Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, October 31, 2013

Gambar Vista Angkasa depan UM terbakar




~ Gambar member hantar~

 






~ UPDATED  Pembetulan 6.00PM 31 OKTOBER 2013

 ~ ZoooM dekat sikit~



~ BUKAN Vista Angkasa Yg Terbakar , Flat sebelah  Vista yang terbakar
dapat gambar yang ini baru jelas ~


~ Api Makin Marak ~

 


~ ZOOOMMM ~






~  foto sumber FB ~












~ Bangunan Tinggi mcm nie patut bomba dah ada helicopter padam api














Astrok pun guna gula ke???Bil diselaras..

Inilah KESAN GST semua naik kan takrif SIAP SIAP


 







~ Money2gold : Kerajaan Patut kawal ASTRO suka suka hati dia naik...














Episod potong memotong...

.
 Gula boleh rosakan Negara

 
 
 

90% restoran dan premis makanan guna minyak masak paket kitar semula




Foto
NADZIM (kiri) bersama Ja’afar menunjukkan demonstrasi perbezaan antara minyak tulen dan terpakai.

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser.

Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menggunakan lesen dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mengutip minyak dengan harga tertentu di kedai dan premis menjual makanan sebelum menjualnya kepada industri.

“Malangnya minyak yang sepatutnya disalurkan kepada industri biodiesel ini dikitar semula dan dijual di pasaran dengan harga jauh lebih rendah.

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser.

Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menggunakan lesen dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mengutip minyak dengan harga tertentu di kedai dan premis menjual makanan sebelum menjualnya kepada industri.

“Malangnya minyak yang sepatutnya disalurkan kepada industri biodiesel ini dikitar semula dan dijual di pasaran dengan harga jauh lebih rendah.



sumber:

10 Bandar Paling Ramai Di Lawat Pelancong 2013.

Carta disediakan oleh mastercard..agak bangga di situ kuala lumpur kita berada di tangga ke lapan nampaknya..



 
KREDIT sumber 

Anwar Buat Pusingan ‘U’, Akui Sistem GST Efisien?...

 Lihat apa sebenarnya dikatakan beliau dalam video ini.

Mungkin kerana yakin majoriti rakyat pada masa ini sukar untuk menerima apa saja kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin BN mengenai isu GST, Bernama menggunakan nama Awar Ibrahim pula..

Untuk menghalalkan dan bagi memperbodohkan rakyat supaya menerima GST yang akan dilaksanakan April tahun depan, Bernama hanya melaporkan sebahagian sahaja dari apa yang Anwar Ibrahim ucapkan dalam Taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Parlimen.

Menurut Bernama, Ketua Pembangkang itu hari ini ubah pendiriannya apabila mengakui bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang baik dan efisien..

Malangnya laporan tersebut tidak ditemui dalam website Bernama tetapi ianya telah disiarkan oleh Yahoo! News


Ini sebahagian dari laporan..

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengubah pendiriannya apabila mengakui bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu sistem percukaian yang baik dan efisien.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau sedia maklum mengenai GST sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 (yang juga Menteri Kewangan ketika itu).

"Saya setuju sistem GST efisien...tetapi saya tidak laksanakannya sampai 1998, ada sebab kenapa saya tidak laksanakan," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Parlimen, di sini.

Menurut Anwar terdapat dua aspek yang perlu dilihat sebelum sistem percukaian yang telah lama diguna pakai di negara maju dan negara jiran seperti Singapura serta Indonesia itu boleh dilaksanakan di negara ini.

"Kita harus memastikan bahawa pendapatan rakyat adalah tinggi dan kita juga perlu memastikan negara mempunyai struktur percukaian yang baik," katanya yang menjelaskan dua faktor itu menyebabkan GST tidak pernah dilaksanakan semasa beliau berada dalam pentadbiran negara. . sepenuhnya sila baca di SINI

Sebenarnya Anwar Ibrahim mengakui GST adalah efisien.. tetapi .. baca apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian ini..

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah sistem yang efisien namun memerlukan syarat.

Menurutnya, kerajaan perlu memastikan tahap pendapatan rakyat meningkat dan memastikan infrastruktur percukaian baik.

"Sekarang saya setuju sistem itu efisien tetapi perlu ada prasyarat... di mana syarat pertama mesti tahap pendapatan rakyat ditingkatkan terlebih dahulu, keduanya pastikan infrastruktur percukaian cukup baik.

"Dua perkara itu belum ada, ada dasar monopoli," katanya pada ucaptamanya sempena Taklimat GST dan Belanjawan 2014, di sini, hari ini.

Tambahnya Anwar, "secara prinsipnya GST itu efisien.

"Menteri Kewangan sebelum saya kata akan melaksanakan GST, bila saya ambil alih, saya setuju GST akan dilaksanakan dan perbendaharaan akan kaji.

"Tapi pada tahun 1998 kita tak laksanakannya. Ada sebabnya juga kerana pada tahun 1993 kita catat lebihan kecil (pendapatan negara)," ujarnya.

