Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, July 15, 2016

UNTUNG Bersih RM 10,000 Sebulan



6 Jenis Perniagaan Modal Rendah UNTUNG Bersih RM 10,000 Sebulan



Perniagaan ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang menganggur, suri rumah, pemuda lepasan SPM atau bekas staf Malaysia Airlines yang dibuang kerja baru-baru ini. Saya senaraikan menurut pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana-mana yang sesuai dengan anda.
#1 – Berniaga Buah Potong
Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal. Katakan rm1/plastik, harus sasarkan jual 600 plastik sehari, cari lokasi yang ramai orang (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang) paling tidak anda akan dapat rm350 sehari × 30 hari = RM10,500.
#2 – Khidmat Potong Rumput
Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji rm130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar rm60. Kerja hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan dikawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari rm340 × 30 hari = RM10,200.

#3 – Menjual Nasi
Menjual nasi rm4 dikawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran. Buat iklan fb untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, so sehari bersih dalam tangan ialah rm360 × 30 hari = RM10,800.
#4 – Menjual Air
Jual air rm1/cawan depan sekolah semasa pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 petang dan  sekolah agama pukul 5 hingga 6 petang. Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat rm600 kasar. Rata-rata penjual air bagitahu margin untung bersih jual air ini sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat rm480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080.
#5 – Berniaga Di Pasar Malam
Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga rm2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan rm800×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (rm2,560) = RM10,240.


#6 – Agent Jualan Produk
Jadi agent jualan produk, pilih yang laku keras bulan itu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi rm50/item, jual guna fbads (tidak tahu guna fbads boleh pergi belajar – power editor), sehari letak kos iklan rm80, push sale sekurang2 11 item close deal, setiap hari akan ada orang bank in sebanyak rm550, tolak kos harian iklan rm80 dan bayaran pos rm110 = bersih rm360 × 30 hari = RM10,800.
Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi cukup lah 6 jenis ni dahulu. Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.

Wednesday, July 13, 2016

Pukul 3 Pagi Period dah habis Suami Tanya


Pukul 3 Pagi Period dah habis Suami Tanya....


loading...
1.jpg
Solat adalah tiang agama, jadi kita sebagai umat Islam wajib menunaikan kewajipan ini tanpa sebarang alasan jika tidak uzur.
Pentingnya solat boleh dilihat didalam dialog antara Jibril A.S dan Nabi Musa dimana Jibril bertanya,
Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya?
Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?
Nabi Musa terperanjat.
Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?
1.jpg
Ada! jawab Jibril dengan tegas. Dosa apakah itu? tanya Musa a.s. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.
Itu salah satu contoh betapa pentingnya solat di dalam Islam, kisah tentang solat yang boleh dijadikan pengajaran telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Cik Atenn Azlan di mana dia menceritakan kisahnya dan suami yang amat mempunyai pengajaran.
Period dah habis? Suami Tanya
Al-kisahnya pukul 3 pagi, Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata,
Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak
Aku terdiam. Hari ini dah hari keenam, kata aku dalam hati.
Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah awak,
Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?
Aku diam lagi.
Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun,
Sejuklah awak, jawab aku.
Okay kejap
Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter.
Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali, katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak membakar lengan aku.
Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.
Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan berkata.
Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak
Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak,
Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran. Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah dajjal,
Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan?
Dia datang dan belai lembut rambut aku.
Awak selalu kata kenapa kita tak dapat anak lagi. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia.
Cubalah sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?
Aku mula bertanya.
Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?
Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama.
Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah.
Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat manusia? katanya
Aku menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan dia selalu berkata bahawa Ini semua ujian dari Allah,.
Dah, bangun. Pergi mandi wajib.



Siakapkeli.my

Sumber: informasi-viral

Tuesday, July 12, 2016

Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai Tidak Tahu


loading...
Misteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai Tidak Tahu




