Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, April 17, 2013

Guru dakwa dicabul doktor rawat tupai


Suspek kecualikan bayaran selepas raba mangsa wanita

AMPANG: Hasrat seorang wanita menghantar tupai peliharaannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, Selasa lalu, bertukar menjadi mimpi ngeri apabila menjadi mangsa cabul doktor haiwan terbabit.

Mangsa yang berusia 21 tahun dan bekerja sebagai guru tadika, membawa haiwan kesayangannya itu untuk diperiksa doktor terbabit selepas mendapati suhu badannya turun secara mendadak.

Bagaimanapun, setibanya di klinik, mangsa diarah meletakkan tupai terbang pada buah dadanya bagi memanaskan haiwan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa menuruti arahan doktor berkenaan.

"Selepas beberapa minit, doktor meminta mangsa mengeluarkan semula tupai itu atas alasan mahu memberinya ubat. Bagaimanapun, haiwan itu tersangkut pada tali coli sebelum bajunya diselak doktor berkenaan.

"Ketika itulah, doktor terbabit ternampak buah dada mangsa dan memuji kecantikan tubuh wanita berkenaan," katanya, semalam.

Beliau berkata, doktor itu memberitahu mangsa pandai jaga kecantikan tubuh, terutama buah dadanya.

"Ia tidak berhenti setakat itu. Doktor terbabit tiba-tiba menghimpit mangsa dan menyelak bajunya atas alasan mahu mengajar teknik urutan buah dada kepada wanita terbabit. Dia kemudian meraba buah dadanya. Mangsa yang terkejut dengan perbuatan melampau doktor itu kemudian meronta dan menjerit meminta dilepaskan," katanya.

Beliau berkata, guru tadika kemudian bergegas mendapatkan kembali tupai terbangnya, namun dalam perjalanan untuk keluar dari klinik berkenaan, mangsa sekali lagi dipeluk doktor terbabit dari belakang.

"Dia turut memberitahu mangsa tidak perlu membayar kos rawatan haiwan terbabit, selain berpesan supaya datang lagi bertemunya. Bagaimanapun, mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan doktor itu membuat laporan polis," katanya.

Berita Harian difahamkan mangsa baru dua minggu mengenali doktor haiwan terbabit dan ia ketiga beliau mendapatkan rawatan untuk tupai kesayangannya itu.

Berikutan itu, seorang lelaki berusia 52 ditahan di rumahnya di Taman Melawati, kira-kira jam 6 petang semalam oleh sepasukan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang bagi membantu siasatan.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas tuduhan mencabul.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...