Semalam, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, PR akan menentang GST habis-habisan selagi pendapatan dan cukai pendapatan tidak dibaiki sekaligus menganggapnya sebagai jenayah ~ Sinar Harian

Secara prinsipnya beliau setuju dengan perlaksanaan GST tetapi setuju dengan syarat-syarat seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian itu...





~ SUMBER & KREDIT  Anak Sungai Derhaka

GAMBAR PM TERTIDUR WIEF KE-9 DI LONDON TERSEBAR LUAS DI ALAM MAYA!!!

RAKAMAN GAMBAR JANGAN HARAP AKAN DI TERBITKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN ....NAJIB RAZAK TERTIDUR SEMASA MENGHADIRI FORUM EKONOMI ISLAM DUNIA (WIEF) KE-9 DI LONDON TERSEBAR LUAS DI ALAM MAYA!!!


Heboh para pelayar alam maya menjadikan Najib Razak tertidur semasa menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia atau World Islamic Economic Forum  (WIEF) ke- 9 di London.

Dulu beliau kantoi tertidur semasa menghadiri persidangan APEC di Australia.. kini di London pula ... dulu Tun Pak Lah di ejek dan dijadikan bahan ketawa kerana kerap tertidur .. nampaknya watak dan peranan itu sudah di ambil alih oleh Najib Razak.

Kata orang .. orang yang sering dan mudah tertidur ni ada penyakit diabetes (kencing manis) .. adakah Najib Razak terlebih makan gula?


~ sumber & kredit OMAKKAU!!

 ~ Admin : Dunia berputar putar...

Hidup Mewah hasil Jual Darah




ALOR STAR: “Hanya disebabkan terpengaruh dengan rakan kerana mahu hidup mewah, saya sanggup melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab hingga menggadai masa depan dan kerjaya yang dibina selama ini,” kata penghuni Penjara Pokok Sena, Nor (bukan nama sebenar), 27, yang dijatuhi hukuman penjara 19 bulan sejak April lalu selepas didapati bersalah bersubahat dengan rakan sekerja menjual pelbagai darah disumbangkan orang ramai kepada hospital swasta.

Nor yang pernah bertugas di sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang berkata, dia menjadi rambang mata apabila mampu memperoleh antara RM2,000 hingga RM3,000 menerusi akaun banknya setiap kali menjual darah bersama rakannya kepada sebuah hospital swasta di negeri sama.
“Pada mulanya saya tidak berminat bersubahat dengan rakan sekerja kerana menyedari perbuatan itu salah, namun desakan dan pengaruh rakan sekerja membuatkan saya mengambil jalan pintas untuk hidup senang hasil jualan bekalan darah.

“Setiap kali ada program menderma darah atau sebagainya di hospital, kami akan mengasingkan beberapa pek darah sama ada jenis A, AB dan O ke kotak lain untuk dijual kepada pihak lain.

“Biasanya kami dapat menjual satu pek bersamaan 450 pain pada harga RM600. Sejak itu, saya mula terjebak dengan kegiatan ini kerana mahu hidup senang dengan cara mudah,” katanya ketika ditemui dalam Program Jalinan Kasih Sempena Aidiladha, di sini, semalam.

Menurutnya, ada kalanya baki wang dalam akaun banknya mencecah RM13,000 hasil daripada jualan darah.

“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Satu hari Jabatan Audit membuat pemeriksaan di Unit Bekalan Darah dan mendapati dalam rekod tidak sama dengan jumlah sebenar.

“Pihak pengurusan kemudian menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan saya dan rakan yang melakukan perbuatan keji ini. Saya didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara.

“Kini saya menyesal terhadap perbuatan itu kerana kerjaya saya musnah sekelip mata gara-gara ingin hidup mewah,” katanya yang gembira dapat bertemu dan memeluk ibunya yang datang melawatnya.



~ money2gold : kalu kita derma darah kat hospital privat dpt duit...ramai student masa belajar dulu sesak p jual darah...Den pun hampir hampir jual darah kawan-kawan hehhehe melalui program derma darah

Kaabah

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Anda boleh copy dan share untuk perkongsian

Insyaallah

P/S: (" Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.

Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu'Alam.") 


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak....."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah...... selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
Anda boleh copy dan share untuk perkongsian
Insyaallah
P/S: (" Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.
Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu'Alam.")

Wednesday, October 30, 2013

Oh PM :: Subsidi minyak masak & lain-lain dipotong tapi tak sebut dlm pembentangan Budget 2014

Anwar dakwa Putrajaya sembunyi kenaikan harga minyak masak

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
OCTOBER 28, 2013
LATEST UPDATE: OCTOBER 28, 2013 03:30 PM


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini mendakwa Putrajaya sengaja menyembunyikan kenaikan harga minyak masak, dan hanya memilih untuk mengumumkan secara terbuka pemotongan subsidi gula semasa pembentangan Bajet 2014 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu.

Anwar dalam ucapan perbahasannya di Parlimen hari ini mempersoalkan tindakan berkenaan sedangkan pengeluaran minyak sawit sedang melonjak naik.

"Mengapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak," katanya dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Parlimen di Kuala Lumpur.

Anwar turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri semasa ucapan bajetnya yang "segan" untuk mengumumkan kenaikan harga minyak masak yang bakal dihadapi akibat pengurangan subsidi bernilai RM 505 juta iaitu hampir sama dengan subsidi gula yang dihapuskan.

"Kita sedia maklum bahawa syarikat pengeluar minyak masak yang dibarisi Felda, Sime Darby dan sebagainya semestinya juga mendapat keuntungan banyak kerana memiliki ladang kelapa sawit yang banyak," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi. - 28 OKtober, 2013.

http://www.themalaysianinsider.com/b...a-minyak-masak


Tambah lauk :





Tonton video di atas sampai habis, banyak lagi yang Najib tak berani sebut tapi sebenarnya sebahagian dari Bajet 2014.

  • bajet pembangunan kesihatan luar bandar dipotong 130 juta.....
  • bajet institut kemahiran MARA untuk latihan anak2 kampung luar bandar dipotong sebanyak 50 juta.... idopp melayu...
  • bajet peningkatan bekalan letrik luar bandar 47 juta .....
  • bajet peningkatan bekalan air luar bandar dipotong 136 juta..
  • bajet untuk jabatan hal ehwal orang asli dipotong 24 juta...
  • bajet peruntukan jalan2 dan jambatan jabatan kerja raya di sabah dan sarawak dipotong sebanyak 158 juta ......
  • bajet untuk peningkatan taraf JPM ditambah lagi dari bajet sebelum sebanyak 1.5 bilion.....
  • PM menubuhkan 2 agensi baru diwujudkan walaupun agensi tersebut telah ada sebelum ini iaitu... malaysia green foundation mendapat bajet sebanyak 15 juta.... walaupun kita dah ada green corporation technology malaysia sebelum ni.....
  • dan satu lagi najib menubuhkan skim entrepreneur bumiputra ditubuhkan mendapat bajet sebanyak 30 juta walaupun agensi yg sama telah ada sebelum nih iaitu TERAJU yg dapat RM412 juta ringgit....
  • tubuh lagi pusat innovasi dan kreatif (MAGIC) mendapat 50 juta.. walaupun dah ada agensi yg sama iaitu agensi innovasi malaysia dan yayasan innovasi malaysia dan beberapa lagi agensi baru ditubuhkan untuk meletak ketua2 cawangan UMNO jadi pengerusi....

 Ini logo Parlimen Malaysia :




 
 
 
 

Terpaksa naik harga makanan kerana kenaikan harga gula dan barangan mentah lain.


PPPKM tidak menolak kemungkinan harga makanan yang dijual penjaja terpaksa dinaikkan kesan daripada kenaikan harga gula dan barangan mentah lain.






 MANJUNG - Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil Melayu (PPPKM) Daerah Manjung tidak menolak kemungkinan harga makanan yang dijual peniaga terpaksa dinaikkan kesan daripada kenaikan harga gula dan barangan mentah lain.

Pengerusinya, Tajudin Mat Jam berkata, tindakan kerajaan dengan memansuhkan subsidi gula bertujuan mengurangkan masyarakat mengambil gula dilihat kurang tepat.

Menurutnya, penjaja kecil terpaksa menanggung kesan penarikan subsidi gula, apabila bahan mentah lain juga naik harga.

"Mahu atau tidak penjaja kecil terpaksa menaikkan harga bagi mengimbangi dengan pembelian barang mentah.

“Jika harga tidak dinaikkan pasti mereka akan rugi,” katanya.

Katanya, jika penjaja mengurangkan penggunaan bahan mentah dalam penghasilan makanan, pastinya akan menurunkan kualiti makanan berkenaan.

“Sebagai contoh, jika mereka mengurangkan gula dalam kuih pasti ada pembeli mengadu rasa kuih tidak sedap.

“Jadi penjaja perlu menaikkan harga makanan jika mahu mengekalkan rasa dan mengimbangi modal yang digunakan untuk pembelian bahan mentah,” katanya.

Tajudin berkata, berbeza dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel ia tidak melibatkan penjaja kecil.

“Kenaikan harga petrol dan diesel tidak menjejaskan penjaja kerana mereka hanya menjaja pada jarak dekat.

“Tetapi apabila harga gula dinaikkan ia memang memberi kesan kepada penjaja kerana hampir semua masakan memerlukan gula,” katanya.

Katanya, pihaknya akan meminta kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, (KPDNKK) untuk memantau harga jualan oleh penjaja kecil supaya tidak ada yang mengambil kesempatan.

“Kita tidak mahu ada penjaja kecil mengambil kesempatan dengan meletakkan harga tinggi.

“Memang tidak dinafikan harga terpaksa dinaikkan tetapi jangan melampau sehingga menimbulkan masalah lain,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...kanan-1.215889

GULA NAIK wowww Lebih Mahal Dari seliter Minyak RON 95



Sepanjang 4 tahun sudah 6 kali harga gula naik... Diabetes makin turun ke? Nanti gula akan jadi macam rokok...Tambah cukai dengan alasan baik kesihatan... sebenarnya baik untuk poket kerajaan BN...




