Shah Alam: “Saya hanya mengetahui anak saya terbabit kemalangan itu melalui Facebook (FB),” kata Mohd Aziz Saleh, 47, bapa Mohd Faridzuan, 21, yang terbunuh bersama empat lagi mangsa dalam kemalangan di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, awal pagi semalam.
Menurut Mohd Aziz, anak keduanya (adik Mohd Faridzuan) mengejutkan dia dan isteri jam 3.40 pagi selepas menonton rakaman video kemalangan ngeri yang dimuat naik di FB.
“Dia bertanya kami berdua sama ada abangnya sudah pulang atau belum kerana berasa seperti ada sesuatu yang buruk menimpa Faridzuan.
“Saya segera mencapai telefon dan menghubungi Faridzuan berulang kali hampir 30 minit namun panggilan itu tidak berjawab,” katanya mula bimbang mengenai keselamatan anak sulungnya itu
“Saya segera mencapai telefon dan menghubungi Faridzuan berulang kali hampir 30 minit namun panggilan itu tidak berjawab,” katanya mula bimbang mengenai keselamatan anak sulungnya itu
KENDERAAN yang terbabit kemalangan di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, semalam.
Mohd Aziz berkata, anak keduanya mengesyaki abangnya terbabit kemalangan itu selepas mengecam plat motosikal milik Faridzuan yang terpapar dalam FB.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..