Terowong Rahsia di Putrajaya.jpgMisteri Terowong Rahsia di Putrajaya Yang Ramai Tidak Tahu
-Sejak kebelakangan ini mula tersebar berita mengenai “Terowong Rahsia di Putrajaya” yg menghubungkan bangunan “xxx” ke Lapangan Terbang Antarabangsa(KLIA). Ianya nampak seperti satu misteri yang tidak pernah dirungkai oleh rakyat biasa...
-Ada yg membuat andaian bahwa terowong ini adalah satu langkah kerajaan(era pemerintahan Dr.Mahathir) untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak. Kemungkinan terowong ini dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya berlaku peperangan.
-Menerusi kajian yang dibuat oleh penulis di internet terdapat dua versi cerita mengenai terowong ini. Mari kita baca kedua-dua versi cerita ini.
****************************************************************
VERSI 1
1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2. Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.
3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.
4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.
5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.
6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.
7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.
8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.
9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.
10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.
11. Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit.
12. Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.
13. Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.
14. Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat.
15. Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.
16. Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.
17. Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.
18. Beliau mencabar saya satu perkara…”Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.
19. Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.
20. Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.
21. Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya.
22. Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orang ramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad.
23. Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.
24. Kepada pembaca…tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan.
25. Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda…ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya.
26. Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar.
27. Kebangkitan akan bermula dari sini.
 ******************************************************************
VERSI 2
Memang betul pun ada terowong ‘rahsia’ di bawah tanah Putrajaya tu. Tapi sebenarnya terowong itu tidaklah terlalu rahsia. Yang jadi rahsia sebab kita yang tidak pernah tahu. Jadi, bila ada orang ‘terjumpa’ dengan terowong ini, mula la orang kata kerajaan ada simpan ‘rahsia’ terhadap ‘terowong’ ini. Ok, yang ini memang lawak. Sebab apa lawak? Sebab ramai yang buat andaian tanpa tanya kepada tuan empunya tanah!misteri terowong rahsia di putrajaya.jpg 
Ok, sebenarnya, tak ada rahsia pun yang ingin disembunyikan pada terowong bawah tanah di Putrajaya tu. Serius!
Hakikatnya, terowong itu adalah terowong monorel yang terbengkalai! Dan bukannya terowong rahsia seperti yang anda mungkin fikirkan!
Kenapa terbengkalai? Sebab Pak Lah tak nak teruskan projek ini, walaupun terowong telah dibina. Ini juga menyebabkan Tun Dr. M begitu marah dengan Pak Lah.rambar terowong rahsia di putrajaya.JPG
Ada yang persoalkan, “Habis, kenapa terowong ini dijaga dan ditutup?” Mestilah kena tutup. Bahaya kot kalau dibiarkan terbuka. Nanti jangan kata binatang-binatang berbisa, manusia yang nak transformer jadi haiwan pun jadikan tempat ini sebagai sarang mereka!terowong rahsia putrajaya.jpg 
Kalau tak percaya yang terowong ini memang bukan rahsia, jemput baca wikipedia di link ini ya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Monorel_Putrajaya
Malah, cerita terowong yang rahsia sangat ini telahpun keluar dalam paper utusan: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
Mungkin pada zaman Pak Lah, beliau tidak mahu meneruskan projek ini kerana menganggap ianya sebagai ‘membazir’. Lagipun, Putrajaya ketika itu masih belum sesak lagi dengan kenderaan. Namun, jika suatu hari nanti Putrajaya semakin sesak dengan kenderaan, projek monorel bawah tanah ini mungkin akan bersambung semula.
 
 
 
Nota kaki penulis: Anda mempunyai akal fikiran yang waras dan anda layak untuk menilai cerita ini mana satu yang betul dan mana satu yang salah. Semoga hidup anda tidak diselubungi misteri.

Monday, July 11, 2016

Portugal Juara Euro 2016


Portugal Juara Euro 2016, Tewaskan Perancis 1-0




Ketiadaan tonggak utama Cristiano Ronaldo tidak menghalang Portugal untuk melakukan kejutan ke atas tuan rumah Euro 2016, Perancis yang tewas 1-0 menerusi gol masa tambahan Eder pada final yang berakhir di Stade de France sebentar tadi.

Babak pertama perlawanan menyaksikan kapten Portugal Ronaldo terpaksa diusung keluar pada minit ke-24 akibat kecederaan lutut yang dialami selepas diterjah Dimitri Payet pada minit kelapan.
Penyerang 31 tahun itu jelas kecewa dan sedih apabila terpaksa digantikan oleh Ricardo Quaresma dan lilitan kapten diserahkan kepada Nani.
Perancis menguasai awal permainan dengan Antoine Griezmann hampir membuka jaringan menerusi tandukan tepat ke gawang Portugal, tetapi penjaga gol Rui Patricio sempat menepis keluar bola.
Pemain tengah Perancis, Moussa Sissoko yang begitu berbahaya dengan larian pantas membelah benteng Portugal, hampir memecah kebuntuan pada minit ke-34, tetapi sekali lagi Patricio menjadi penyelamat.
Bersambung babak kedua, Perancis terus menguasai permainan dengan beberapa peluang keemasan dihasilkan tuan rumah, namun Patricio dan tiang gol menjadi penghalang.
Tandukan minit ke-66 Griezmann ditepis keluar Patricio yang kemudiannya menampan rembatan Olivier Giroud pada minit ke-75.
Ketika Patricio gagal menghalang sepakan leret Andre-Pierre Gignac pada minit terakhir, tiang pula menafikan peluang Perancis mendapatkan gol. Dalam masa tambahan, Eder muncul wira Portugal apabila merembat kencang menewaskan Lloris dan Portugal mempertahankan kelebihan satu gol hingga tamat perlawanan. – Agensi


