Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, August 16, 2017

BR1M 2017 (Fasa 3) akan mula dibayar 16 Ogos


BR1M 2017 (Fasa 3) akan mula dibayar 16 Ogos 2017



PETALING JAYA: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini akan diagihkan bermula 18 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.







Perdana Menteri membuat pengumuman itu selepas menerima banyak pertanyaan mengenai bantuan wang tunai itu di akaun sosial miliknya.

"Ramai orang yang bertanyakan mengenai BR1M di laman Facebook, Twitter dan Instagram saya.

"Saya gembira mengumumkan bahawa, Insya-Allah, BR1M akan diagihkan bermula pada 18 Februari. Mudah-mudahan ia membantu," kata Najib di laman Facebooknya pada Jumaat.

Ketika pembentangan Bajet 2017 pada Oktober lalu, Najib mengumumkan bahawa jumlah bantuan BR1M akan ditambah untuk semua kategori.

BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200.

BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, meningkat daripada RM800 kepada RM900.

Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Manakala Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas dengan peruntukan RM6.8 billion.

Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.



























kredit sumber


Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 22 Ogos




Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 22 Ogos


Tarikh Hari Raya Qurban akan ditetapkan berdasarkan rukyah dan hisab. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah untuk menetapkan Hari Raya Qurban adalah pada petang 22 Ogos bersamaan 29 Zulkaedah 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Ia akan mengisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Qurban.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah di tempat yang ditetapkan. - Bernama









kredit sumber



Tuesday, August 15, 2017

Kerap dipanggil ‘rasmi’ majlis



KEUNIKAN nama ‘Rasmi Abdullah’ meninggalkan pelbagai kisah tersendiri buat empunya nama sejak kecil sehinggalah hari ini.
Nama diberi bapa, Abdullah Magiri, 60, menjadikan Rasmi, 34, istimewa dan unik serta paling menonjol sebagai anak sulung daripada empat beradik.
“Masa sekolah, ramai juga kawan-kawan pelik dengan nama saya sebab terlalu ringkas dan pendek.
“Setiap kali ada majlis perasmian, mesti kawan-kawan kata, ‘juru acara panggil kau tu Rasmi, pergilah’,” katanya kepada Sinar Harian.
Rasmi berkata, pada mulanya memang rasa geram juga dengan kawan-kawan yang gemar mengejek namanya, namun dia tidak terlalu mengambil pusing dengan usikan tersebut.
Katanya, walaupun ejaan namanya nampak pelik seperti tidak cukup suku kata, namun dia menganggap tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Apa yang penting, kawan-kawan senang panggil nama saya...Ini tak, ada nama sampai berbelit nak sebut dan menyusahkan semua orang.
“Bila orang terpaksa baca sampai dua, tiga kali nama saya yang tertera pada buku atau dokumen, saya pasti tolong bacakan betul-betul supaya mereka tak salah eja dan baca,” katanya.
MyKad milik Rasmi yang menunjukkan nama istimewa diberi oleh bapanya.
Ketika ditanya adakah dia sering terasa hati apabila orang sekeliling mentertawakan namanya, Rasmi berkata, dia tidak ambil hati dan lebih suka berfikiran positif dan menganggap namanya itu sangat unik serta mudah diingati.
“Tapi ramai juga yang ingat saya mualaf kerana nama ayah Abdullah, tapi saya memang beragama Islam sejak lahir.
“Tapi bila dah berkerjaya, nama tu macam susah juga sebab tiap kali menemu ramah orang, mesti mereka ingat pemilik nama tu lelaki,” katanya yang pernah menjadi wartawan sebuah akhbar arus perdana.
Rasmi yang pernah menjadi wartawan berkata, disebabkan namanya unik,  dia mudah dikenali oleh majikannya kerana nama itu jarang didengari.
Katanya, 'byline' (nama) pun senang ditulis terutamanya di muka hadapan akhbar.
“Pernah beberapa kali juga nama pelik tu menghiasi muka depan surat khabar antaranya kes kematian Teo Beng Hock dan beberapa laporan khas semasa bertugas bersama Utusan Malaysia dan Harian Metro.
“Dahulu sewaktu bertugas di Melaka, seorang kawan wartawan kata kalau pergi periksa nama kau di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), mesti kau seorang saja ada nama macam tu kan.... tapi mungkin ada juga yang guna nama itu tapi tidaklah ramai,” katanya seronok berkongsi kisah namanya.
Selain itu, sejak menceburi bidang perniagaan pakaian terpakai, Rasmi memberitahu, kadang-kadang ada juga pembekal yang bertanya adakah betul nama itu atau mereka yang salah dengar.
Katanya, biasa mereka akan tersalah panggil jadi 'Resmi' mungkin lebih nampak keperempuanan, tetapi lama-lama mereka sudah biasa dengan panggilan Rasmi.
Bagaimanapun, baginya,  ibu bapa yang beri nama panjang-panjang hari ini mungkin mengikut peredaran zaman dan semua ibu bapa mahu nama anak-anak mereka mempunyai maksud yang terindah.
“Tapi saya tidaklah memberi nama terlalu panjang untuk kedua cahaya mata hanya sekadar mempunyai maksud baik-baik sahaja.
“Adik beradik lelaki saya pun nama pendek-pendek sahaja seperti Mubarak, 24, dan Mahadir, 27...Cuma adik bongsu sahaja nama panjang sedikit iaitu Nursyuhadatul Ain,16,” katanya yang  aktif menjalankan perniagaan pakaian terpakai di Tawau, Sabah.












