SHAH ALAM - Jumlah enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak membebankan, kata pakar ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin.
Menurut beliau, kadar itu dilihat sebagai tepat permulaan GST yang akan dilaksanakan April 2015.
"Saya tidak nampak apakah beban ditanggung rakyat berikutan kadar enam peratus itu kerana kerajaan sudah menyatakan beberapa perkara akan dikurangkan dan dimansuhkan.
"Jangan manipulasi pemikiran rakyat. Ramai orang bercakap soal ekonomi tetapi hanya tahu pada asas sahaja tanpa tahu dengan lebih mendalam. Ekonomi negara kita sudah semakin stabil dan GST akan memberi penambahbaikan lagi.
Purata pendapatan seisi rumah RM2,500 adalah tidak membebankan," katanya.
Beliau berkata, GST tidak dikenakan pada barangan keperluan asas dan mempersoalkan tindakan sesetengah pihak membuat spekulasi kadar enam peratus terlalu tinggi jika dibandingkan
dengan negara maju lain.
"Jika mahu mengambil contoh, saya suka kita memandang kepada Denmark dan Sweeden. Di Sweeden, nilai GST adalah 50 peratus, tetapi kelebihannya pendidikan dan perubatan percuma, mampukah kita membayar sejumlah itu?
"Amerika Syarikat tidak mengenakan GST tinggi tetapi rakyat pula perlu membayar tiga cukai sampingan iaitu daripada persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan yang menyebabkan
rakyat tidak berpuas hati," katanya.
Katanya, kadar enam peratus adalah sesuai dengan keadaan semasa Malaysia dan menyifatkan GST tidak boleh lagi ditangguhkan.
"Tempoh 17 bulan yang diberikan adalah masa untuk kerajaan menimbang balik apa yang perlu dilaksana, dibuang atau sebagainya," katanya.
Beliau mencadangkan setiap warga Malaysia yang berumur 21 tahun perlu melakukan pemfailan cukai yang akan membantu melihat tahap layak pemotongan cukai atau tidak.
"Dengan cara ini, tidak perlu ada bancian lagi. Tambahan, menurut rekod, sebanyak 4.8 juta rakyat negara ini layak membayar cukai tetapi hanya 1.8 juta yang membayar," katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan akan menyatakan mengenai cukai eksais import yang dikenakan kepada pembekal.
"Sebelum pelaksanaan GST tahun hadapan, ada satu lagi pembentangan Bajet 2015. Mungkin pada ketika itu, kerajaan akan menyatakan pendirian terhadap isu ini sebelum GST dilaksanakan," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, Malaysia masih belum bersedia untuk laksanakan GST kerana lebih 40 peratus rakyat berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dengan 80 peratus daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera.
~ Admin : Blogger pun kena GST ahhhhh.. KLIK sini
aku tak kisah GST..
tapi kebebalan BN letak 6% memang xboleh diubah..
kata singapore lagi tinggi 7%..
woi mangkuk, singapore awal gst 4% aje tau..
kepada penyokong BN pon turut sama *****..
.sgpore mula2 dlu stat rendah je % dia..
kt mlaysia terus 6% ekekkeeke power x?powerrr wooooooo
~ UPDATED Terkini BARANG NAIK KLIK SINI
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..