalah ini
tindakan daripada kerajaan negeri diperlukan.
"Kita juga dapati terdapat beberapa entiti yang terpaksa menanggung
kerugian dan terpaksa bergantung kepada sumber dana Insaniah yang
disalurkan oleh kerajaan negeri dan suntikan bantuan ini telahpun
mencecah jutaan ringgit yang seharusnya boleh digunakan untuk kegunaan
rakyat," kata Mukhriz.
Sementara itu, ketika mengulas perkara sama, Mukhriz menambah, sekiranya
kerajaan negeri terpaksa memilih opsyen itu, kakitangan dan pengurusan
Insaniah secara menyeluruh tetap diberi perhatian.
Katanya lagi, penukaran status Insaniah itu juga memudahkan kerajaan negeri membela nasib setiap warga Insaniah.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan membuat
penambahbaikan terhadap Kulim Teknologi Park Corporation supaya usaha
menarik pelabur berjalan lancar.
“Dalam masa sama, kita perlu memberi respon lebih pantas kepada pelabur.
Juga boleh fikirkan mengenai cara terbaik untuk memenuhi piawaian yang
kita berikan kepada pelabur.
“Hal ini termasuk mempercepatkan kelulusan permohonan semua aktiviti yang diberikan kepada mereka (pelabur),” katanya.
sumber;
~ insaniah akan melahirkan ribuan individu yg celik islam setiap tahun.
so, faham2 je lah kenapa MB skrg nak tutup..... panas beb, kalau ada
institusi islam mcm ni kat kedah. Inilah pemimpin BN sebenar.... sudah
terang lg bersuluh. ini baru nama negara islam.....huhuhu
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..