LONDON: Akhbar di Britain menandakan hari pengundian pemisahan Scotland dari United Kingdom hari ini dengan tiga warna di muka hadapannya - biru, putih dan merah.
Pada muka hadapannya yang diliputi dengan bendera 'Union Jack', yang mungkin diubah sekiranya Scotland memilih untuk berpisah, akhbar 'The Times' menyifatkan hari ini sebagai 'Hari Penentuan untuk Kesatuan United Kingdom'.
Antara lain dalam lidah pengarangnya, akhbar 'broadsheet' itu menyatakan: "Sesuatu yang tidak ternilai harganya yang hilang akibat pemisahan, dari segi budaya, ekonomi dan politik...kami gesa rakyat Scotland agar mengundi 'tidak' kepada pemisahan ini dan melakukannya dengan penuh bangga."
Hanya sebuah akhbar saja yang menyokong pemisahan itu - 'Sunday Herald' dari Glasgow, yang sehari sebelum pengundian menyiarkan beratus-ratus perkataan 'Ya' di muka hadapannya di samping selfie pengundi berlatar belakangkan bendera Scotland berwarna biru dan putih.
The Guardian dengan tajuknya 'Penentuan Masa Hadapan' menyatakan 4,285,323 pengundi akan mempunyai 15 jam untuk menentukan masa hadapan negara berkenaan.
Akhbar berkenaan juga menggesa rakyat Scotland supaya menolak pemisahan dan membantu menyatukan semula kesatuan itu. - AFP.
~sumber
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..