~ UPDATED BARANG NAIK KLIK SINI






Tukang masak hotel bubuh arak dalam masakan


Dua jenis arak yang dipercayai digunakan chef sebuah hotel di Jerantut.

KUANTAN - Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

“Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.

Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.

“Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal,” katanya.

Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.

“Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.

“Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.

Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal.




sumber:

Bil elektrik rumah PM RM250 sejam?



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

"Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi bil elektrik.

"Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil elektrik tersebut.

"Kalau di Amerika, 'White House' itu bukan sahaja kompleks kediaman rasmi Presiden Amerika, tetapi pejabat rasmi, tetapi di Malaysia, Kompleks Seri Perdana hanya kediaman rasmi tapi ada lagi pejabat perdana menteri ada pejabat lain, itu perbelanjaan lain," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anthony sebelum itu meminta perdana menteri menyatakan butir-butir terpinci bil-bil elektrik dan air dan kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri secara bulanan untuk tahun 2012.



sumber:

Janda "Meletup" ???

 ~ Janda "Meletup" dicerai tanpa disentuh oleh suaminya...

Jadi janda selepas tiga jam nikah

 TINGGAL KENANGAN... Cincin perkahwinan yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada Sasha.

BALIK PULAU – Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu.



Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau.

“Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu.

“Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak.


sumber:

~ money2gold :  Macam nie punya orang pun ada..buat malu org lelaki ja...hmmmm

Google Baru..Ehh...!!!!

 Google yg baru Ehh Betul ker? Tak..Log in Interface@ paramuka yg baru...Sebenarnya MONEY2GOLD dah 3 - 4 hari login pakai LOGIN GOOGLE interface baru nie..tapi buat mcm perasan tak perasa..so Inilah Login Google yg baru....


Login Google Akaun yg baru


BERITA SERONOK untuk Kakitangan AWAM : Pekeliling Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Awam bulan depan-KSN

keratan akhbar bertarikh 29 Oktober 2013 mengenai kenyataan YBhg. Tan Sri KSN berkaitan Pekeliling Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Awam yang akan dikeluarkan pada bulan hadapan untuk makluman. Terima kasih.





~ 81 SKIM PERKHIDMATAN YANG TERLIBAT


 boleh semak SINI KLIK SINI

 

Tuesday, October 29, 2013

81 Skim Perkhidmatan yg terlibat...CHECK Sini!!!

81 skim ni ler...tahniah..



Pembantu Kawalan Trafik Udara
Pemandu Lokomotif Sabah
Pereka
Pegawai Kebudayaan
Ahli Fotografi
Jurusolek
Pegawai Galian
Pegawai Kimia Bumi
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
Penolong Pegawai Galian
Penolong Pegawai Kimia Bumi
Pembantu Galian
Pembantu Kaji Bumi
Pegawai Makmal Filem
Penolong Pegawai Makmal Filem
Pembantu Makmal Filem
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Pensyarah Perubatan
Pensyarah Pergigian
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
Pengajar Kraf
Pembantu Pertanian
Pembantu Veterinar
Renjer Hutan
Pengajar Membalak
Pengawas Hutan
Pembantu Hidupan Liar
Pembantu Hidupan Liar Rendah
Tukang K1
Tukang K2
Tukang K3
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
Operator Loji
Pekerja Awam Khas
Pekerja Awam
Penyelamat
Pelukis Pelan
Juruteknik Landskap
Juruteknik
Juruteknik Ukur
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
Penguasa Bekalan Air
MerinyuTali Air
Pegawai Perhubungan Preman
Penyelia Jeti
Penghantar Notis
Pembantu Kamera/Pemandu
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am Pejabat
Pengurus Stesen
Penyelia Jurupakaian
Peniup Kaca
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pengawas Pemulihan
Pegawai Penerbitan
Penolong Pegawai Penerbitan
Pembantu Penerbitan
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
Penolong Operator Kamera
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
Pembantu Penyelidik Sosial
Pengurus Asrama
Penolong Pengurus Asrama
Penyelia Asrama
Penolong Pegawai Tadbir Tanah
Pembantu Tadbir Tanah
Pegawai Pemeriksa Paten
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
Pembantu Pemuliharaan
Jurulatih Kawad
Pembantu Wartawan/Wartawan
Atendan Kesihatan
Penolong Pegawai Penaksir
Pegawai Aktuari
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia


~ Berita Berkaitan KLIK SINI

~ 27 Pekeliling Perkhidmatan utk 81 skim - UPDATED 6 NOV 2013


~ money2gold : nie kot senarai tu..Kalau betul Tahniah Laa....Tak betul JGN marah saya...

Maharaja Lawak Mega 2013 bermula 15 Januari ini




Maharaja Lawak Mega 2013 Kekalkan Format Lama


 



Program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) akan mengekalkan format lama dengan turut menampilkan peserta dari negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, pihaknya membuat keputusan untuk mengekalkan format tersebut selepas merasakan ia berpotensi bagi mengembangkan industri komedi ketiga-tiga buah negara.

