TANAH MERAH, 14 Nov — Seorang pelajar lelaki sanggup menikmati enam biji telur mentah ketika waktu rehat di sekolah demi memiliki badan sasa.
Apa yang dilakukan Muhamad Fauzan Abdul Rashid, 17, itu ternyata berhasil walaupun terpaksa mengambil tempoh sehingga empat tahun selain menghabiskan masa selama tiga jam sehari di gimnasium.
“Saya makan mentah-mentah telur itu. Ramai yang pelik, tetapi itu yang saya lakukan untuk mendapatkan badan seperti ini,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
“Saya mengambil masa empat tahun untuk mendapatkan badan ‘sado’ dan idola saya adalah Sazali Samad.”
Fauzan berkata walaupun tubuhnya berotot besar, namun ia hanya untuk kepuasan diri dan bukannya modal memikat gadis.
Katanya, aspek pemakanan amat diutamakan agar badan kelihatan sasa dan otot berketul-ketul.
“Saya sudah lali [biasa] orang kata saya kuat berangan dan mahu menunjuk terutamanya pada perempuan. Bagaimanapun, selepas badan sado ada juga perempuan terpikat.
“Namun, saya bina badan bukan untuk menunjuk tetapi untuk kepuasan diri kerana saya terlampau obses untuk ‘sado’,” katanya lagi.
Kisah Fauzan viral di Facebook selepas pelajar sebuah sekolah di Tanah Merah, Kelantan itu mengenakan baju sekolah sambil menunjukkan otot.
Ia menjadi perbualan netizen kerana umurnya yang muda sudah memiliki badan seperti ahli bina badan profesional.
Fauzan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Paduka Raja 1 Tanah Merah, Kelantan ini sama seperti rakan-rakan seusianya yang lain kini sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
kredit
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..