sumber kredit



Monday, August 14, 2017

Rahsia Nombor Password Akaun Bank



Mulai hari ini, pastikan password untuk akaun anda berakhir dengan angka 6.

Terbaik adalah angka 6 bagi akaun bank kerana mewakili rezeki atau kekayaan. Jika mahu berakhir dengan angka 9 pun boleh tapi sebab password boleh pilih, maka akhirilah dengan angka 6.

Dalam metafizik, hujung angka 6 seolah perjalanan berhenti di destinasi kekayaan. Beberapa maklumbalas kajian adalah baik, maka kita ikut saja lagipun tak menyalahi undang-undang.




Sunday, August 13, 2017

Warna Aura Mengikut Hari



Warna Aura Mengikut Hari



Panduan warna pakaian harian mengikut fitrah alam dan psikologi, hasil pengkajian Dr Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip.



AHAD (Hitam)

Maksudnya: Gabungan / Istirehat.

Hari Ahad adalah hari untuk merancang aktiviti pada minggu hadapan dan mengumpul segala kekuatan dan tenaga untuk bergerak aktif bermula Isnin.Hitam kerana untuk halang segala aktiviti supaya tenaga dapat dikumpulkan dan dapat merancang sebaik mungkin untuk minggu hadapan.

ISNIN (Putih)


Maksudnya: Kesucian Rohani.

Hari Isnin adala hari untuk Meeting atau Mesyuarat untuk merancang pada hari itu.



SELASA (Merah Jambu / Ungu) 

Maksudnya: Kasih sayang / Tumpuan.

Juga sebagai warna terapi kerana hari selasa adalah hari yang panas di mana Allah mencipta binatang berbisa di bumi pada hari ini dan Anak Nabi Adam Habil & Qabil juga berlaku kisah pergaduhan dan pembunuhan di antara mereka pada hari ini. Sesiapa yang lahir pada hari ini akan mengalami sikap panas baran dan mudah marah kerana hari Selasa ialah hari yang panas.

Pada hari ini kurang atau tidak digalakkan untuk berjumpa orang ramai hanya melakukan Operasi Kerja sahaja dan selesaikan apa yang patut.



RABU (Biru) 

Maksudnya: Perhubungan/ Komunikasi.

Pada hari ini hari untuk “Closed- Deal” setelah perjanjian di buat pada hari isnin atau hari-hari sebelum hari Rabu. Untuk appointment atau berjumpa orang ramai sangat digalakkan pada hari ini kerana hari ini ialah hari kekuatan untuk komunikasi.