"Setakat ini format masih sama bagi mengekalkan momentum yang sedia ada.

"Kita yakin dengan jemputan peserta daripada negara Singapura dan Indonesia dapat memeriahkan MLM 2013. Tambahan pula terdapat peserta tersebut pernah menyertai MLM sebelum ini.

"Cuma pihak kami memberi fokus pada tema-tema lebih mencabar yang diberikan setiap minggu," katanya.

Nizam ditemui pada pelancaran program tersebut di Hotel Istana di sini pada Isnin.

Turut hadir Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus Saluran Astro Warna, Rostam Said.


Seramai 13 barisan pelawak akan beraksi di gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.

"Kehadiran peserta-peserta lama yang antaranya seperti Boboi, Nabil dan Jambu juga bakal menyaksikan adakah mereka mampu bertahan dengan populariti masing-masing.

"Ini kerana peserta-peserta baharu juga tidak kurang hebatnya dan MLM 2013 pada masa sama juga akan memperlihatkan prestasi lawak mereka," ujarnya.

Dalam pada itu sebanyak 12 peserta lain iaitu Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2Yol, Gerak dan Keross akan melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM bagi menentukan siapakah tiga peserta layak yang akan bertanding ke program tersebut.

Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 8 November depan pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna.

Sementara itu, MLM 2013 akan menggunakan empat juri tetap iaitu dua daripadanya dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura.

Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.

MLM 2013 akan bersiaran secara langsung bermula 15 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


~ money2gold : Harap Ia lebih lawak dari yg sebelum ini

81 pekeliling perkhidmatan awam dikeluarkan



 

KUCHING - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.

Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk mendapatkan persetujuan.

"Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua.

Kita bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013.

Persidangan itu dirasmikan Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai mewakili Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini, semalam.

Ali berharap penjawat awam yang menerima surat tawaran akan mempertimbang dengan baik perubahan skim masing-masing, yang dilaksanakan daripada pelbagai peringkat mulai bulan depan.

Ali, yang juga naib presiden Capam, berkata persidangan serantau itu yang merupakan forum multilateral mengenai pentadbiran awam dalam kalangan negara Komanwel, akan diadakan di Kuala Lumpur tahun depan selepas Kuching, yang dihadiri 336 peserta, yang terdiri daripada anggota Capam dari 22 negara Komanwel, termasuk Malaysia. - Bernama




~ NAK Tahu SKIM yg terlibat KLIK SINI

Monday, October 28, 2013

Tiada Kenaikan Harga Makanan & Minuman??

 

Presma jamin tiada kenaikan harga makanan, minuman

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memberi jaminan tidak akan menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual di seluruh rangkaian restoran milik ahlinya berikutan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram.

Presidennya, Noorul Hassan Saul Hameed berkata, harga makanan dan minuman masih belum terjejas dan pada masa ini, Presma menggunakan pendekatan ‘tunggu dan lihat’ terhadap kemungkinan berlaku kenaikan harga barang mentah.

“Buat masa ini, belum ada lagi kenaikan harga terhadap penjualan barangan mentah di pasaran.

“Bagaimanapun, jika perkara tersebut berlaku, kita akan meminta supaya ahli yang merupakan pengusaha restoran tidak menaikkan harga sebaliknya menanggung kos tersebut bagi mengelak pengguna terbeban,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_02.htm

Saturday, October 26, 2013

Dedah payudara, kaum ibu kecam Kim Kardashian

Beliau adalah 'juara' mencipta publisiti. Namun begitu, publisiti yang diterima Kim Kardashian tidak lagi positif seperti dahulu sebelum beliau menjadi seorang ibu.

Baru-baru ini, Kim Kardashian memuat naik fotonya ke Instagram yang turut dipautkan pada akaun Twitter.

Foto tersebut menampilkan beliau hanya memakai bikini putih yang amat kecil hingga memperlihatkan punggung dan bahagian sisi payudaranya.


Kalau sebelum ini beliau mendapat pujian dengan bentuk tubuhnya yang mengiurkan (sebelum melahirkan anak), kini pelbagai kecaman diterimanya terutama dari kaum ibu.



Bagi mereka, seorang ibu tidak sepatutnya berkelakuan demikian kerana ianya memberi contoh yang buruk kepada anak-anak.



