Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, August 02, 2012

Olimpik 2012 guna teknologi canggih buru atlet ambil dadah


Wartawan Sinar Harian
1 Ogos 2012
Olimpik 2012 guna teknologi canggih buru atlet ambil dadah
Kelengkapan di makmal canggih yang diadakan untuk mengesan kewujudan dadah di kalangan atlet menyertai Sukan Olimpik 2012.
BEBERAPA atlet akan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan pingat emas Olimpik. Marion Jones dan Ben Johnson merupakan contoh juara yang dikeluarkan dari buku rekod disebabkan skandal dadah.

Namun, menurut pertubuhan Olimpik London 2012, ada peserta yang sanggup berhadapan dengan risiko dengan mengambil bahan-bahan terlarang bagi meningkatkan prestasi sebelum atau semasa Olimpik akan menghadapi operasi antidadah paling canggih dalam sejarah kejohanan.

Lebih 6,250 sampel darah dan air kencing diuji dari semasa ke semasa sepanjang Olimpik dan Paralimpik kali ini.

Empat tahun lalu di Beijing, dianggarkan sekitar 4,500 sampel diuji oleh 150 saintis tanpa henti.

Buat kali pertama dalam sejarah Olimpik, penglibatan penganjur swasta, farmasi terbesar GlaxoSmithKline (GSK) membantu usaha menyediakan kemudahan untuk ahli-ahli saintis menjalankan uji kaji. Sebanyak RM93.54 juta (AS$30 juta) disediakan untuk membuat makmal terkini di Harlow, Essex berdekatan dengan Olimpik Park, di timur London dan telah diiktiraf oleh Agensi Antidoping Sedunia (Wada).

"Saya rasa ia satu penglibatan yang penting," kata David Howman, Pengurus Besar Wada.

"Makmal itu akan mempunyai segala kelengkapan peralatan yang diperlukan, jika atlet yang menyertai Olimpik London,  menipu mereka mungkin akan ditangkap," katanya.

Profesor David Cowan, Pengarah King's College London Drug Control Center dan ketua saintis Olimpik, gembira kerana GSK membantu.

"Makmal-makmal ini merupakan makmal yang berteknologi tinggi dalam sejarah Olimpik," kata Cowan.

Dengan sokongan GSK, Cowan dan rakan-rakannya dapat menjalankan dengan cepat menggunakan teknologi yang canggih dapat mengesan bahan terlarang.

"Merentasi julat alat dalam makmal, kami jangkakan dapat mengesan benda yang tidak dijangka," katanya lagi.

Terdapat 10-15 halaman senarai bahan yang diharamkan dengan beratus-ratus dadah yang terlarang.

Tetapi, ini merupakan pogram yang baik di London 2012 kerana orang yang memberi dan mengambil dadah akan diketahui.

"Kes yang paling terkenal pengambilan dadah adalah di Olimpik, saya tidak rasa Ben Johnson juga layak menyertai Olimpim London jika dia tidak ditangkap dahulu dan saya fikir mungkin ramai atlet yang tersingkir selepas ujian pra perlawanan," katanya.

Terdapat 80 hingga 90 atlet yang tidak layak ke Olimpik Beijing kerana gagal dalam praujian dan mungkin perkara ini akan berlaku pada kali ini.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...