Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Saturday, June 21, 2014

Wanita amuk di JPM dilepaskan dari tuduhan mengamuk bersenjata



PUTRAJAYA - Tiada apa yang mampu diucapkan oleh Muhdalena Ahmad selain rasa syukur apabila Mahkamah Sesyen di sini semalam melepaskannya daripada tuduhan mengamuk menggunakan pedang samurai di pekarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Hakim Mohamed Kamil Nizam memerintahkan bekas penuntut jurusan Ilmu Wahyu di Universiti Islam Antarabangsa berusia 29 tahun itu ditahan dengan selamat di Hospital Permai, Tampoi, Johor sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ketika ditemui, Muhdalena yang sedang mengandung lima bulan turut mengakui yang dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara pelik apatah lagi mengamuk menggunakan pedang samurai bersama blogger, Khalil Afendi Abdul Hamid, 47.

"Semua itu berlaku tanpa disusuli dengan fikiran waras. Saya bersyukur dengan keputusan itu kerana sebelum ini memang saya terpengaruh dengan Khalil Afendi yang mendakwa sebagai Imam Mahdi," kata ibu kepada dua anak itu ketika ditemui selepas selesai prosiding di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Terdahulu, Hakim Mohamed Kamil Nizam ketika membacakan keputusan kes berkata, pihak pembelaan berjaya membuktikan tertuduh mengalami kemurungan psikotik yang menyebabkannya tidak dapat mengetahui bahawa tindakannya itu menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan pada imbangan kebarangkalian.

Katanya, di peringkat membela diri, tertuduh bukan sahaja tidak menafikan kesemua tuduhan yang dihadapinya, malah mengaku berada di tempat kejadian selain turut memegang senjata.
















No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...