KHAMIS (Kuning / Oren) 

Maksudnya: Pemikiran / Tenaga.

 Pada hari ini hari untuk menyelesaikan apa jua yang tertangguh seperti menjelaskan hutang dan juga boleh sebagai hari “Closed- Deal”. 


JUMAAT (Hijau / Turqoise) 

MAksudnya: Keseimbangan.

Hari Jumaat dikenali sebagai hari untuk ” Post-Mortem” cek kembali apa yang dilakukan pada minggu ini dan adakah sasaran tercapai. Juga hari untuk bermuhasabah diri dan memohon keampunan atas segala dosa dan kesilapan yang telah dilakukan. 


SABTU (Merah / Merah Hati) 

Maksudnya: Keberanian/ Tuah/ Kemewahan.

Hari ini adalah hari untuk mencuba sesuatu yang baru atau mendalami sesuatu ilmu yang baru. Juga boleh dikatakan hari yang santai untuk berehat bersama keluarga, menonton wayang dan apa jua aktiviti baru yang ingin dilakukakan sesuai pada hari Sabtu hari yang santai.




Sedikit info tambahan


Kaedah Warna Mengikut Nombor Asas Individu

Individu nombor 3 dan 8
Elemen : Api
Elak : warna elemen air

Individu nombor 4 dan 9
Elemen : Kayu
Elak : warna elemen besi

Individu nombor 2 dan 7
Elemen : Air
Elak : warna elemen tanah

Individu nombor 1 dan 6 
Elemen : Besi
Elak : warna elemen air

Individu nombor 5 
Elemen : Tanah
Elak : warna elemen kayu




Rezeki Terpijak Nasi Lemak RM1 Kakak Dukung Anak di Ampang








PETALING JAYA: Gara-gara kisahnya berniaga nasi lemak sambil mendukung anak menjadi viral, ibu lima anak ini ibarat mendapat rezeki terpijak apabila dia diberi peluang untuk mengembangkan perniagaannya.

Siapa sangka, usaha keras memerah keringat demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak yang masih kecil membuahkan hasil.

Benarlah kata orang, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.


Bermula pagi Ahad, orang ramai boleh membeli dan merasai keenakan nasi lemak air tangan wanita cekal bernama Nur Ain Kodir, 30, di dalam Stesen Petronas MRR2 Ampang.

Penyelia stesen minyak itu, Emmawati Tafid ketika dihubungi mStar Online mengesahkan pihaknya akan mula menjual nasi lemak tersebut di premis mereka bermula pagi Ahad.

Jelasnya, ia adalah sebagai satu usaha untuk membantu meringankan beban wanita tersebut.


Keenakan nasi lemak RM1 ini menjadi bualan hangat netizen.

"Insya-Allah bermula esok, kira-kira 50 bungkus nasi lemak Kak Ain akan dijual di dalam premis stesen minyak kami. Orang ramai boleh membeli nasi lemak itu di sini," katanya.

Menurut Emmawati, mereka sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada wanita tersebut pada malam Jumaat.

"Kami hubunginya malam tadi mengenai hasrat mahu tempah 50 bungkus nasi lemak untuk dijual hari ini (Sabtu) tapi dia terpaksa tolak. Mungkin kerana tempahan dibuat pada saat akhir jadi dia tak dapat penuhi permintaan itu," katanya sambil menambah akhirnya mereka bersetuju untuk memulakan jualan pada Ahad.

Emmawati berkata, pihaknya akan menjual nasi lemak tersebut dengan harga asal RM1.

"Kami membelinya pada harga RM1 dan menjual pada harga sama. Kami tidak ambil sebarang keuntungan kerana ingin membantu Kak Ain sekeluarga," katanya.


Kak Ain menyediakan nasi lemak sambil mendukung anaknya.

Sementara itu, Nur Ain ketika dihubungi mStar Online mengucapkan rasa syukur di atas niat murni pihak pengurusan Stesen Petronas MRR2 Ampang yang bersedia menjual nasi lemaknya di dalam premis mereka.

