Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, August 29, 2016

2 wanita pengsan bergaduh mulut 8 jam tanpa henti



2 wanita pengsan bergaduh mulut 8 jam tanpa henti


.
Foto fail kediaman di Wenzou, China. Dua wanita di wilayah Shanxi pengsan selepas bertekak selama lapan jam. — Foto oleh Lam Yik Fei/The New York Times

HONG KONG, 22 Ogos — Dua wanita di barat laut China pengsan akibat keletihan selepas saling bercakaran selama lapan jam tanpa makan dan minum.

Wanita pertengahan usia terbabit yang tidak dinamakan bergaduh di jalan raya di Ankang, wilayah Shanxi minggu lepas, lapor South China Morning Post.

Polis difahamkan kedua-duanya bergaduh kerana masalah hutang.

Menurut polis, kedua-dua mereka mula bertemu sekitar jam 2 petang.

Sejam selepas itu, salah seorang wanita terbabit pernah meminta bantuan polis namun menolak cadangan pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah di mahkamah.

Kedua-duanya didapati pengsan atas jalan raya selepas polis kembali semula ke tempat kejadian lapan jam berikutnya pada 10 malam.

Salah seorang berbuih di mulut dan tidak dapat mengawal nyahtinja.

Mereka langsung tidak makan dan minum sepanjang bergaduh walaupun cuaca pada hari tersebut sangat panas, kata polis.

Kedua-dua wanita terbabit kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut portal China Topix, pergaduhan pelik di tengah-tengah jalan bukanlah perkara asing di republik tersebut.


- See more at: 

Sunday, August 28, 2016

KAD KREDIT tiada tandatangan mulai Julai 2017



Masukkan nombor pin, tiada tandatangan mulai Julai 2017



MIRI 23 Ogos: Transaksi pengesahan pembayaran kad kredit dan debit menggunakan tanda tangan akan dihapuskan secara berperingkat untuk digantikan dengan sistem berasaskan nombor pengenalan peribadi (PIN) pada 1 Julai, 2017.

Pengarah Dasar Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Nyat Chuan berkata pemegang kad akan diberi tempoh selama enam bulan mulai Januari sehingga Jun 2017 untuk membiasakan diri dengan sistem baharu itu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

Katanya, sistem ‘pin dan bayar’ itu membolehkan pemegang kad membuat pembayaran dengan memasukkan PIN 6 digit tanpa menurunkan sebarang tanda tangan seperti sekarang.

Langkah yang dipertingkat itu juga akan menjadikan sistem pembayaran jauh lebih selamat.

“Sasaran (kami) adalah supaya semua pelaksanaan aspek infrastruktur dan penggantian kad itu dapat disiapkan menjelang 31 Disember, 2016,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Pameran Bergerak e-Bayaran Kebangsaan 2016, di sini, hari ini.

Program itu dianjurkan bersama BNM, Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia serta Persatuan Institusi-institusi Perbankan Islam Malaysia.

Tan berkata selain sistem ‘pin dan bayar,’ pemegang kad juga dapat membuat bayaran menggunakan sistem ‘tap-and-go’ bermula 1 Januari, 2018.

Malah, katanya seramai 44.3 juta pemegang kad dapat menikmati kemudahan itu sebaik sistem baharu beroperasi kelak.

“Pemegang kad boleh menggunakan kaedah ‘tap-and-go’ untuk transaksi membabitkan nilai yang rendah,” katanya.

Mengulas e-bayaran, Tan berkata bagi tempoh Januari sehingga Jun 2016, penggunaan cek berkurangan sebanyak 10% berikutan peningkatan penggunaan kaedah Interbank Giro (IBG) iaitu sistem pindahan dana antara bank dan Instant Interbank Fund Transfer (IBFT) atau pindahan segera.

“Pertumbuhan transaksi IBG dan IBFT masing-masing meningkat sebanyak 18% dan 94%,” katanya.


cerita berkaitan KLIK SINI

Lembu dipakaikan jalur bercahaya dalam gelap elak kemalangan


jalur bercahaya dalam gelap elak kemalangan Lembu


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 860x484.


