Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, April 03, 2014

Kepala pelajar MRSM berasap kena panah petir Alor Gajah:





 

Alor Gajah: Seorang pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, koma selepas dipanah petir di padang sekolahnya di Ayer Paabas, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Johan Jasmin, 13, bersama sekumpulan pelajar lain dikatakan sedang berjalan masuk ke bangunan asrama sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri dipercayai terkena petir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Md Rashid Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh mengenai kejadian menimpa pelajar berasal dari Shah Alam itu daripada pihak pengurusan sekolah.

Katanya, beliau difahamkan mangsa bersama pelajar lain berada di padang bola keranjang selepas melakukan aktiviti sukan sebelum diarahkan masuk ke bangunan apabila cuaca gelap.

“Ketika mereka (pelajar) sedang berjalan masuk ke dewan, tiba-tiba mangsa rebah dan tidak sedarkan diri dipercayai terkena panahan petir.

“Pelajar ini kemudian dihantar seorang guru pemantau ke Hospital Alor Gajah, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Kita masih menunggu laporan penuh kejadian ini, sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.

200 pelajar selamat
Katanya, hanya seorang mangsa yang terbabit dalam kejadian itu, manakala lebih 200 pelajar lain disahkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

BH difahamkan, akibat terkena panahan petir, rambut pelajar itu berasap, manakala mulutnya pula berbuih.

Keadaan mangsa setakat petang semalam, dilaporkan masih kritikal dan terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Laham ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan.

“Saya sudah dimaklumkan mengenai kejadian seorang pelajar berusia 13 tahun dipanah petir dan dia kini sedang dirawat di Hospital Melaka,” katanya.




Sumber : Berita Harian









No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...