Sabah diceroboh
KUALA LUMPUR - Kumpulan pengganas Sulu mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meredakan pertempuran di Sabah sebagai 'langkah sementara' kerana tidak mahu menyinggung perasaan penduduk bangsa Suluk menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Media Philippines Daily melaporkan sebagai memetik jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, bagaimanapun kumpulan itu percayai pertempuran akan bersambung semula selepas PRU13.
Menurutnya, pertempuran akan disambung semula selepas kira-kira 1,000 ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tiba di Sabah untuk mengukuhkan kuasa kesultanan di Lahad Datu.
“Pada masa ini, rakyat Malaysia sibuk dengan pilihan raya dan mereka tidak mahu mengganggu Sabah di mana terdapat lebih daripada 600,000 bangsa Suluk berdaftar sebagai pengundi,” katanya.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..