~

Friday, October 25, 2013

MENELADANI CARA MAKAN RASULULLAH SHALALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM



1. Ibnul Qayyim berkata: Barangsiapa yang memperhatikan makanan yang dikonsumsi Nabi, niscaya ia mengerti bahwa beliau tidak pernah memadukan menu antara SUSU dengan IKAN, atau antara SUSU dengan CUKA, atau antara DUA MAKANAN yang sama-sama MENGANDUNG UNSUR PANAS, UNSUR DINGIN, UNSUR LENGKET, UNSUR PENYEBAB SEMBELIT, UNSUR PENYEBAB MENCRET, UNSUR KERAS, atau DUA MAKANAN yang mengandung UNSUR KONTRADIKTIF, misalnya antara MAKANAN YANG MENGANDUNG UNSUR PENYEBAB SEMBELIT DENGAN YANG MENGANDUNG PENYEBAB MENCRET, ANTARA YANG MUDAH DICERNA DENGAN YANG SULIT DICERNA, ANTARA YANG DIBAKAR DENGAN YANG DIREBUS, ANTARA DAGING YANG SEGAR, DENGAN YANG SUDAH DIGARAMI DAN DIKERINGKAN, ANTARA SUSU DENGAN TELUR, DAN ANTARA DAGING DENGAN SUSU. Beliau tidak pernah makan pada saat makanan tersebut masih sangat panas atau masakan yang dihangatkan untuk besok, makanan-makanan yang bulukan (berjamur) dan asin, seperti makanan-makanan yang DIASINKAN, DIASAMKAN, atau DIHANGUSKAN. Semua makanan ini berbahaya dan menimbulkan berbagai macam gangguan kesehatan.

2. Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam biasa melawan unsur panas pada makanan dengan unsur dingin pada makanan lain, unsur kering suatu makanan dengan unsur basah pada makanan lain, sebagaimana beliau memakan mentimun dengan ruthob (kurma matang yang belum dikeringkan), makan tamr (kurma kering) dengan minyak samin, meminum ekstrak kurma untuk melunakkan chymus (Materi semi cair, homogen, berkrim atau seperti gruel yang dihasilkan oleh pencernaan makanan oleh lambung) makanan-makanan keras. Itulah intisari makanan sehat.

3. Beliau tidak biasa minum ketika sedang makan, sehingga akan merusaknya, apalagi jika air tersebut panas atau dingin, karena itu pola makan yang buruk sekali.

4. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, "Rasulullah tidak pernah mencela makanan sedikitpun, jika suka, beliau memakannya, jika tidak dibiarkannya, tidak memakannya." (HR. Bukhari : 5409, dan Muslim : 2064)

5. Beliau menyukai daging, yang paling beliau sukai adalah lengan dan bagian depan kepala kambing. Karena itu, seorang wanita Yahudi pernah meracuninya.

6. Pernah suatu ketika Rasulullah diberi daging, lantas diperlihatkan bagian lengan kepada beliau, maka beliau menyukainya. (HR. Bukhari : 5712, dan Muslim : 194)

7. Daging yang disukai Nabi adalah yang paling baik dan paling mudah dicerna oleh lambung, baik itu daging leher, lengan maupun lengan atas.

8. Beliau juga menyukai makanan-makanan manis dan madu. Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiallahu anh, ia berkata, "Nabi shalallahu ‘alaihi wassallam menyukai makanan-makanan manis dan madu." (Shahihul Bukhari : 5614).

9. Beliau biasa makan roti dengan lauk apa saja yang beliau punya, kadang daging, kadang semangka, kadang kurma, dan kadang cuka. Beliau bersabda, "Sebaik-baik lauk adalah cuka." (Shahih Muslim : 2052).

10. Beliau biasa makan buah-buahan hasil panen negerinya pada musimnya, beliau tidak memantangnya. Ini juga merupakan sarana paling besar untuk menjaga kesehatan.

11. Rasulullah bersabda : "Aku tidak makan sambil bersandar." (Shahihul Bukhari : 5398)

Ada tiga cara bersandar :
a. Bersandar pada rusuk.
b. Bersila.
c. Bersandar diatas sesuatu.
Jenis pertama menyulitkan makan, karena ia menghalangi aliran makanan secara alami, menghambat kecepatan masuknya makanan ke lambung, dan menekan lambung sehingga sulit terbuka untuk makanan. Lambung akan miring, tidak tegak, sehingga makanan tidak mudah sampai kepadanya. Adapun dua jenis lainnya merupakan gaya duduk orang-orang sombong yang bertentangan dengan jiwa kehambaan.

12. Dalam hadits Anas disebutkan, "Saya melihat Nabi shalallahu ‘alaihi wassallam duduk dengan posisi iq'a sambil memakan kurma." (Shahih Muslim : 2044) Beliau biasa duduk dengan posisi iq'a untuk makan, maksudnya duduk dalam posisi bertumpu pada kedua lutu, seraya memposisikan perut telapak kaki kanan, sebagai bentuk ketawadhuan kepada Rabbnya. Ini merupakan posisi paling baik pada saat makan.

13. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda : "Jika salah seorang dari kalian makan, maka janganlah ia membersihkan tangannya sebelum menjilatinya." (Muttafaqun ‘Alaih, Bukhari : 5376, dan Muslim : 2031).

14. Beliau makan dengan menggunakan tiga jemari beliau, dan ini merupakan cara menyuap makanan yang paling bermanfaat.

15. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : "Wahai anak kecil! Sebutlah nama Allah (BISMILLAH), makanlah dengan tangan kanan, dan makanlah makanan yang terdekat darimu." (Muttafaqun ‘Alaih, Bukhari : 5376, dan Muslim : 2022).