"Alhamdulillah, saya amat gembira. Tak sangka masih ada orang di luar sana yang prihatin dan sanggup membantu orang susah seperti saya," katanya yang mula berniaga nasi lemak tiga minggu lalu.

Sejak nasi lemaknya menjadi viral, Nur Ain berkata dia perlu menyediakan kira-kira 300 bungkus nasi lemak setiap hari.

"Memandangkan saya tiada pembantu, saya hanya dapat sediakan 300 bungkus sahaja setiap hari. Itupun tak cukup. Saya tak sangka sambutan yang diterima agak luar biasa," katanya.

Jika sebelum ini kelibat Nur Ain dapat dilihat di stesen minyak itu pada sebelah pagi dan petang, wanita dari Tanah Merah, Kelantan itu memberitahu dia hanya akan berniaga di sebelah pagi sahaja selepas ini.

"Memandangkan pihak stesen minyak akan jual nasi lemak saya bermula esok, saya akan berniaga sebelah pagi sahaja selepas ini. Saya lega sedikit, sekurang-kurangnya saya tidak perlu membawa anak-anak kecil berniaga di waktu petang, lagipun kawasan agak berbahaya untuk mereka," katanya.

Baru-baru ini, kegigihan wanita itu yang menjual nasi lemak ditemani tiga anak yang masih kecil di bawah cuaca panas terik mendapat perhatian netizen.

Seorang pengguna Facebook Lynn Ahmad yang kebetulan berada di stesen minyak itu ternampak wanita tersebut yang menjual nasi lemak berharga RM1 sambil mendukung anak kecilnya.

"Sedih tengok kak ni dengan tiga orang anak dia datang niaga. Akak ni dengan niaga, dengan nak kawal anak lagi," tulisnya.

Menurut status itu, meskipun anak wanita itu masih kecil masing-masing dilihat sabar dan tidak banyak kerenah menemani ibu mereka mencari rezeki.

"Nasib la anak akak ni baik duduk tepi jalan tu, jalan raya kan bahaya kalau buas-buas tapi mereka baik je, tiap petang aku lalu mesti duduk baik je tepi tu tunggu mak dia niaga," tulisnya lagi.


Orang ramai beratur untuk membeli nasi lemak Kak Ain.

Pada masa sama, Lynn turut menggesa orang ramai supaya membeli nasi lemak tersebut dengan niat untuk membantu meringankan beban wanita tersebut.

Akhirnya dengan bantuan netizen, kisah wanita itu tersebar di laman media sosial dan ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk merasai keenakan nasi lemaknya.













sumber
kredit

 


Saturday, August 12, 2017

Nak Anak Pandai Baca Seawal Usia Setahun,


Nak Anak Pandai Baca Seawal Usia Setahun, Ibu Boleh Praktikkan 7 Perkara Ini Sejak Anak Berumur 5 Bulan




Memperkenalkan flashcard antara pembelajaran awal di peringkat kanak-kanak. Mungkin bagi setengah ibu bapa mainan yang berwarna-warni, berbunyi adalah perkara utama untuk bayi bawah umur setahun untuk merangsang deria penglihatan dan pendengaran.

Tapi sebenarnya jika ibu bapa dah mula mengenalkan flashcard huruf, nombor kepada anak seawal usia anak 5 bulan lagi secara konsisten, hasilnya sangat menakjubkan apabila anak mula menginjak usia setahun.

Konsisten yang bagaimana? Luangkan masa bersama anak selama 10 hingga 15 minit setiap sesi bermain. Jika anda ibu bekerja, anda boleh lakukan ini di waktu malam sementara anak hendak tidur.

Tip yang dikongsikan oleh Puan Aminah Hussain, ibu kepada dua cahaya mata lelaki ini boleh dimanfaatkan dan dijadikan panduan buat ibu yang mengajar sendiri anak mereka di rumah. Mungkin bagi yang belum memperkenalkan anak-anak dengan abjad asas ini, apa salahnya mencuba ketika masa lapang di rumah.

Sambil bermain boleh ajak anak mengenal huruf asas. Berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan memulakan pengajaran :

1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.

