Imej Taufan Haiyan Yang Melanda Filipina
Taufan Haiyan Melanda Filipina
Penduduk di Filipina lagi sekali diuji Allah apabila Taufan Haiyan, taufan paling kuat di dunia pada tahun ini telah melanda
Filipina semalam. Keadaan ini telah menyebabkan hampir lebih sejuta penduduk melarikan diri dan
bekalan elektrik terputus serta memusnahkan banyak rumah. Angin taufan Haiyan bergerak dengan kelajuan hampir mencecah
275 kilometer sejam (km/j). Ia turut menyebabkan ombak setinggi lima hingga enam meter.
Setakat ini, empat kematian telah direkodkan. Kebanyakan penduduk terselamat kerana mereka telah diarahkan untuk berpindah lebih awal.
Setakat ini, empat kematian telah direkodkan. Kebanyakan penduduk terselamat kerana mereka telah diarahkan untuk berpindah lebih awal.
Serangan Taufan Haiyan ini berlaku kurang sebulan dari kejadian gempa bumi yang melanda Filipina pada 15 Oktober lalu. Gempa bumi
yang berukuran 7.2 pada skala
Ritcher telah mengorbankan 222 orang penduduk manakala beribu-ribu lagi
hilang tempat tinggal. Jom tengok gambar-gambar kesan serangan Haiyan.
Kesan Serangan Haiyan
Pokok Yang Tumbang
Taufan Haiyan Bergerak Selaju 235 km/jam
Serangan di Wilayah Albay, Selatan Manila
Antara Rumah Yang Musnah Dilanda Haiyan
Melihat Keadaan Rumah Yang Rosak
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..