Semoga kita tergolong umat Muhammad yang berusaha mempelajari sunnahnya, lalu mengikuti dan mengamalkannya. 

Thursday, October 24, 2013

SIARAN SECARA LANGSUNG BAJET 2014-25 Oct' 2013 (JUMAAT)

Pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan pada 25 Oktober 2013 (Jumaat), jam 4.00 petang bertempat di Parlimen Malaysia.


Selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, ASTRO, TV AL HIJRAH dan BERNAMA membuat liputan secara langsung, Pembentangan Bajet 2014 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2014. Siaran langsung ini boleh diikuti dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my . Teks Ucapan Bajet 2014 dan Laporan Ekonomi 2013/2014 juga boleh dimuat turun di Portal Perbendaharaan Malaysia selepas YAB Perdana Menteri Malaysia membentangkan Bajet 2013.


Selain daripada itu, Bajet 2014 juga boleh diakses melalui:
Mobile Web - http://www.treasury.gov.my/bajetmobile
Pautan RSS - http://www.treasury.gov.my
Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:
Kastam Diraja Malaysia - http://www.customs.gov.my
Bank Negara Malaysia - http://www.bnm.gov.my
Suruhanjaya Sekuriti - http://www.sc.com.my
Lembaga Hasil Dalam Negeri - http://www.hasil.gov.my



Wednesday, October 23, 2013

Sultan Brunei perkenal undang-undang syariah


BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei, semalam memperkenalkan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina sekali gus menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama yang melaksanakan undang-undang tersebut di peringkat nasional.
Baginda berkata, Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang baru diperkenalkan semalam selepas persediaan selama beberapa tahun itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat enam bulan kemudian.
Undang-undang tersebut akan hanya dilaksanakan terhadap penganut Islam.
Ia merangkumi hukuman Islam termasuk merejam penzina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dan hukuman sebat ke atas penganut Islam yang melakukan perlbagai salah seperti minum arak dan menggugurkan anak.
"Dengan ini, Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai," titah baginda dalam satu ucapan.
Sultan Hassanal pertama kali mencadangkan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara yang dihuni oleh 400,000 penduduk itu pada 1996.
"Brunei menonjolkan ciri-ciri sebuah negara feudal pada kurun ke-18 berbanding anggota penting rantau ekonomi dan sosial Asia Tenggara pada kurun ke-21," kata Timbalan Pengarah Asia Pertubuhan Hak Asasi Manusia Human Rights Watch, Phil Robertson ketika mengulas perkembangan itu.
Beliau menyifatkan perubahan kepada undang-undang tersebut sebagai pencabulan hak, dibenci dan tanpa justifikasi.
Brunei telah mengharamkan penjualan dan perbuatan minum arak di tempat awam serta mengehadkan perkembangan ajaran agama lain.
Sultan Brunei sendiri melahirkan kebimbangan berhubung undang-undang syariah beberapa tahun lalu ketika kanun berkenaan dalam proses untuk disiapkan.
Namun, baginda berulang kali menyokong untuk mengukuhkan asas Islam bagi menghadapi pengaruh luar yang merosakkan termasuk internet.
Bagaimanapun, kerajaan Brunei dipercayai akan melaksanakan undang-undang syariah secara peringkat-peringkat seiring dengan cirinya sebagai sebuah negara yang aman, kata seorang felo pelawat di Pusat Pengajian Islam Omar Ali Saifuddien, Gibril Fouad Haddad.
"Adakah ia (undang-undang syariah) hanya simbolik? Saya tidak tahu," katanya. - Agensi
~ sumber KOSMO

Tuesday, October 22, 2013

Nyaris dihempap batu lima tan

JKR menggunakan jengkaut bagi mengalihkan bongkah batu seberat lima tan yang menggelongsor dari atas bukit di Jalan Tun Sardon semalam.

BALIK PULAU - Seorang penunggang motosikal nyaris dihempap batu seberat lima tan yang menggelongsor jatuh dari bukit akibat tanah mendap semasa melalui Jalan Tun Sardon ke Paya Terubong, Balik Pulau di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, simen konkrit penghadang yang dibina di lereng bukit berkenaan pecah akibat pergerakan tanah menyebabkan sebatang pokok tumbang ke jalan raya bersama bongkah batu tersebut.
Keadaan itu menyebabkan satu laluan terpaksa ditutup selama empat jam bagi mengalihkan bongkah batu itu oleh pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Saksi kejadian, Azhan Sulaiman, 45 berkata, ketika kejadian dia yang dalam perjalanan dari Balik Pulau ke pusat bandar terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat bongkah batu besar jatuh dari atas bukit.
Katanya, dia yang memberhentikan motosikal hanya mampu menjerit dan melambai-lambaikan tangan kepada seorang wanita yang menunggang motosikal dari arah bertentangan daripada dihempap batu berkenaan.