NEW DELHI 24 Ogos - Polis di Madhya Pradesh, India mengambil inisiatif memakaikan jalur bercahaya dalam gelap kepada haiwan ternakan termasuk lembu bagi mengelakkan daripada dilanggar oleh pemandu-pemandu kenderaan di sana.

Langkah itu terpaksa diambil memandangkan jumlah kemalangan yang membabitkan haiwan tersebut dilaporkan semakin meningkat.

“Ramai pemandu yang cedera atau terbunuh selepas terlanggar atau dirempuh oleh haiwan-haiwan ini pada waktu malam. Jadi, ini merupakan sebahagian daripada langkah untuk mencegah kemalangan seperti ini daripada terus berlaku,” kata seorang pegawai polis di Balaghat, Kailash Chaulan. - AFP




 





kredit n source



Saturday, August 27, 2016

Ibu yang gersang


Nukilan Blogger :

Ibu yang gersang



apa nak jadi ngan zaman sekarang.bukan setakat anak yang derhaka, tapi ibu pun ada yang derhaka. ibu, yang diharapkan dapat menjaga anak, tapi jadi sebaliknya.
kenapa melahirkan kalau tak sayang? tak pikir masa depan ke.. nanti kita tua, sape nak jaga kita. bila kita mati sape yang nak doakan kita..
kenapa ibu2 sekarang bodoh sangat2? ada ibu muda yang terlalu sayangkan teman lelaki, sampai anak sendiri didera teman lelaki, dirogol dan macam-macam lagi lah. masuk surat khabar pastu kata "saya masih sayangkan dia" .. masyaallah.. sayang??? aku tak faham betul..kenapa semua buta kerana cinta  palsu?
kepada kawan2 perempuan sekalian, atau sape2 yang terbaca apa yang aku tulis nie..harap kita tak tergolong dalam kalangan wanita2 yang bodoh2 nieh! anak itu amanah, dan tanggungjawab kita. kalau kau kena cerai ngan suami sekalipun, xpayah nak tunjuk yang kau tu gersang atau desperate sangat2 kat jantan lain. lebih baik hidup dan fokus untuk membesarkan anak-anak jer..xpe.. xmati pun hidup tanpa lelaki!!! orang lain leh hidup molek-molek eh.. sepanjang aku hidup 21 tahun nie mana aku ada suami pun.. gemok kembong jugak! ah..gersang!!!!!!!! 
kepada suami2 pulak, janganlah kau tinggalkan bini kau lama2, jauh2 pulak tu.. belajarlah bertangungjawab.. jangan asyik2 nak cerai jer..sabar la, orang perempuan memang bengong sikit... bini pulak, korbankanlah diri untuk jadi hamba pada suami, jaga suami dan anak-anak2.. kenapa jihad utama wanita ditinggalkan tapi sibuk nak kerja semata-mata nak kemewahan?? konon nak kukuhkan ekonomi keluarga, sampai ke tua xkukuh2 pung.. hujung bulan habis gak duit.. ehek!
jadi, fikir2kanlah...ikutlah agama islam yang betul bukan ambik separuh2...
sekian.,..
p/s : Nukilan oleh blogger yg hebat suatu masa lalu..kini telah menyepi

Wanita bujang Malaysia bela haiwan aneh



Trend wanita bujang Malaysia bela haiwan aneh




Kamarudin (kiri) dan Pengarah JKDM II Perlis, Raja Badri Shah Raja Azman menunjukkan sebahagian haiwan eksotik yang dirampas dalam Kereta Api Ekspres Bangkok-Padang Besar di Pejabat Kastam cawangan Padang Besar di Kangar semalam.

PADANG BESAR – Trend rakyat Malaysia terutama wanita bujang untuk memiliki haiwan eksotik sebagai peliharaan mendorong penyeludupan masuk pelbagai spesies haiwan dari Thailand untuk dijual kepada peminat-peminatnya di negara ini.

Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas sebanyak 248 ekor haiwan eksotik pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM70,000 diseludup dengan menaiki Kereta Api Eks*pres Bangkok-Padang Besar masuk ke negara ini.

