Pada 5 dan 6 Mei 2013, adakah ia tarikh Cuti Umum sempena PRU13. Kerajaan iaitu pihak JPA sebelum ini, tidak isytihar 5 Mei cuti umum bagi negeri Pantai Timur iaitu Kedah dan Terengganu. Mengenai Cuti Umum PRU13 untuk kakitangan awam, walaupun hari pengundian adalah hari bekerja di Kedah dan Teregganu, ia tidak akan menjejaskan Semangat Pilihan Raya kakitangan awam untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara. Jelas pihak kerajaan Kedah dan Terengganu tidak mengisytiharkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 sebagai Cuti Umum. Sehubungan itu, kakitangan awam dan para pekerja diberi pelepasan bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi pada tarikh berkenaan.
Kedah dan Terengganu tidak mengisytiharkan hari pengundian bagi PRU-13 sebagai Cuti Umum
"Kita tidak akan umum 5 Mei sebagai cuti umum. Lagi pun kerajaan sedia ada ini hanyalah sebuah kerajaan sementara" − Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
"Buat masa ini, hari pembuangan undi adalah hari bekerja dan pejabat akan dibuka seperti biasa" − Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah
PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PRU13
Pada 5 dan 6 Mei 2013 nanti, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman memohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya menimbang memberi Cuti Tanpa Rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13. Cuti Tanpa Rekod ini dapat menggalakkan lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar, pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab di hari mengundi Ahad 5 Mei 2013 nanti. Nampaknya pihak CEUPACS juga yang lebih memahami. Nasib baik CEUPACS bukan Parti Politik..
Sumber: Cuti Umum 5 dan 6 Mei Sempena PRU13 http://www.hootoh.my/2013/04/cuti-umum-5-dan-6-mei-sempena-pru13.html#ixzz2QVyuvr37
Hootoh Blog By Hootoh Tudia
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..