Thursday, November 17, 2016
KECOH SEMALAM APABILA JUMLAH STRAIGHT A UNTUK UPSR 2016 MEROSOT TERUK BERBANDING 2015!!!
Paling ketara ialah penurunan daripada 440,000 orang pelajar UPSR tahun ini, hanya 4,866 orang sahaja yang memperolehi A untuk semua matapelajaran, berbanding pada tahun 2015 dengan jumlah pelajar adalah 443,000 orang dengan jumlah yang memperolehi semua A untuk setiap matapelajaran adalah 38,344 orang.
Maka melalaklah ibu bapa yang menanam harapan tinggi agar anak-anak dapat straight A seperti tahun-tahun sebelumnya.
Penjelasan yang diberikan oleh Menteri Pelajaran, Mahdzir Khalid, calon-calon UPSR tahun ini adalah KOHORT pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pada masa yang sama, pembelajaran murid juga lebih menjurus kepada membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), di mana mereka diasah berfikir secara kreatif.
Format instrumen atau kelulusan juga berbeza pada tahun ini apabila kelulusan bagi A contohnya, dinaikkan daripada 76 markah kepada 86 markah.
Satu pukulan keras kepada masyarakat pendidik khususnya guru-guru yang terlalu banyak bising menghentam kerajaan dan majikan mereka, selain ibu bapa yang selama ini memandang mudah dan seringkali berfikiran sama seperti pembangkang yang memperlekehkan mutu pendidikan negara yang kononnya tidak setaraf dengan sekolah-sekolah jenis kebangsaan khususnya aliran vernakular Cina.
Peningkatan mutu dan kualiti ini rupa-rupanya lebih menyakitkan mereka berbanding kata-kata dan tuduhan mereka sendiri.
Sekarang, sebahagian besar ibu bapa sibuk mempersalahkan kerajaan, mempersalahkan kementerian, malahan mempersalahkan guru-guru yang kata mereka tidak menjalankan tugas dengan baik.
Syabas kepada Kementerian Pelajaran yang kini menyedari bahawa penurunan gred bagi membolehkan ramai pelajar yang mencatatkan kelulusan cemerlang hanya untuk tujuan membangga-bangga diri, telah menamatkan tradisi tersebut, sebaliknya beralih kepada peningkatan mutu pendidikan.
Cuma diharapkan, Kementerian juga mengembalikan WAJIB LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains bagi membolehkan pelajar menyambung pelajaran ke Tingkatan Empat, bagi PT3 selain memperbanyakkan juga sekolah-sekolah aliran vokasional dan teknikal yang boleh diisi dengan pelajar-pelajar kurang cemerlang akademik.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..