Pengarah JKDM Perlis, Kamarudin Jaafar berkata, haiwan-haiwan itu dipercayai untuk pasaran tempatan kerana ia kini mendapat permintaan tinggi sebagai binatang peliharaan masyarakat masa kini terutama dalam kalangan wanita bujang.


sumber:

Thursday, August 25, 2016

'Amukan durian tidak masak "


Jual durian tak elok, peniaga mati ditikam pelanggan

Amukan durian tidak masak

BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos — Seorang pembeli durian mengamuk, lalu menikam penjualnya gara-gara sebiji buah yang didakwa tidak masak tetapi tidak diganti baru.


Ong Ting San, 61, cedera parah di rusuk dan belakang akibat tikaman seorang lelaki pada jam 5 petang kelmarin berhampiran gerainya di Taman Sri Kijang, Machang Bubok di sini.

Peniaga itu lari ke rumah berdekatan untuk menyelamatkan diri sewaktu diserang dengan pisau.

Insiden itu dikatakan tercetus apabila suspek, 60 tahun, yang tinggal berdekatan dan mengenali peniaga itu membeli beberapa biji durian beberapa hari sebelumnya.

“Lelaki berkenaan mendakwa satu daripada durian dibelinya belum masak dan tidak boleh dimakan menyebabkan dia mahu menukarnya.

“Bagaimanapun, mangsa meminta lelaki berkenaan memulangkan semula buah itu sebagai bukti sebelum diganti dengan durian lain,” kata saksi, yang enggan dikenali.

Namun suspek gagal menunjukkan buah yang tidak masak tersebut, lalu peniaga itu enggan menggantikan buah baru sebelum suspek yang berang bertindak menyerang.




MANGSA dikejar sehingga ke beranda sebuah rumah di Taman Sri Kijang sebelum ditikam.

SEBERANG PERAI – Seorang peniaga maut ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang pelanggan gara-gara dikatakan menjual buah durian yang tidak elok di gerainya di Taman Sri Kijang, Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini kelmarin.

Peniaga itu, Ong Ting San, 61, yang cedera ditikam di belakang badan, rusuk kiri dan kanan serta kedua-dua kaki, disahkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini kira-kira pukul 10.45 malam.

Sumber polis berkata, mangsa dikatakan didatangi oleh suspek ketika dia sedang menjual durian berdekatan sebuah restoran di situ kira-kira pukul 5.15 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, lelaki yang dikatakan rakan mangsa itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari, hari ini, selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.

“Polis turut merampas pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan dia akan direman bagi membantu siasatan," katanya di sini, hari ini.





Wanita Melayu wajah VS seiras Dato Lee Chong Wei




Kagum dengan raut wajah yang sama, status dan gambar Ika dikongsi berkali-kali oleh pengguna Facebook yang turut mahu mengenalinya secara peribadi.

KUALA LUMPUR - Wajah dan paras rupa wanita bernama Ika Syazwani yang menyerupai rupa wira badminton negara, Datuk Lee Cong Wei menjadikannya ‘bintang’ laman sosial apabila dia dibanjiri dengan permintaan untuk menjadi rakan di Facebook.

Ia ekoran ucapan tahniah yang diutuskan Ika, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) berusia 24 tahun, kepada Chong Wei di Facebooknya sempena acara sukan badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio.

“Tahniah kepada kembar saya! #DatoLCW,” tulisnya yang turut disertakan dengan gambar dirinya dan Chong Wei bersebelahan.

Kagum dengan raut wajah yang sama, status dan gambar tersebut dikongsi berkali-kali oleh pengguna Facebook yang turut mahu mengenali Ika secara peribadi.

“Siapa sangka ada orang yang merasakan wajah saya mirip Datuk Lee Chong Wei. Mungkin kerana kami mempunyai struktur muka yang sama,” kata Ika seperti yang dipetik The Star Online.

Ia salah satu daripada beberapa siri status yang dimuatnaik dengan menggelarkan dirinya sebagai kembar Chong Wei.

Gambar Ika pernah diviralkan pada tahun 2013 juga atas sebab yang sama kini kembali popular pada acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio.

“Saya sentiasa tergelak memikirkannya kerana bagi saya ia amat melucukan. Saya tidak pernah menyangka ia akan menjadi viral, ” katanya, menjelaskan ia mungkin kerana neneknya berbangsa Cina.

