Cuti umum pada 17 ogos 2012 untuk hari raya aidilfitri
tahun ini iaitu pada hari jumaat telah disahkan oleh kementerian
pelajaran malaysia. Cuti ini khas untuk sekolah yang cuti pada hari
sabtu dan ahad. Bawah ini ialah screen shot surat dari kementerian
pelajaran malaysia tentang cuti kali ini.
Tujuan cuti umum ini diumumkan ialah untuk memudahkan mereka yang
menyambut hari raya pada 19 ogos nanti untuk pulang ke kampung
masing-masing lebih awal kerana hari raya tahun ini dijangka akan
menyebabkan kesesakan jalan raya 3 kali ganda dari tahun-tahun sebelum
ini.
Jadi sebagai salah satu cara penyelesaian, sekolah-sekolah diberi cuti
umum supaya murid-murid dan keluarga masing-masing dapat pulang ke
kampung lebih awal.
Pihak sekolah diminta menggantikan cuti umum ini pada 22 september 2012.
Tentang cuti berganti pada 15 dan 16 ogos, pihak kerajaan telah
bersepakat tidak membenarkan cadangan cuti berganti pada tarikh
tersebut.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..