~ sebenarnya minyak tak naik..hanya pengurangan subsidi...tak percaya dengar apa kata pakar Ekonomi nie..
Pengurangan subsidi minyak tepat: Pakar
Pengurangan subsidi minyak tepat: Pakar
2013/09/03 - 05:13:41 AM Oleh Zuraidah Mohamed Cetak Emel Kawan
Dr Yeah Kim Leng, Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings
Langkah memastikan kedudukan ekonomi, fiskal terus kukuh
Pakar ekonomi berpendapat langkah mengurangkan subsidi minyak
mencerminkan komitmen padu kerajaan untuk memastikan kedudukan ekonomi
dan fiskal negara terus kukuh sekali gus memberi kesejahteraan kepada
rakyat.
Ia, kata mereka, dilaksanakan tepat pada masanya dan wajar untuk
mengurangkan defisit fiskal negara, justeru memastikan ekonomi negara
terus mantap berkembang dalam situasi pasaran global yang masih tidak
menentu.
Jika pemberian subsidi yang besar seperti sekarang diteruskan, nampaknya
kerajaan perlu mengorbankan lebih banyak perbelanjaan pembangunan." Dr
Yeah Kim Leng, Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, berkata
pengurangan subsidi secara berperingkat seperti diamalkan kerajaan,
tidak memberikan kejutan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Ia, katanya, dibuat pada pertimbangan yang sangat wajar dan bertimbang rasa bagi meminimumkan kesan inflasi.
“Langkah ini sudah lama tertangguh, dan kini sudah tiba masanya kerajaan
melaksanakannya. Ia dibuat secara beransur-ansur yang mana langkah ini
sebenarnya bagi menyokong kewangan awam.
“Jika pemberian subsidi yang besar seperti sekarang diteruskan,
nampaknya kerajaan perlu mengorbankan lebih banyak perbelanjaan
pembangunan. Kerajaan perlu menanggung bebanan hutang yang lebih besar
jika masih mahu meneruskan dengan projek pembangunan,” katanya ketika
dihubungi BH di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, kerajaan juga wajar menyemak semula harga bahan api
tempatan setiap enam bulan bagi menyelaras harganya dengan pasaran
global.
Kenaikan mendadak boleh sekat pertumbuhan
“Saya yakin pengurangan subsidi secara berperingkat ini lama kelamaan
akan diterima oleh masyarakat. Saya berharap menjelang 2015 subsidi
harga bahan api ini dapat dihapuskan sepenuhnya.
“Bagaimanapun ia memerlukan mekanisme yang tepat, kerana kita tidak mahu
berlakunya sebarang kenaikan harga dan perkhidmatan yang mendadak
sehingga boleh menyekat pertumbuhan ekonomi.
“Memandangkan ia dibuat secara berperingkat, kesan ke atas perbelanjaan
pengguna adalah minimum tetapi pendapatan boleh guna akan menjadi lebih
rendah kerana orang ramai mungkin perlu menyediakan lebih banyak wang
untuk membeli bahan api,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan penyusunan
semula subsidi yang menyaksikan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel
sebanyak 20 sen mulai hari ini.
Kini, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan
RM1 seliter bagi diesel, dengan jumlah bahan api yang diperuntukkan
oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi
subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk
diesel.
Sementara itu, Profesor Pelawat di Graduate School of Business,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr John Antony Xavier,
berkata rasionalisasi subsidi itu tepat pada masanya kerana Malaysia
adalah pengimport bahan api.
Katanya, pengurangan subsidi secara berperingkat-peringkat akan mengurangkan tekanan terhadap kewangan awam.
“Jika dilihat kesan daripada rasionalisasi subsidi secara berperingkat
kepada orang awam ini adalah minimum berbanding kesan jangka panjang
terhadap daya saing negara.
Sistem baucar bantu golongan miskin
“Tambahan pula, peningkatan harga minyak yang diumumkan kerajaan tidak begitu tinggi berbanding dengan Indonesia,” katanya.
Beliau yakin, pelaksanaannya itu akan diterima baik di kalangan komuniti
ekonomi dunia dan agensi penarafan antarabangsa kerana subsidi minyak
tidak akan berkekalan dan ia harus dikurangkan secara berperingkat.
“Bagaimanapun, kerajaan boleh memperkenalkan sistem khusus seperti
sistem baucar sebagai langkah sementara bagi yang membantu mereka yang
berpendapatan rendah menyesuaikan diri dengan rasionalisasi berkenaan,”
katanya.
~ UPDATED TERKINI KENAIKAN HARGA BARANG SELEPAS PRU13
Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..