2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan bersilang. Kemudian sambung membaca semula. (bagi anak yang dah boleh berjalan dan melompat)

3. Beri anak mainan ‘fidget’ untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.

4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.

5. Apabila membaca kuat, latih anak berhenti dan ambil nafas di akhir setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.

6.Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok belajar membaca.

7. Flashcard yang digunakan hendaklah besar, terang dan berwarna- warni. Selepas sesi membaca, bagi anak pegang flashcard itu dan biarlah dia nikmati sendiri berada di alam flashcard.

Ibu jangan terlalu memaksa anak untuk duduk diam dan memfokuskan kepada aktiviti pembacaan. Bayi yang masih lagi dalam proses menyesuaikan diri mungkin akan lebih fokus pada sesuatu yang dirasakan menarik. Sebenarnya anak kecil yang selalu mendengar perkataan berulang-ulang akan mudah faham. Lama-kelamaan anak akan faham dan dengan sendirinya berminat dengan apa yang ibu bapa lakukan untuk mereka.

Jangan terkejut jika anak sudah mengenal huruf semenjak usianya 9 bulan. Anak syurga kita semua dilahirkan sebagai genius, mereka mampu membuat perkara lain yang lebih daripada itu.




Sumber: Majalah Pa & Ma

Friday, August 11, 2017

Koleksi duit lama jana pendapatan



Koleksi duit lama jana pendapatan


PEMINAT mengunjungi pameran wang syiling lama dan duit kertas di Megamall Pinang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, baru-baru ini. Utusan/AZMAN ASMAYATIM

BUKIT MERTAJAM 7 Ogos - Bermula sekadar hobi untuk mengisi masa lapang, Saiful Izwan Ibrahim berjinak-jinak mengumpulkan koleksi wang lama dan unik sejak empat tahun lalu.

Namun apabila bertemu dengan rakan pengumpul lain serta sentiasa berhubung menerusi laman sosial Facebook dan Whatsapp, dia mula menyedari pentingnya ilmu dan pengetahuan mendalam mengenai koleksi itu.

Menurut Saiful Izwan, 38, dia akhirnya menyedari yang hobi itu mampu menjana pendapatan dan mula menyertai pameran di seluruh negara bagi menjual koleksi miliknya serta bertukar-tukar barangan bersama rakan-rakan lain.

Katanya, dia kini tidak menoleh ke belakang lagi dan setiap minggu masanya dihabiskan dengan menyertai pameran di merata tempat bersama beberapa rakan.

“Memang dulu saya hanya simpan koleksi wang syiling lama serta duit kertas ini sebagai hobi, namun apabila dipertemukan dengan peminat dan pengumpul koleksi dari seluruh negara, pandangan saya berubah.

“Saya terfikir kenapa tidak saya jadikan hobi ini sebagai punca pendapatan biarpun modalnya agak besar untuk mendapatkan koleksi yang pelik-pelik dan jarang ditemukan,” katanya ketika ditemui dalam pameran wang syiling lama serta duit kertas di Megamall Pinang yang dianjurkan Malayan Banknote Fair, di sini baru-baru ini.

Saiful Izwan berkata, selain menjual wang lama, dia juga menjual aksesori dan album yang menjadi nilai tambah kepada koleksi semua pengumpul tegar.

Katanya, dia juga sentiasa merujuk kepada rakan-rakan pengumpul yang lain serta buku rujukan khas setiap mata wang yang disimpan untuk menambahkan lagi pengetahuannya.

Ditanya koleksi simpanannya yang paling bernilai, dia terus menunjukkan wang polimer RM50 Kenangan Sukan Komanwel 1998 yang bercantum tiga keping yang boleh dijual antara RM1,800 hingga RM2,000.

Selain itu, dia juga memiliki enam keping wang kertas RM5 yang memiliki nombor siri yang sama tetapi ditandatangani oleh dua Gabenor Bank Negara yang berlainan.

Sementara itu, seorang lagi pengumpul, Andrew Lim berkata, dia berminat untuk menyertai pameran itu kerana mampu menjana pendapatan selain bertemu dengan ramai peminat koleksi syiling lama di seluruh negara.

