Muar, 19 Jun - Penduduk muar berdepan dengan masalah jerebu pagi ini. Keadaan jerebu yang berlaku dinyatakan agak teruk sehingga menyukarkan penglihatan pemandu-pemandu kenderaan.
Pengguna pengguna media sosial di facebook Group Anak2 Muar menyatakan, kali ini adalah jerebu paling teruk mereka alami, kerana bau hangit dapat dirasakan sehingga ke dalam rumah. Para ibu bapa juga menyatakan kerisauan tenatng tahap kesihatan anak anak mereka di sekolah.
Seorang guru yang sempat melayari facebook sebelum masuk mengajar juga menyatakan perasaan kasihan kerana ada anak murid yang memberitahu mereka menghadapi sedikit kesukaran untuk bernafas selain mata pedih dan berair.
Gejala jerebu yang berlaku ini adalah disebabkan oleh kebakaran besar besaran yang berlaku di Indonesia.
Setakat ini belum ada pemberitahuan dari mana-mana pihak berwajib bagi kawasan Muar untuk langkah-langkah yg perlu diambil penduduk. Berkemungkinan, jika gejala ini berterusan dan mencapai tahap kritikal seperti yang berlaku beberapa tahun lepas, pihak sekolah pastinya akan mengishtiharkan cuti kepada para pelajar di kawasan terlibat.- haudli-
~ Admin : jaga kesihatan..elak ativit luar..byk minum air masak...
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..