Lewis Robert, 4, dihalau oleh pekerja sebuah restoran gara-gara memakai
baju tidak berlengan Teenage Mutant Ninja Turtles. - AGENSI
ATLANTA 7 Julai - Hanya kerana memakai baju tidak berlengan Teenage Mutant Ninja Turtles, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dihalau daripada memasuki sebuah restoran di sini, baru-baru ini.
Stesen rangkaian berita WXIA melaporkan, Lewis Roberts bersama keluarganya singgah ke Restoran Travern di Phipps Plaza untuk makan tengah hari, tetapi mereka tidak dibenarkan masuk kerana kanak-kanak itu memakai pakaian yang tidak menepati etika pemakaian yang ditetapkan.
Malah, Roberts diarah meninggalkan premis itu serta-merta, sekali gus memaksa ibu saudaranya, Keri Smith memberanikan diri untuk membuat aduan kepada pengurus restoran berkenaan berhubung perkara tersebut.
Pengurus restoran itu menegaskan bahawa etika pemakaian perlu dipatuhi semua peringkat usia termasuk Roberts, menyebabkan mereka sekeluarga diarahkan keluar sekali lagi dari premis tersebut.
"Jika pemakaian Roberts tidak sesuai, kami sudah tentu akan ke restoran lain untuk mengelakkan perkara itu berlaku," kata Keri.
Menurut WXIA, pihak pengurusan atasan Restoran Travern kemudian mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kejadian itu dan menjelaskan bahawa peraturan pemakaian itu hanya dikenakan ke atas golongan lelaki sahaja, bukan wanita atau kanak-kanak.
Pengurusnya, Amber Stewart berkata, kejadian yang berlaku merupakan salah faham kerana pengurus yang terlibat masih dalam latihan dan belum jelas tentang polisi restoran.
Keluarga Roberts menerima permohonan maaf tersebut dan merancang untuk pergi ke restoran berkenaan semula suatu hari nanti.
sumber
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..