Selaku peminat Chong Wei, Ika menonton semua siaran langsung perlawanan beliau di Sukan Olimpik Rio dan terus mengemaskini status perlawanan di Facebook miliknya.

“Datuk Lee sangat hebat. Saya begitu teruja sehingga pernah berasa untuk ke Rio. Ia lebih mengujakan apabila Datuk Lee mara ke peringkat akhir. Saya sangat bangga,” katanya.

“Semasa perlawanan akhir, dia kelihatan letih. Mungkin tidak mendapat rehat yang cukup selepas perlawanan separuh akhir.

“Secara keseluruhan, Datuk Lee adalah yang terbaik. Walaupun beliau memenangi pingat perak, tetapi kita semua tahu beliau adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Tahniah sekali lagi, ” katanya.

Selain sukan badminton, Ika juga berminat dalam sukan automotif seperti perlumbaan drag dan drifting.







Wanita Melayu wajah seiras Dato Lee Chong Wei jadi viral

Wanita Melayu wajah VS seiras Dato Lee Chong Wei jadi viral




SOURCE N CREDIT

DBKL kunci tayar kenderaan pemandu degil





Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan mengunci tayar kenderaan yang diletak sesuka hati sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas bermula 1 September

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, tindakan tegas itu akan dilaksanakan di seluruh ibu kota terutama di jalan utama kawasan tumpuan atau pelancongan

Kawasan terbabit, termasuk Jalan Masjid India, Jalan Tun Sambanthan (Brickfield), Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Bulan, Jalan Changkat Bukit Bintang, Jalan Chow Kit, Jalan Kenanga, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Solaris Mont Kiara dan Jalan Klang Lama

"Pelaksanaan ini dilakukan berdasarkan kajian Pemudah (Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan) DBKL yang mendapati sikap pengguna meletak kenderaan secara tidak bertanggungjawab menjadi antara punca utama kesesakan lalu lintas

"Antara Januari hingga Julai tahun ini, 746,185 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan kenderaan menghalang lalu lintas, 232,726 kenderaan tidak membayar caj parkir dan 4,857 kenderaan ditunda kerana kesalahan parkir, jadi tindakan lebih tegas perlu diambil," katanya di sini, hari ini

Mhd Amin berkata, pemilik kenderaan perlu hadir menjelaskan bayaran denda RM50 dalam tempoh empat jam tayar kenderaan dikunci bagi tuntutan semula sebelum tindakan menunda diambil dengan denda RM100 dikenakan

Pelaksanaan undang-undang itu mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016








Tetamu hotel bermalam dengan mayat pondan di bawah katil



Mangsa, Amphon Kongsong berusia 28 tahun.


Dua anggota pihak berkuasa menunjukkan mayat yang disembunyikan di bawah katil di sebuah bilik hotel.

PATTAYA, THAILAND - Dua tetamu hotel secara tidak sengaja merasai pengalaman bermalam di sebuah bilik dengan mayat yang disembunyikan di bawah katil.

Mereka yang mendaftar masuk di sebuah hotel di tepi laut di Pattaya, Thailand dan mengadu mengenai bau busuk tetapi tidur di bilik berkenaan selama satu malam.

Tukang cuci turut menghidu bau busuk pada keesokan hari dan kemudiannya menemui kesan darah pada katil.

Mayat seorang wanita transgender kemudian ditemui di sebalik rangka katil itu selepas pemeriksaan dijalankan.

Ketua Polis Pattaya, Kolonel Apichai Kropphet memberitahu BBC bahawa mayat itu ditemui oleh tukang cuci tetapi hanya selepas dua pengunjung hotel tidur di bilik berkenaan selama satu malam.

Menurut laporan Bangkok Post, dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun ditahan kerana didakwa membunuh wanita itu.

Mangsa dikenali sebagai Amphon Kongsong berusia 28 tahun.

Kropphet berkata, suspek berusia 17 tahun mengenali Amphone menerusi Facebook dan kemudian memujuk untuk mencari pekerjaan untuk mangsa di Pattaya.

