WALAUPUN bercerai, Joseph Lau tetap membenarkan Yvonne Lui (kanan) tinggal di rumahnya. - AGENSI
HONG KONG 17 Nov. – Seorang jutawan mengejutkan pelbagai pihak apabila bertindak ‘mengiklankan’ perpisahan dengan bekas isterinya di akhbar tempatan baru-baru ini.
Lapor Mail Online, melalui tindakan tersebut, jutawan berkenaan, Joseph Lau mengumumkan telah berpisah dengan Yvonne Lui sejak 2014 selain memberikan wang sebanyak 200 juta pound (RM1.08 bilion) sebagai ‘tanda’ bercerai.
Pasangan itu menjalinkan hubungan sejak 15 tahun lalu dan mempunyai dua orang anak.
Namun, jutawan itu membenarkan bekas isterinya untuk tinggal di rumahnya dan menggunakan kenderaan serta pesawat peribadi yang disediakan untuk anak-anak, supaya Yvonne dapat menjaga dan menemani mereka.
Dalam iklan terbabit, beliau menjelaskan hubungannya dengan wanita itu sudah berakhir.
“Saya memastikan kos sara hidup, pendidikan dan perbelanjaan lain untuk anak-anak saya dan akan berterusan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang ayah.
“Menyedari usia anak-anak yang masih kecil, saya juga membayar semua kos penjagaan kepada Yvonne untuk kebaikan mereka. Semua ini saya lakukan bukan kerana Yvonne tetapi demi anak-anak,” kata Joseph.
Joseph merupakan lelaki ke-65 terkaya dunia dan mempunyai empayar hartanah yang besar serta memiliki syarikat Chinese Estates.
Beliau juga antara orang pertama yang memiliki pesawat Boeing 787 Dreamliner untuk kegunaan peribadi, selain sering berbelanja mendapatkan hasil seni unik
kredit source
evo7
ReplyDelete