“Setiap minggu kami akan mengikuti pameran yang dianjurkan dan boleh bertukar-tukar maklumat mengenai koleksi wang lama ini selain bertukar-tukar ko*leksi yang ada.

“Antara koleksi yang unik dalam simpanan saya adalah wang kertas dari Korea Selatan yang bercantum 24 keping dan dinilai dengan gred ter*tentu di Amerika Syarikat,” katanya.

Penganjur pameran itu, Richard Lim berkata, peminat koleksi wang syiling dan wang kertas sentiasa menunggu kehadiran pihaknya di kawasan mereka kerana itulah saatnya mereka dapat melihat koleksi yang sukar ditemukan.

Katanya, selain wang syiling, pameran itu juga menyediakan koleksi setem dan sampul surat hari pertama yang turut memiliki peminatnya sendiri.

“Sekarang peminat koleksi ini bukan sahaja terdiri daripada golongan orang lama tetapi mula diminati oleh golongan muda yang mudah mendapatkan maklumat menerusi internet dan media sosial,” katanya.




















http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/...#ixzz4p75XgtQZ


Thursday, August 10, 2017

Daftar Perniagaan Anda Sendiri – Pendaftaran Milikan Tunggal dan Perkongsian



Daftar Perniagaan Anda Sendiri – Pendaftaran Milikan Tunggal dan Perkongsian

Bagaimana untuk memulakan perniagaan dan mendaftar syarikat di Malaysia

Untuk memulakan perniagaan anda, anda boleh mempertimbangkan mendaftar syarikat seperti berikut:
1. Milikan Tunggal (atau dikenali sebagai Enterprise / Trading Co)
2. Perkongsian (Partnership)
3. Sdn Bhd (Private Limited)
Ketahui apakah perbezaan antara Milikan Tunggal / Perkongsian & Sdn Bhd 

Mengapa mula dengan pemilikan tunggal, perusahaan (“enterprise”) atau perkongsian?

Perniagaan milikan tunggal dan perkongsian boleh didaftarkan dan dimulakan dalam tempoh yang pendek dan agak mudah. Tiada modal minimum diperlukan.
Apa yang anda perlu lakukan adalah melawat ke kaunter pendaftaran perniagaan di mana-mana pejabat SSM & ikut prosedur permohonan.
Dalam masa satu atau dua jam, pendaftaran akan disiapsedia dan anda boleh memulakan perniagaan anda dengan serta-merta!

Apa yang diperlukan sebelum anda pergi ke pejabat SSM?

1. Anda mestilah merupakan Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (“Permanent Resident”). (Warga asing tidak dibenarkan untuk mendaftar pemilikan tunggal atau perkongsian)
2. Salinan Kad Pengenalan Malaysia pemilik / semua rakan kongsi.
3. Tunai (RM120 – RM150)
Hubungi SSM di 03-2299 4400 atau 03-2299 5500 sekarang!

Kunjungi SSM di KL Sentral hari ini:
nbc-SSM-logo
Menara SSM@Sentral
No.7, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50623 Kuala Lumpur.
Hotline: 03- 2299 5500
Tel: 03-2299 4400
Fax: 03-2299 4411
E-mail: enquiry@ssm.com.my
Daftar syarikat sendiri dengan hanya RM100 sahaja! 
Kunjungi ke SSM offices di Malaysia!

Apakah keburukan pemilikan tunggal / perkongsian?

1. Liabiliti Tak Terhad – Anda akan bertanggungjawab untuk semua hutang perniagaan anda.
2. Pemilikan tunggal atau perkongsian kemungkinan besar akan dihentikan atau ditutup dengan serta-merta sebaik sahaja pemilik atau rakan kongsi menarik diri daripada perniagaan atau meninggal dunia.

Bagaimana untuk memilih nama untuk perniagaan anda?

