Keratan akhbar BH mengenai pernikahan pasangan remaja pada 22 November tahun lepas.
Kulim: Rumah tangga yang dibina budak perempuan 13 tahun dengan suaminya
berusia 19 tahun musnah, seminggu sebelum ulang tahun pertama
perkahwinan mereka.
Pasangan, Nor Fazira Saad dan Mohd Fahmi Alias, yang bernikah pada 17
November tahun lalu dengan hantaran RM4,552 dan mas kahwin RM1,500
susulan kebenaran Mahkamah Rendah Syariah Kulim, disahkan bercerai pada
11 November lalu.
sumber:
Remaja Berusia 13 Tahun Dicerai Talak Tiga
Remaja Berusia 13 Tahun Dicerai Talak Tiga - Kulim: Rumah tangga
yang dibina remaja perempuan 13 tahun dengan suaminya berusia 19 tahun
musnah, seminggu sebelum ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.
Bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43, berkata, beliau menerima kenyataan
berkenaan walaupun pahit dan menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal
di alam perkahwinan.
Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar
keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak
bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya. Buat masa ini, Nor Fazira
tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali
tenang.
Keratan akhbar BH mengenai pernikahan pasangan remaja pada 22 November
tahun lepas. Pasangan, Nor Fazira Saad dan Mohd Fahmi Alias, yang
bernikah pada 17 November 2012 dengan hantaran RM4,552 dan mas kahwin
RM1,500 susulan kebenaran Mahkamah Rendah Syariah Kulim, disahkan
bercerai pada 11 November lalu.
Di Malaysia, undang-undang umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun,
tetapi 16 tahun untuk anak gadis Muslim dan mereka yang berusia di bawah
16 tahun boleh berkahwin dengan keizinan Mahkamah Syariah.
Sumber HMetro
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..