KANGAR – Tiga orang termasuk sepasang kekasih ditahan kelmarin ketika dipercayai cuba menyeludup kereta Audi R8 bernilai RM500,000 ke negara jiran selepas ia dilaporkan hilang dari pusat pameran kenderaan di Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu.
Bersama tangkapan tiga suspek yang berusia 26 hingga 33 tahun itu, polis turut menjumpai kereta mewah buatan Jerman tersebut di Kuala Perlis.
Ketika serbuan pada pukul 2 petang itu dilakukan, kenderaan tersebut dipercayai sedang menunggu masa untuk dijual di negara jiran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Tengku Mohd. Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kereta curi itu pada pukul 12 tengah hari dan mengambil masa dua jam untuk merampas semula kenderaan tersebut termasuk membuat tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek itu.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..