Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, November 12, 2013

Smash tendergrill chicken BBQ - Selera Baru



Smash tendergrill chicken BBQ

MENIKMATI hidangan burger memang mengasyikkan. Ditambah pula dengan kentang goreng yang dihidangkan panas, memang terasa diri ingin terus duduk di situ sampai ke pagi semata-mata untuk menikmati burger yang disediakan.

Jika tak percaya apa yang diberitahu penulis ini, jomlah pergi ke Bill's Smash Burger yang beroperasi di Seksyen 13, Shah Alam.

Walaupun hanya beroperasi di sebuah kios, namun Bill's Smash Burger ini sudah menjadi sebutan kalangan anak muda dan masyarakat di situ. Ternyata baru sebulan beroperasi, namun sambutannya amat membanggakan.

Pada pandangan penulis, kios ini cukup santai dan menarik untuk dikunjungi. Selain keselesaan, kepelbagaian burger yang ditampilkan itu memberi bonus untuk kios berkenaan terus mendapat sambutan hangat.

Pemiliknya, Mohd Nabil Md Salleh, 28, atau lebih dikenali Chef Nabil berkata, lebih enam smash burger pelbagai saiz di hasilkan dan pelanggan boleh menikmatinya dengan harga yang cukup berpatutan.

Menurut Chef Nabil, smash burger yang ada di kiosnya terdiri daripada double smash burger, smash burger, smash tendergrill chicken black pepper, smash tendergrill chicken BBQ, smash all american dan smash charcoal burger (roti arang yang berwarna hitam).

Hidangan lain turut disediakan seperti smash BBQ lamb chop, smash BBQ chicken chop, smash black pepper chicken chop, smash black pepper lamb chop dan smash combo chop.

Hidangan lain, smash BBQ wing, smash black pepper wing, french fries, cheezy wedges dan cheezy fries juga dihidangkan pada pelanggan jika ada permintaan.

Kelainan burger Chef Nabil

Kali pertama merasa smash burger dan smash charcoal burger yang dihasilkan beliau, terasa kelainan yang teramat sangat. Ia bagaikan diri berada di Amerika saat menikmati burger berkenaan.

Kata Chef Nabil, smash burger yang dibuat dengan menggunakan ramuan terpilih sukar untuk di temui tempat lain.

"Tak ramai yang hasilkan burger sebegini. Jika ada pun, mungkin rasanya lain. Kalau tak percaya, cubalah rasa dahulu.

"Tentang diri seperti berada di Amerika itu, saya akui itu benar kerana burger sebegini berasal dari sana," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Penulis berpendapat, keistimewaan burger di Bill's Smash Burger adalah penyediaan bahannya yang lain daripada yang lain. Misalnya, daging burger yang dimasak bukanlah daging burger biasa yang sering digunakan penjual burger sebaliknya ia adalah
daging kisar yang dibuat sendiri dengan menggunakan bahan tertentu.

"Daging kisar seberat 150 gram diadun bersama bahan asas lain. Kemudian, dijadikan meatball (berbentuk seperti bola). Ia dipanggang dengan cara menekan secara perlahan sehingga daging menjadi leper.

"Roti burger pula lembut dan enak jika dimakan begitu sahaja. Ia bukan roti biasa sebaliknya roti berkualiti yang hanya boleh didapati di mana-mana restoran dan hotel terpilih," kata Chef Nabil yang memang menitikberatkan kualiti pada setiap produknya.
Sayuran seperti salad yang diletakkan di dalam burger dipastikan segar. Bahan lain digunakan seperti cheese, mayonis, sos, caramelised onion, tomato dan jeruk timun.

Idea seorang rakan

"Seorang rakan meluangkan masa melancong ke Amerika beberapa bulan lalu. Bila pulang ke Malaysia, dia menceritakan kisah kembaranya di samping makanan popular negara tersebut iaitu smash burger.

"Kebetulan pada ketika itu saya merancang untuk membuka kios yang menyajikan hidangan barat.

"Dek mendengar rancangan saya itu, dia memberi idea agar saya menggabungkan hidangan barat dengan smash burger. Katanya, di Malaysia tiada lagi yang menjalankan bisnes tersebut.

"Tertarik dengan idea rakan tadi, saya terus buat kajian dan benar tiada smash burger di negara ini. Justeru, smash burger dijadikan hidangan utama di samping hidangan barat yang lain," cerita Chef Nabil berkenaan permulaan beliau membuka kios tersebut.

Modal sebanyak RM9,000 dikeluarkan oleh Chef Nabil dalam membuka kios berkenaan. Walaupun bajetnya di kira cukup besar untuk sebuah kios, namun beliau puas hati dengan apa yang dilaburkan itu.

Ujar Chef Nabil yang berpengalaman luas dalam bidang perhotelan, tinggi impiannya dalam perniagaan yang baru diceburnya itu.

"Saya teringin buka restoran yang menawarkan hidangan fast food. Mungkin tempohnya dalam dua atau tiga tahun lagi kerana saya mahu timba pengalaman berniaga secara kecil-kecilan terlebih dahulu," kata anak kelahiran Kedah ini sambil tersenyum.


sumber: 
 
 
~ money2gold : teringin nak buat patty burger sendiri....

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...