Suspek bersama mangsa dan seorang lagi rakan berusia 14 tahun menginap di hotel itu selama beberapa hari.

Menurut Kropphet, mangsa dipercayai dibunuh akibat perselisihan faham berlaku antara mereka. - Mail Online









~ KREDIT N SUMBER

Wednesday, August 24, 2016

Pemegang kad kredit wajib guna nombor pin



Berkuatkuasa 2017, pemegang kad kredit wajib guna nombor pin




PADANG BESAR 18 Mac - Mulai tahun hadapan, semua pemegang kad kredit diwajib memasukkan nombor pin keselamatan sebelum sesuatu transaksi boleh dilakukan berbanding penggunaan tandatangan pada masa kini.

Langkah itu bagi mengatasi penyelewengan kad kredit yang kini mencatatkan kerugian antara RM30 hingga RM40 juta setahun atau 0.03 sehingga 0.04 peratus daripada nilai transaksi setahun.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, penggunaan nombor pin keselamatan untuk setiap transaksi kad kredit merupakan langkah diambil kerajaan bagi menambah baik sistem keselamatan kad berkenaan.

“Walaupun peratusan penipuan ked kredit di negara ini kecil iaitu antara 0.03 hingga 0.04 peratus, nilainya tinggi iaitu RM30 juta hingga RM40 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Tee Yong, pihak kerajaan berpuas hati dengan tahap keselamatan perbankan Internet yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah dinaik taraf.

“Bagaimanapun kita perlu menambah baik lagi sistem keselamatan transaksi kad kredit di premis-premis perniagaan bagi mengelak penyelewengan.

“Ini disebabkan sistem keselamatan sedia ada agak lemah kerana kebanyakan peniaga tidak membandingkan tandatangan pada resit dengan yang tertera pada kad kredit,” katanya.


'KL bukan kita punya'



'KL bukan kita punya'

:http://www.sinarharian.com.my/nasion...punya-1.554718

SEBUT Kuala Lumpur, semestinya kita terbayang bangunan pencakar langit 88 tingkat KLCC dan Menara KL.

Tetapi pernahkah anda mendekatinya, lihat wajah siapa yang lebih banyak, warga tempatan atau warga asing lebih-lebih lagi apabila cuti umum.

Itu tidak diambil kira dengan perniagaan di Jalan Alor, Jalan Silang, Masjid India, siapa yang menguasainya?

Usah dikira perkhidmatan awam!

Hinggakan terfikir,... kita di Kuala Lumpur atau Dhaka, Islamabad, Yangoon mahupun Jakarta sebenarnya!

Keindahan Kuala Lumpur ditelan pendatang, Kuala Lumpur bukan lagi milik kita!

Persoalannya, berapa ramai bilangan warga asing di Malaysia ini?

Apa akan berlaku jika tiada tindakan tegas kerajaan bagi menghalang warga asing meneruskan aktiviti perniagaan mahupun penjaja yang kini boleh dianggap sebagai kritikal.



sumber

Tuesday, August 23, 2016

Proton Persona R - Design Baru 2016 Dilancar Hari Ini


Proton Persona R - Design Baru 2016 - [ LAUNCH 23 OGOS ]












lelaki kelar punggung 8 wanita ketika berenang


Polis buru lelaki kelar punggung 8 wanita ketika berenang


Visitors play in an artificial wave pool at Tokyo Summerland in Akiruno, near Tokyo

TOKYO - JEPUN. Polis kini memburu seorang lelaki yang dipercayai mengelar punggung lapan wanita di kolam renang awam di Tokyo.

Mangsa yang berumur di dalam lingkungan 19 dan 23 tahun itu berenang di taman tema air Summerland ketika diserang oleh seorang lelaki yang didakwa berenang di belakang mangsa tanpa disedari dan mengelar punggung dengan pisau, menurut polis.

Kesemua mangsa hanya cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Penyiasat sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui motif lelaki itu dan bagaimana suspek terlepas membawa masuk senjata ke taman tema berkenaan yang terletak di Akiruni, pinggir bandar Tokyo.

Summerland adalah salah satu taman tema air terbesar di Jepun dan sangat sesak terutamanya pada hujung minggu.





~ Source & kredit

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...