Tuesday, July 05, 2016

Madinah dikejutkan dengan serangan bom

Madinah dikejutkan dengan serangan bom berani mati ketika azan maghrib pada 4 Julai 2016




Pekarangan Masjid Nabawi di Madinah digegarkan letupan bom daripada penyerang bunuh diri ketika azan Maghrib (atau malam tadi waktu Malaysia).

Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi empat pegawai keselamatan maut dan lima lagi cedera.

Ia adalah serangan ketiga di negara berkenaan selepas letupan pertama dan kedua berlaku di Jeddah dan Qatif.

Beberapa keping gambar dimuat naik di media sosial menunjukkan asap hitam berkepul-kepul naik di luar masjid berkenaan.

Memetik kenyataan kerajaan di Twitter, Al Jazeera melaporkan korban di kalangan pegawai keselamatan berlaku selepas mereka menghalang penyerang berkenaan memasuki masjid.

Ketika kejadian kawasan Masjid Nabawi dipenuhi ramai orang, termasuk warga asing, yang bersedia untuk berbuka

Beberapa saksi memberitahu mereka langsung tidak menyangka letupan berkenaan adalah serangan pengganas bunuh diri.

Warga Afrika Selatan, Ziyaad Patel, 36, berkata pada awalnya dia beranggapan bunyi itu datang daripada letupan meriam atau mercun meraikan sesuatu.

"Tetapi kemudian saya dapati gegarannya sangat kuat, seperti ada bangunan runtuh," katanya kepada AP.

Belum ada pengakuan

Stesen televisyen Aab Saudi, Al-Ekhbariya, kemudian menayangkan ribuan orang bersembahyang di dalam masjid selepas letupan berlaku.

Kira-kira waktu sama dua lagi letupan dilapor berlaku berhampiran sebuah masjid di Qatif, timur Arab Saudi.

Saksi memberitahu seorang pengebom bunuh diri meledakkan bahan letupan padanya di luar sebuah masjid Syiah menyebabkan banyak mangsa cedera.

Menurut saksi mereka menemui cebisan anggota badan bertaburan di tanah sejurus selepas serangan.

"Memang pasti pengebom bunuh diri. Saya nampak mayatnya yang berkecai," kata penduduk setempat dan dipetik AFP.

Saksi lain memberitahu Reuters letupan itu memusnahkan sebuah kereta diletakkan berhampiran masjid itu.

Pada pagi Isnin dua anggota keselamatan cedera apabila pengebom meletupkan dirinya berhampiran sebuah konsulat AS di Jeddah.

Kementerian Dalam Negeri berkata pengawal keselamatan melihat seorang lelaki mencurigakan meletak kenderaan di kawasan parkir Hospital Dr Suleiman Faqeeh bertentangan bangunan diplomatik AS.

"Ketika mereka bergerak mahu menyelidik seorang lelaki bersama bom yang dililit pada pinggangnya meletupkan diri," kata kenyataan itu.
Setakat ini belum ada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Friday, July 01, 2016

Anyam ketupat daun palas dengan mudah



Tutorial cara anyam ketupat daun palas dengan mudah



Hari raya bakal menjelma tak lama lagi. Sudah pastinya ibu-ibu di luar sana termasuk ibu kesayangan aku sibuk siapkan kuih muih dan juga ketupat. Tiap tahun ibu aku mesti buat ketupat daun palas di kampung. Baru rasa kemeriahan nak raya!!!

Di sini aku nak kongsi cara nak balut ketupat daun palas. Aku bersyukur mak aku pandai balut, tak la duk harap orang buat dan beli.

Tutorial cara nak anyam korang boleh lihat gambar di atas tu.

Siap untuk dimakan

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...