Anda boleh sama ada menggunakan nama anda sendiri seperti yang dinyatakan dalam Kad Pengenalan anda (contohnya Ali Bin Sulaimanatau Lee Kim Lim) atau nama perdagangan (contohnya Baba Nasi Enterprise atau Restoran Ayam Yummy) untuk perniagaan / perkongsian anda.
Hubungi SSM di 03-2299 4400 atau 03-2299 5500 sekarang!

Bolehkah kita membantu untuk mendaftar untuk anda?

Semua firma pengurusan adalah tidak dibenarkan mendaftar Pemilik Tunggal / Perkongsian bagi pihak pemilik / rakan kongsi. Pemilik / rakan kongsi dikehendaki melawat ke pejabat-pejabat SSM sendiri untuk mendaftarkan syarikat mereka / mengubah maklumat perniagaan / menutup syarikat mereka.
Daftar syarikat sendiri dengan hanya RM100 sahaja! 
Kunjungi ke SSM offices di Malaysia!



CARA-CARA DAFTAR SSM SYARIKAT ONLINE




Biodata Balqis Mentor Milenia 2017


Biodata Balqis Mentor Milenia 2017

Balqis Mentor seksi
  • Nama Penuh : Nor Balqis binti Ahmad Tajudin
  • Umur : 18 tahun (2017)
  • Asal : Kemaman, Terengganu, Bakat : Penyanyi
  • Program realiti : Idola Kecil three, Mentor Milenia 2017
Tengok di bawah ni foto seksi  Balqis Mentor yg telah menjadi viral di media sosial
Balqis Mentor seksi 2
Tapi cara berpakaian balqis baru-baru ini sudah menimbulkan kritikan dari pada ramai Natizen yg viral “Kenapa Balqis Mentor Seksi Sgt Ni dan Sampai Tak Pakai B-ra..cari sensasi ke atau apalah di tu..suara channel










kredit

Wednesday, August 09, 2017

Rahsia Tarikh Lahir Anda


Metafizik Rahsia Tarikh Lahir Anda



Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?

Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.

Metafizik Tarikh Lahir 

Jom kita lihat video tutorial bagaimana nak kira nombor asas kita mengikut tarikh lahir masing-masing.




Ciri-Ciri Nombor Kod Asas :

Nombor 1: Elemen Logam
Ada ciri-ciri kepimpinan. Kemungkinan semasa alam persekolahan atau selepas anda dilantik menjadi ketua atau penolong atau dalam persatuan. Kemungkinan juga anda menolak perlantikan dalam jawatan tersebut. 

Nombor 2 : Elemen Air
Anda punyai komunikasi atau penyampaian yang baik. Suara anda kedengaran lantang dan jelas. Mungkin juga anda susah atau malu nak mula bercakap namun apabila sudah mula anda kelihatan mesra. 

Nombor 3: Elemen Api
Pergerakan anda sangat cepat atau lain kata anda tidak suka bertangguh dalam sesuatu perkara. 

Nombor 4:  Elemen Kayu
Anda suka merancang dan juga anda suka kepada ilmu pengetahuan. 

Nombor 5: Elemen Tanah
Anda seorang yang punyai prinsip sendiri. Contoh jika anda kata “A”, “A”lah jawapannya, jika “B”, “B”lah jawabnya. Atau anda tidak terus membuat keputusan serta merta dan anda akan fikir dahulu dan jawapan akan diberi kemudian. 

Nombor 6: Elemen Logam / Besi
Anda mempunyai sifat kekeluargaan atau ambil berat tentang keluarga. Ini membuatkan anda bagus dalam perancangan kewangan. 

Nombor 7: Elemen Air
Anda punyai ramai kawan atau mudah mendapat penyokong. Ini membuatkan hidup anda nampak bertuah. 

Nombor 8: Elemen Api
Anda seorang yang bertanggungjawab sama ada terhadap keluarga atau kerjaya.
Contoh dalam kerjaya atau persekolahan jika diberi tugas atau kerja rumah anda akan selesaikannya walaupun memakan masa. 

Nombor 9: Elemen Kayu
Anda suka mengejar kejayaan atau aset. Mungkin juga anda memikirkan perniagaan yang membawa keuntungan.


Mari kita tengok video berkaitan 5 elemen utama yang ada pada manusia.





