Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, March 11, 2013

PRU13: Kakitangan awam digesa tidak sabotaj kerajaan

PRU13: Kakitangan awam digesa tidak sabotaj kerajaan

 KANGAR - Penjawat awam diingatkan agar tidak mensabotaj usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat dan negara semata-mata kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Perlis Sabry Ahmad berkata sudah terbukti janji pembangkang hanya mainan dan boleh merosakkan masa depan negara.

"...pembangkang tidak menjanjikan masa depan yang baik," katanya berucap mewakili Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa sabu pada perhimpunan bulanan sektor awam Perlis, di sini hari ini.

Sabry juga berkata penjawat awam di bawah kepimpinan kerajaan sedia ada menikmati kehidupan selesa.

Beliau juga berharap penjawat awam di Perlis membantu menjayakan wawasan negeri "Perlis Maju 2015" yang kini 70 peratus daripada indikatornya telah
dipenuhi.

Selain itu, penjawat awam juga antara kelompok yang turut berpeluang menikmati kemudahan rumah mampu milik di bawah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia,
membabitkan pembinaan 10,000 unit rumah di Perlis dalam tempoh lima tahun.

Sebelum itu, Pengarah Penerangan Perlis, Mohamed Lokman Mahmud dalam ucapannya berkata pihaknya akan memberi penerangan mengenai dasar kerajaan kepada rakyat secara lebih agresif menerusi pelbagai program.

Katanya rakyat termasuk penjawat awam perlu diberi kefahaman tentang perkembangan semasa negara ini supaya mereka benar-benar menghayati pentadbiran kerajaan yang sentiasa menjaga kepentingan rakyat.

Pada majlis itu, penjawat awam turut dipersembahkan dengan nyanyian koir Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Perlis yang diterajui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis.- Bernama


sumber:

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...