Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, July 08, 2014

Suami bakar isteri ada teman lelaki direman seminggu


Suspek yang melecur 20 peratus badannya menerima rawatan di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, semalam.


KANGAR - Suspek yang bertanggungjawab membakar isteri yang baharu seminggu dikahwininya di sebuah rumah di Jalan Abi Batas Paip, di sini semalam, telah direman selama seminggu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, suspek berusia 23 tahun yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini kerana turut melecur 20 peratus di bahagian badannya dalam kejadian itu, direman sehingga 13 Julai ini.

"Dia akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada mangsa yang jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila menyimbah petrol dan membakar isterinya di bilik air berhampiran bilik tidur rumah mereka di Jalan Abi Batas Paip, Kangar, Perlis.

Lelaki terbabit dikatakan bertindak demikian terhadap isterinya kerana mengesyaki wanita berusia 23 tahun itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Suspek turut mengalami kecederaan akibat melecur ketika cuba memadam kebakaran di badan isterinya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah, Datuk Dr. Juita Ghazalie berkata, keadaan mangsa yang dirawat di Unit Kebakaran HSB kerana melecur 35 peratus iaitu di bahagian muka dan bahagian hadapan badan termasuk kedua-dua belah tangan, dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Rawatan cuci luka akibat lecur akan dilakukan setiap hari dan pesakit juga mungkin perlu menjalani pemindahan kulit pada bahagian kulit yang melecur selepas ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, tekanan darah mangsa juga stabil namun dia terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana saluran pernafasannya juga cedera akibat terhidu udara panas dalam kejadian tersebut.



~ sumber ~






















No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...