Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, July 18, 2014

MH17 : Kenyataan PM mengenai tragedi MH17



Kenyataan PM mengenai tragedi MH17
PLAYClick to Expand & Play
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.
SEPANG: Berikut ialah kenyataan Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang berita mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di Hotel Sama-Sama di sini.

"Petang semalam, saya dimaklumkan mengenai berita yang amat dahsyat dan sangat mengejutkan bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine.

"Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pesawat itu adalah Malaysia Airlines Penerbangan 17 yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Penerbangan itu berlepas pada 12.15 tengah hari, waktu tempatan. Ia dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan Malaysia.

"Pesawat itu adalah Boeing 777-200".

"Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

"Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

  "Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang
panggilan kecemasan.

  "Penerbangan itu membawa sejumlah 295 orang – merangkumi 280 penumpang dan 15
anak kapal.

"Malaysia Airlines kini dalam proses memaklumkan kepada waris penumpang dan anak kapal. Semua bentuk penjagaan yang sebaik mungkin akan diberikan kepada waris.

"Kerajaan Malaysia akan menghantar penerbangan khas ke Kiev, yang membawa Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta satu pasukan perubatan.

"Menurut maklumat yang diberikan oleh Menara Trafik Udara Kiev, lokasi isyarat kecemasan pesawat itu ialah 48 darjah 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah 31 minit dan 33 Timur.

"Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak.

"Pada peringkat awal ini, bagaimanapun, Malaysia tidak dapat menentukan punca tragedi ini.   

"Tetapi kami perlu - dan kami akan - mendapatkan maklumat tepat mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu.

"Kita akan berusaha sedaya upaya.

"Sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita akan mendesak pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

"Pusat-pusat operasi kecemasan sudah pun ditubuhkan. Dalam beberapa jam lepas, pegawai-pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.

"Dan saya akan bercakap dengan beberapa pemimpin dunia dalam beberapa jam lagi.

"Saya telah pun beberapa kali bercakap dengan Perdana Menteri Netherlands.

"Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau berjanji akan menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput menyertainya.

"Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu bagi menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat pesawat itu terhempas.

"Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama. "Saya dan beliau bersetuju bahawa siasatan itu perlu dijalankan tanpa sekatan.

"Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat itu terhempas.

"Dan tiada siapa pun patut mengganggu kawasan itu, atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam.

"Ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.

"Sambil kita cuba memahami apa yang berlaku, doa dan harapan kita adalah untuk keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.

"Saya tidak dapat bayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini.

"Penumpang dan anak kapal penerbangan ini adalah dari banyak negara berbeza.

"Namun, hari ini, tanpa mengira kewarganegaraan, kita semua bersatu dalam kesedihan.















No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...