Artikel Penuh:
Hakcipta terpelihara

Fara Fauzana & Neelofa Rasai Keindahan Pulau Maldives


Pengacara Nona iaitu Fara Fauzana dan Neelofa buat pertama kalinya merasai peluang bercuti bersama di sebuah pulau eksklusif di Maldives di sini selama lima hari bermula 18 Oktober lalu.

Fara dan Neelofa mendapat peluang itu sebagai memenuhi undangan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia X yang memperkenalkan destinasi terbaharu mereka di pulau berkenaan sejak 28 September lalu.

Kedua-dua artis tersebut turut menikmati layanan lima bintang di Holiday Inn Resort, Kandooma di sini yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dengan bot dari ibu negara pulau berkenaan iaitu Male.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia benar-benar terpesona dengan keindahan pulau tersebut terutama sekali apabila melihat kejernihan air laut serta pasir pantai yang putih.

Katanya, keunikan pulau berkenaan amat berbeza berbanding beberapa pulau peranginan lain yang pernah dikunjunginya sebelum ini.

"Saya benar-benar terpesona dengan keindahan air laut di Maldives ini. Saya seorang yang gemarkan aktiviti pantai dan apabila diberi peluang untuk berada di pulau tercantik ini, ia satu pengalaman yang benar-benar luar biasa," katanya.

Fara berkata, sebagai seorang selebriti dan juga penyampai radio yang sentiasa sibuk, peluang merehatkan fikiran di sebuah pulau yang jarang sekali dapat dikunjungi adalah satu pengalaman cukup bermakna.

Fara berkata, sepanjang lima hari percutiannya, dia mampu melupakan segala masalah dan menghilangkan tekanan pejabat ditambah pula minatnya terhadap laut dan juga pantai.

"Saya seorang yang meminati panorama lautan serta pantai dan aktiviti ini benar-benar membuatkan saya menjadi lebih tenang," ujarnya.

Ujar Fara, sepanjang berada di pulau ini, dia diberi peluang memancing pada waktu malam, 'snorkling' serta melakukan aktiviti-aktiviti pantai.

Malah ujarnya, peluang bercuti itu juga digunakan untuk berehat sepenuhnya selepas dia diarahkan bercuti oleh doktor kira-kira dua minggu bermula 9 Oktober lalu akibat masalah suara yang dialaminya.

Sementara itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, pula berkata Maldives merupakan salah satu pulau tercantik yang menjadi cita-citanya untuk bercuti sejak sekian lama.

Ujar Neelofa, selepas diberi peluang menyertai percutian berkenaan oleh AirAsia X, dia dapat melihat satu pemandangan yang benar-benar berbeza berbanding pualu-pulau lain yang pernah dikunjunginya sebelum ini.

"Saya pernah bercuti ke Bali (Indonesia), Phuket, Krabi dan Koh Samui (Thailand) dan kali ini ke destinasi yang agak jauh iaitu Maldives. Saya dapat melihat pulau ini amat cantik. Sebab itulah pulau ini sentiasa menjadi perhatian bagi mereka yang meminati aktiviti laut serta destinasi berbulan madu kerana suasananya juga romantik," katanya.

Neelofa memberitahu, dia juga berpeluang menyertai aktiviti selam skuba, serta pakej tajaan seperti menancing serta tinggal di sebuah vila atas air yang tinggi kosnya.

Apa yang lebih menarik kata Neelofa, tidak sukar baginya untuk berada di pulau ini kerana majoriti penduduknya adalah Muslim yang tentunya tidak mempunyai masalah bagi mendapatkan makanan halal.

"Makanan halal adalah salah satu perkara penting ketika kita bercuti dan Alhamdulillah… Maldives merupakan sebuah negara Islam dan mudah bagi kita yang beragama Islam untuk bercuti," kata Neelofa.

Lebih menarik jelas Neelofa dia dapat melihat ikan-ikan yang berbeza saiz dan rupa bentuknya selain berpeluang memberi makan kepada beberapa ikan jerung.

Dalam pada itu Ketua Bahagian Pemasaran AirAsia X, Mohd Fairuz Abdul Majid berkata, syarikat penerbangan itu membuka laluan sebanyak empat kali seminggu ke destinasi berkenaan iaitu pada hari Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad.

Ujarnya, selepas diperkenalkan pada 28 September lalu, sambutan diterima pihaknya agak luar biasa khususnya bagi mereka yang meminati aktiviti-aktiviti pantai.

"Kami yakin, destinasi baru ini akan mendapat sambutan ramai kerana Maldives merupakan sebuah pulau yang menjadi kegilaan ramai selain pulau-pulau di Thailand dan Indonesia," ujarnya.

Menurut Fairuz, apa yang menjadi masalah apabila orang ramai sering menganggap kos yaag tinggi diperlukan untuk bercuti ke pulau ini sedangkan banyak hotel bajet boleh ditempah serendah RM150 bagi satu malam.

Justeru katanya, pihak AirAsia X akan terus mempergiatkan promosi untuk mempopularkan destinasi pelacongan terbaharu ini dalam rangkaian penerbangan jauh syarikat itu.

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...