Info Pola Diri :

1 - Sangat berdikari, namun ditikam dari belakang. Jadi, berwaspada selalu
56 - Sangat berhati-hati dengan wang
67 - Mudah kasihan orang. Mudah belanja kawan-kawan
71 - Mudah ditipu orang
73 - Orang/pengikut/kawan mudah datang dan pergi
156 - Bekerja di luar kawasan. Selalu outstation
189 - Bergerak ke sana ke mari. Tidak suka duduk di satu tempat
336 - Mempunyai pergerakan wang yang aktif
786 - Orang suka beri tanggungjawab
123 - Kekuatan pada suara. Bagus untuk sales, marketing, guru, penyanyi dan usahawan
235 - Beremosi, mudah terusik dan baran
246 - Pandai dalam bab-bab syarahan dan ceramah
393 - Cepat mendapat kejayaan, tapi tak bertahan lama
426 - Pandai memberikan ceramah atau syarahan
456 - Terlibat dan bertanggungjawab dalam aliran wang. Berjaga-jaga supaya jangan terlibat dalam rasuah
459 - Seorang yang memiliki gerak hati atau 6th Sense. Ilham yang tinggi
573 - Mudah bergaul dengan orang atas dan orang kenamaan
666 - Sangat berhati-hati dengan wang
729 - Mudah yakinkan orang. Menjadi tarikan orang. Bagus untuk jadi usahawan dan orang politik
777 - Sentiasa di kelilingi oleh lelaki
843 - Selalu tercari-cari kejayaan. Mudah tukar citarasa dan cepat bosan. Tetapi, banyak idea dan inovatif
888 - Hiperaktif
933 - Kejayaan yang singkat. Kena belajar strategi bagaimana yang mengimbanginya
944 - Kurus dan mempunyai citarasa yang tinggi
966 - Mudah untung, bagus untuk menjadi usahawan 
999 - Banyak peluang dan kejayaan, tetapi kesunyian

Lihat video ini untuk cari 12 nombor pola anda.





Semuanya ketentuan dan takdir dari Allah.
Jika ianya betul dan kena dengan anda, ianya kebetulan sahaja.
Ilmu Allah sangatlah luas.
Sama-samalah kita mengkajinya.



Formula baru harga petrol, diesel sudah siap






KUALA LUMPUR 31 Julai - Kerajaan akan mengumumkan formula baharu penetapan harga petrol dan diesel dalam masa terdekat bagi memberikan situasi menang-menang kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pada masa ini, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mengambil kira semua faktor sebelum dapat melaksanakan strategi baharu bagi memastikan semua pihak berasa selesa dengan pelaksanaan yang akan dijalankan.

Menurutnya, ini termasuk mengadakan perbincangan bersama syarikat-syarikat pengeluar minyak dan pengusaha-pengusaha stesen minyak masing-masing pada 20 Jun dan 6 Julai lalu bagi menambah baik pelaksanaan harga petrol dan diesel .

‘Kaedah penetapan harga pada masa ini menjamin ketersediaan bekalan petrol dan diesel di pasaran pada harga yang benar-benar wajar ditanggung oleh pengguna,” katanya ketika sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) yang ingin mengetahui masalah-masalah yang dialami pelbagai sektor apabila kerajaan melaksanakan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan.

Beliau turut menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) dan empat lagi soalan berkaitan berhubung hasil kajian formula baharu bagi menentukan harga petrol dan diesel yang bertujuan menstabilkan industri minyak negara.

Hamzah berkata, penyelarasan penetapan harga mingguan itu dapat menentukan pengguna menerima faedah mengikut harga pasaran dengan secepat mungkin.

Jelasnya, dalam hal itu, harga runcit yang dikenakan adalah lebih hampir dengan kos produk berkenaan.

“Kita akan umumkan formula baharu untuk keselesaan pengguna dan pengusaha stesen minyak dan pada masa sama memastikan ketika harga petrol naik atau turun, bekalan mencukupi tanpa ada pihak yang akan menyorok bekalan,” katanya.









http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4oOfP

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...