BEIJING - Pertandingan Piala Dunia di Brazil menimbulkan masalah untuk para peminat bola sepak khususnya di Asia. Salah satu masalah yang paling sukar dielakkan adalah perbezaan masa yang terlalu besar.
Perbezaan 11 jam antara Brazil membuat sebahagian besar perlawanan Piala Dunia ditayangkan rata-rata pada pukul 3.00 pagi. Sehingga bola mania di China perlu berjaga pagi dan tentunya hal itu akan mengganggu ketika mereka harus bekerja di keesokan harinya.
Keadaan ini bagi beberapa orang membuka peluang perniagaan, contohnya ada yang menjual surat cuti sakit palsu bagi para pekerja yang terlalu mengantuk untuk bekerja setelah berjaga menonton bola sepak.
Surat-surat cuti sakit palsu lengkap dengan catatan palsu doktor itu berharga sehingga 300 yuan.
"Para pekerja yang peminat tegar bola sepak yang ingin cuti sehari untuk menyaksikan Piala Dunia di Brazil boleh mendapatkan surat cuti doktor secara online," demikian dilaporkan harian Global Times.
Wartawan harian Telegraph, telah cuba menempah surat cuti sakit itu untuk mengelakkan giliran kerja pada Ahad untuk menyaksikan pertandingan Itali melawan England.
Ternyata, surat yang diperoleh sangat kelihatan asli, penuh dengan catatan perubatan dari hospital Ruijin bahagian Jabatan kesihatan pernafasan, salah satu hospital terbaik di Shanghai.
"Diagnosis: jangkitan saluran pernafasan atas. Cadangan: Rehat selama satu hari," demikian isi dokumen berwarna biru itu.
Ternyata, surat itu sudah dibuat seminggu lalu oleh para pemalsu dari sebuah syarikat bernama Shanghai Sick Notes.
"Kami sudah mendengar soal surat cuti sakit palsu ini namun belum pernah melihatnya," kata seorang kakitangan hospital Ruijin, Shanghai.
Namun, tak selamanya surat izin palsu ini berjaya mengelabui pihak atasan.
"Palsu. Ketua saya mengetahuinya dan saya sekarang dipecat. Dasar pembohong!" seorang pemberi surat cuti mengecam melalui dunia maya.
Bukan hanya di Shanghai, pemalsu surat sakit ini juga berlaku di Nanjing dan Beijing walaupun pelaku yang menjual surat cuti palsu seperti ini boleh dihukum penjara maksimum selama lima tahun.
kompas.com
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..