Dicekup ketika asyik beraksi
NUR FARHANA ABDUL MANAN
30 Ogos 2013
SUBANG JAYA – Seramai tujuh individu ditahan dan diserahkan kepada pihak
polis kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral di tiga rumah urut di
sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ),
Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan maklumat awam,
pihaknya menyerbu tiga premis pusat kecantikan dan pusat urut di
kawasan SS15.
“Ketika serbuan dijalankan, terdapat pelanggan sedang diberi urutan badan dan batin.
"Hasil pemeriksan mendapati premis mempunyai lesen sah dari MPSJ untuk
urutan reflekseologi tetapi menawarkan urutan badan serta batin kepada
pelanggan,” katanya.
Tambahnya, dalam sebuan tersebut, pihaknya turut menahan seorang
pelanggan lelaki dan seorang tukang urut wanita sedang asyik beraksi di
atas katil.
Ketika dicekup pelanggan lelaki tidak berbaju, memakai seluar pendek manakala tukang urut wanita separuh bogel dan hanya memakai baju.
Operasi tersebut diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota.
** Laporan penuh dan gambar yang lebih jelas dapatkan akhbar Sinar Harian esok.31 OGOS
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..